Sakit sikit je makan ubat tahan sakit, sakit lutut je, pergi ambil suntikan kortikosteroid. Orang kita ni kan boleh dikatakan sakit dan ubat tu berpisah tiada.
Elak pengambilan suntikan kortikosteroid sekiranya mengalami masalah sakit lutut |
Tiada lah semua kan, ada juga segelintir yang susah nak makan ubat. Tapi anda tahu tak yang bahaya sebenarnya kalau anda biarkan masalah sakit lutut sampai menjadi teruk
Dah tu pula, kalau sakit tu dah teruk je terus ambil inisiatif dengan ambil ubat suntikan lah.
Malangnya, masalah sakit juga tak baik-baik. Bukan itu sahaja, terdapat juga kesan sampingan ubat yang boleh memberi kesan buruk kepada anda.
KESAN SAMPINGAN SUNTIKAN UBAT ATAU SUNTIKAN KORTIKOSTEROID
Tak dinafikan suntikan ubat pada lutut boleh mengurangkan masalah berkenaan tetapi ia bersifat sementara sahaja.
Kenapa boleh jadi macam tu? Suntikan mungkin boleh mengurangkan masalah sakit anda tapi ianya tidak kekal lama.
Lama-kelamaan kesan ubat akan hilang dan masalah sakit lutut anda akan kembali.
Berikut antara kesan sampingan suntikan kortikosteroid. Walaupun begitu ia bergantung kepada tindak balas indvidu:
- bengkak dengan segera setelah suntikan
- kerosakan saraf
- penipisan tulang berhampiran
Dalam pada itu, menerima terlalu banyak suntikan juga boleh menyebabkan kerosakan pada tulang rawan,
Selain itu, ia juga mampu menyumbang kepada penyakit hypertension atau darah tinggi, kerapuhan tulang dan osteoporosis.
CARA BERKESAN RAWAT SAKIT LUTUT TANPA SUNTIKAN KORTIKOSTEROID
Untuk merawat masalah sakit lutut sebenarnya bergantung kepada tahap serius sakit seseorang itu. Jika mengalami sakit yang ringan boleh legakan dengan cara-cara di bawah ini.
Tapi, jika anda mengalami masalah sakit lutut yang teruk dan kronik sehingga menganggu aktiviti harian, maka rawatan fisioterapi adalah pilihan yang tepat untuk anda.
RAWATAN FISIOTERAPI
Secara umumnya, fisioterapi bermaksud kaedah pemulihan bahagian-bahagian tertentu anggota badan untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap tinggi serta berfungsi dengan sebaik.
Dalam kes ini, fisioterapi membantu memulihkan masalah sakit lutut anda dengan kaedah rawatan tertentu seperti senaman ketahanan dan kekuatan otot di sekitar dan mengurangkan tekanan pada lutut.
GUNA CARA INI BAGI KURANGKAN MASALAH SAKIT LUTUT
Haaaa, ini untuk anda yang mengalami masalah sakit yang ringan. Untuk sakit yang ringan anda boleh rawat di rumah sahaja.
Sakit yang ringan ni biasanya dikategorikan seperti mengalami seliuh, arthritis dan lain-lain berkaitan.
Gunakan teknik “RICE”
Salah satu cara hilangkan sakit lutut ialah dengan menggunakan teknik RICE.
Rest.
Rehatkan lutut anda dan hentikan pergerakan serta aktiviti buat sementara waktu.
Ice.
Letakkan ais pada lutut anda untuk mengurangkan radang dan bengkak.
Compression.
Balut lutut anda dengan pembalut. Langkah ini dapat mengurangkan bengkak dan sakit.
Elevation.
Angkat kaki ke atas untukmengurangkan aliran darah, seterusnya bengkak akan surut dengan lebih cepat.
Senaman dan kurangkan berat badan
Untuk pesakit artritis, membiarkan lutut anda tidak bergerak mungkin bukan satu idea yang baik. Ia boleh membuatkan sendi menjadi lebih kaku dan susah untuk digerakkan. Senaman berkala mungkin membantu.
Berat badan juga memberikan kesan terhadap lutut. Lebih tinggi berat badan, lebih banyak tekanan ke atas lutut.
Pad panas dan sejuk
Penggunaan pad panas membantu mengelakkan sendi anda dari menjadi kaku dan keras. Pad sejuk pula boleh mengurangkan sakit dan bengkak.
Cuba gunakan kedua-duanya berselang-seli tapi lebihkan pad sejuk pada 24 jam pertama selepas mengalami kecederaan pada lutut.
Rawatan Fisioterapi
Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.
Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:
- Slip Disc
- Sakit lutut & tumit
- Sakit bahu & tangan
- Kebas tangan
- Kecederaan sukan
- Rawatan kanak-kanak
Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.
No comments:
Post a Comment