Kahak Bayi Boleh Dihilangkan Dengan Cara Ini!

 Bila anak selsema dan batuk ni, mak ayah lah yang paling terkesan. Rehat tak cukup, malam kerap terjaga. Sebab apa? Anak merengek tidak selesa akibat banyak kahak dan lendir pada kawasan hidung dan tekak. Susah bila wujud kahak bayi ni...

Apa Itu Kahak dan Punca Terjadinya Kahak?

Setiap orang mempunyai lendir di kawasan hidung dan tekak, yang memastikan kawasan tersebut tidak kering dan juga berfungsi sebagai perangkap kuman, maksudnya lendir itu menghentikan kuman daripada memasuki paru-paru.

Akan tetapi, ada waktunya lendir akan menjadi lebih banyak atau pekat daripada biasa. Waktu itu, anda akan lihat atau dengar yang bayi anda mengeluarkan bunyi berderau atau seakan bunyi getaran daripada hidung atau dada ketika batuk.

Bayi akan cepat terasa sesak nafas kerana saiz dan laluan hidung yang masih sempit dan juga system imun yang masih belum kuat. Jadi lebihan lendir ini akan menjadi banyak, berubah warna kepada kuning atau hijau akibat jangkitan kuman tersebut, akan berubah menjadi kahak.

Sebab Terjadinya Masalah Kahak Berlebihan

  • Jangkitan virus seperti demam atau selsema
  • Alergi seperti habuk/asap rokok
  • Perubahan cuaca panas atau sejuk
  • Pneumonia
  • Bronchitis

Kemampuan Bayi Keluarkan Kahak Sendiri


Kanak-kanak dibawah umur dua tahun sememangnya tidak mahir untuk membuang kahak dengan sendiri. Kahak yang terkumpul itu menyebabkan mereka sukar untuk bernafas. Jadi mereka memerlukan bantuan untuk mengeluarkan kahak.

Cara Hilangkan Kahak Bayi dengan Berkesan

  • Mandikan dengan air suam

Air suam mengeluarkan wap yang membantu mencairkan kahak dan melapangkan sedikit rongga pernafasan bayi.

  • Sedut secara manual

Mak ayah boleh boleh menyedut kahak atau hingus bayi secara manual menggunakan penyedut yang boleh didapati di farmasi. Cuma, ianya perlu dilakukan dengan teliti kerana kalau tersalah teknik, mak ayah berisiko terkena jangkitan kuman daripada anak.

  • Rawatan sedut kahak/Suction

Mak ayah boleh bawa bayi ke klinik yang menyediakan servis suction ini. Doktor atau fisioterapis akan menggunakan alat khas untuk menyedut kahak.

Di Flex Physiotherapy cawangan Kuantan, kami menyediakan servis Suction juga. Fisioterapis yang bertauliah akan melakukan sesi konsultasi dahulu bersama ibubapa. Sebelum beralih kepada proses suction, fisioterapis akan melakukan teknik tepukan seperti Cupping atau Percussion pada dada bayi untuk melonggarkan kahak mereka. Selepas itu, barulah diteruskan untuk prosedur sedut kahak. Ibubapa jangan risau ya, fisioterapis kami terlatih dan prosedur yang dijalankan adalah sama seperti di hospital.




Jika ada ibubapa yang berminat, boleh hubungi nombor 019-5207080

Semoga artikel ini bermanfaat ya!



No comments:

Post a Comment

More Post