Bahana Kerusi Office !!
Majoriti rakyat Malaysia bekerja duduk dan mengadap laptop
atau komputer selama 8 jam sehari !!
Duduk terlalu lama akan mengakibatkan pelbagai masalah
seperti sakit belakang yang kronik.
Postur badan yang tidak bagus malahan boleh menyebabkan
penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan obesiti.
Posisi membongkok di atas kerusi bagi tujuan melihat skrin
komputer akan mendatangkan tekanan yang hebat kepada leher anda terutamanya
cervical vertebrae yang menyambungkan tulang belakang dengan kepala anda.
Ia juga kan merosakkan otot belakang dan bahu akibat
terbeban dengan keperluan individu untuk membongkok ke skrin komputer dan papan
kekunci pada tempoh masa yang lama.
Selain itu, duduk terlalu lama boleh mengundang sakit
jantung, penyakit kardiovaskular dan kanser kolon.
Masalah ini adalah disebabkan oleh terlebih penghasilan
insulin akibat tidak aktif lalu memperlahankan aliran darah kepada organ-organ
dalam badan.
Manakala, duduk terlalu lama akan mengehadkan pengaliran
darah di dalam kaki.
Ini akan menyebabkan darah untuk berkumpul pada buku lali lalu
menyebabkan ia membengkak, pergumpalan darah serta vena varikos.
Maka ini adalah tips untuk memastikan postur duduk yang
betul.
1.
Pastikan belakang anda lurus dan rapat ke
kerusi. Bahu anda juga harus dalam keadaan tegak dan lurus.
2.
Lutut sama paras dengan paha atau tinggi
sedikit.
3.
Kaki bersentuhan dengan lantai. Jika tidak mampu
jejakkan kaki ke lantai, anda boleh gunakan perehat kaki.
No comments:
Post a Comment