[Aduh, Tulang Selangka Aku Patah, Bahu Boleh Bergerak Lagi Ke?]


PENGENALAN


Tulang ‘clavicle’ atau dalam Bahasa Malaysia disebut sebagai tulang selangka adalah antara tulang yang paling kerap patah apabila berlaku kemalangan jalanraya. Ini adalah disebabkan kedudukannnya yang begitu menonjol dan dekat di permukaan di bawah kulit (‘superficial’).


Tulang clavicle ini mempunyai 2 fungsi penting. Pertama, ia merupakan tempat lekatan (muscle attachment) bagi otot-otot dari bahagian leher manusia. Kedua, ia berperanan sebagai fulkrum dalam pergerakan bahu ketika kita mendepangkan tangan kita. Jadi walaupun  tulang tersebut nampak halus, ianya sangat penting ketika menggerakkan tangan dan bahu kita.


PUNCA PATAH TULANG SELANGKA?

Kerangka tulang selangka yang patah atau retak sering terjadi akibat dari beberapa keadaan berikut:

- Dipukul terus di dada di bahagian atas atau bahu.

- Jatuh dengan menahan badan menggunakan tangan.

- Jatuh dan mendarat di bahu anda.

- Kemalangan.

- Kecederaan semasa sukan lasak seperti ragbi.





SIMPTOM PATAH TULANG SELANGKA

Tanda-tanda patah tulang selangka:

- Bengkak.

- Lebam.

- Rasa sakit ketika sentuh.

- Tangan yang terlibat menjadi kaku.

- Bahu rasa sakit apabila digerakkan.


Kepatahan ini kebiasaannya akan mula sembuh dalam masa 4 hingga 6 minggu dan tulang baru akan mula terbentuk. Kepatahan akan sembuh sepenuhnya dalm tempoh 3 hingga 4 bulan. Ia akan mengambil masa lebih lama sekiranya pesakit merokok atau mempunyai kurang nutrisi.


Pada kebiasaannya, tulang ‘clavicle’ yang patah akan dirawat secara konservatif, dimana pesakit akan dipakaikan dengan anduh (‘armsling’ atau ‘collar-and-cuff’) selama lebih kurang 3 minggu atau sehingga rasa sakit berkurangan.


 Pesakit kemudiannya akan dinasihatkan supaya melakukan fisioterapi bagi menggerakkan sendi bahu untuk mengelakkan sendi bahu menjadi ketat. Tiada pembedahan diperlukan.



CONTOH RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK PATAH  TULANG SELANGKA

1- Terapi sejuk.

Letakkan ais pada tempat  sekitar tempat yang bengkak tetapi jangan letakkan terus pada tempat yang patah.

2- Memakai anduh/arm sling.

Anduh berfungsi untuk menyokong  dan  mengurangkan pergerakan bahagian bahu dan tangan.

3- Senaman pendulum exercise.



Untuk mengelakkan sendi bahu keras.

4-Senaman regangan otot bahu.



Apabila sakit, terdapat sesetengah otot menjadi ketat, jadi senaman regangan diperlukan untuk  meregangkan otot tersebut.

5-Senaman kekuatan otot bahu.



Senaman kekuatan otot dibuat untuk menguatkan otot bahu yang memegang tulang selangka.




Rawatan Fisioterapi memainkan peranan yang penting dalam proses merawat masalah ini. Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


2 comments:

  1. alhamdulillah ada jugak jalan penyelesaian , sayu je hati bile dengar , allahuu

    ReplyDelete
  2. wow memang terbaik rawatan yang disediakan, tahniah

    ReplyDelete

More Post