Kinesio Taping


πŸ€PENGENALAN
.
‘Taping’ menggunakan pita pelekat adalah penting untuk mencegah kecederaan sendi, terutamanya pada buku lali dan tangan. Ia juga penting semasa tempoh awal pemulihan kecederaan. 
.
Kajian menunjukkan bahawa risiko berulangnya kecederaan terhadap atlet berkurang apabila menggunakan teknik sokongan ‘taping’
.
Dalam bidang sukan, teknik ‘taping’ digunakan bertujuan untuk mengelakkan kecederaan. Pita pelekat sering digunakan untuk membantu atlet memulihkan ligament yang terseliuh atau mencegah kecederaan lanjut dengan menehadkan pergerakan yang tidak diingini pada struktur bahagian telah tercedera.







.
πŸ€APA ITU KINESIO TAPING?
.
‘Kinesiology Taping’ (KT) adalah alat terapeutik yang kini semakin popular dalam bidang sukan. Ia dipelopori oleh seorang chiropractor dari Jepun, Dr. Kenzo Kase pada tahun 1970-an dengan matlamat untuk mengurangkan kesakitan dan membantu proses penyembuhan tisu otot. 




.
πŸ€Antara fungsi lain ‘taping’ ialah:
,
☑️mengurangkan keletihan otot
☑️fasilitasi otot
☑️mengurangkan kesakitan otot (DOMS)
☑️menghalang kesakitan
☑️mempercepat proses penyembuhan
☑️mengurangkan edema (menambahbaik saliran limfa dan peredaran darah)
.
‘Tape’ Kinesio berbeza dengan tape ‘rigid’ di mana ia bersifat mudah regang dan lentur. Teknik aplikasinya yang berbeza secara teori turut menentukan kesan fisiologi.
.
Apabila ‘tape’ diregang dan diletakkan pada kulit, ia memegang lapisan kulit atas dan mengangkatnya dari otot. Ini akan mewujudkan ruang kecil antara kulit dan otot, membolehkan pergerakan otot dan meningkatkan aliran darah dan saliran limfa selain mengurangkan rasa sakit.
.
.
πŸ’ͺ Skill dan kemahiran 'taping' ini memang sangat membantu terutamanya bagi golongan yang terlibat dalam bidang sukan dan rehabilitasi.









No comments:

Post a Comment

More Post