Jari Lekat Atau Jammed?



Apakah dia Trigger Finger?

Trigger Finger adalah satu penyakit jari yang am dialami. Puncanya disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular. Ini akan menyebabkan kesakitan, bunyi “pop”, dan kehilangan pergerakan jari yang terjejas. Walaupun ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja, ia didapati lebih kerap dalam populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam linkungan umur 50an dan 60an.
Permasalahan di atas juga berlaku pada pesakit-pesakit yang pekerjaan mereka melibatkan penggunaan tangan yang kerap seperti menjahit dan menaip. Ia biasanya berlaku pada tangan dominan mereka.
Pesakit biasanya  rasa sakit pada bahagian hujung tapak tangan. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini akan berlarutan sehingga menyebabkan jari menjadi ‘lekat’ atau ‘jammed’. Pada peringkat awal, pesakit mungkin masih boleh meluruskan jari tersebut dengan menggunakan tangan beliau yang sebelah lagi, namun pada peringkat yang teruk, jari ini tidak akan dapat diluruskan langsung.


Punca Trigger Finger

Antara punca Tigger Finger ia lah pergerakkan yang berulang kali dan kecederaan. Tekanan serta penyakit degeneratif tulang juga menyumbang kepada peningkatan insiden Trigger Finger di tangan yang dominan.


Gejala Trigger Finger

  • Sakit di pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang bengkok
  • Bunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari.
  • Satu nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu jari yang terjejas
  • kekejangan jari atau ibu jari yang terjejas, terutamanya pada waktu pagi. Lama kelamaan ia mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan yang bengkok.


Diagnosis

Keadaan jari yang berbunyi dan sangkut dalam posisi bengkok sudah boleh diagnosis sebagai Trigger Finger. Walau bagaimanapun, diagnosis Trigger Finger boleh disahkan oleh ahli fisioterapi atau doktor, yang akan memeriksa jari dan tangan anda dengan sempurna.


Bagaimana fisioterapi boleh membantu?

Rawatan fisioterapi dapat membantu mengurangkan bengkak, melegakan kesakitan dan kekejangan dan mendapatkan semula pergerakan fungsi jari, supaya anda boleh kembali kepada tugas harian anda dengan seberapa segera yang mungkin.
Antara Rawatan Fisioterapi ialah:
  1. Urutan
  2. Terapi sejuk
  3. Senaman regangan
  4. Senaman kekuatan otot

No comments:

Post a Comment

More Post