Apa itu Scoliosis?



 MENGENALI SCOLIOSIS 
.
πŸ€Scoliosis adalah masalah fizikal di mana bentuk tulang belakang melengkung daripada bentuk normal.
.
πŸ€Kebiasaannya ia terjadi semasa tempoh kanak-kanak atau remaja sedang meningkat tumbesaran.
.
πŸ€Kebanyakan kes scoliosis adalah ringan, tetapi ada juga keadaan di mana ia bertambah teruk apabila meningkat usia.
.
πŸ€Scoliosis pada tahap yang teruk boleh menyebabkan ketidakupayaan fizikal/anatomi.
.
πŸ€Lengkungan tulang belakang yang sangat teruk boleh menyempitkan ruang dada dan mengganggu fungsi paru-paru.

.
TANDA-TANDA/GEJALA SCOLIOSIS 
☑️Aras bahu yang tidak sekata
☑️Salah satu bilah bahu (scapula) yang kelihatan lebih menonjol daripada yang sebelahnya
☑️Aras pinggang yang tidak sama
☑️Salah satu pinggul lebih tinggi daripada yang sebelahnya
Jika lengkung skoliosis menjadi lebih teruk, tulang belakang juga akan turut berputar/berpusing, selain daripada membentuk lengkungan.
Ini menyebabkan tulang rusuk pada bahagian sisi badan terkeluar lebih jauh berbanding yang satu lagi.
.
 PUNCA-PUNCA SCOLIOSIS 
πŸ€ Faktor keturunan sering dikaitkan sebagai punca scoliosis. Walaubagaimana pun, kajian masih tidak menunjukkan dengan jelas sebab utama mengapa scoliosis terjadi.
.
πŸ€ Antara faktor-faktor lain yang turut menyumbang pembentukan scoliosis ialah:
.
☑️Masalah neuromuskular, seperti cerebral palsy atau distrofi otot
☑️Kecacatan sejak lahir yang menjejaskan perkembangan tulang belakang
☑️Kecederaan atau jangkitan pada tulang belakang
.
 KESAN-KESAN AKIBAT SCOLIOSIS 
.
-Kebanyakan mereka yang mempunyai scoliosis tidak sedar akan masalah ini kerana kesan-kesannya yang tidak ketara. ---Contohnya seperti lenguh-lenguh pinggang, bahu, pinggul atau kaki.
-Akan tetapi, scoliosis juga boleh menyebabkan komplikasi, termasuklah:
.
✔️Kerosakan paru-paru dan jantung. Dalam kes scoliosis yang teruk, rangka tulang rusuk boleh menekan bahagian paru-paru dan jantung. Menjadi pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas dan jantung juga lebih sukar mengepam darah.
✔️Sakit belakang. Orang dewasa yang mempunyai scoliosis sejak kecil lebih cenderung mengalami sakit belakang kronik berbanding orang ramai.
✔️Penampilan. Semakin teruk tahap scoliosis itu, ia boleh menyebabkan perubahan yang lebih ketara - termasuk aras bahu yang tidak sama, tulang rusuk yang menonjol, pinggul yang tidak sama, dan bentuk pinggang dan tubuh melengkung ke sisi. Ini boleh menyebabkan keyakinan diri pesakit berkurang.


.
TINDAKAN SUSULAN YANG PERLU DILAKUKAN?
.
πŸ€ Pembentukan awal scoliosis biasanya tidak ketara kerana ia beransur-ansur dan tidak menyebabkan rasa sakit.
.
πŸ€Sekiranya anda melihat tanda-tanda atau gejala ini pada anak anda, anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
.
πŸ€Pemeriksaan imbasan x-ray mungkin dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap scoliosis itu. Kebiasaannya, anda akan dirujuk kepada fisioterapis untuk rawatan susulan (terapi fizikal).




.
.
πŸ“ž Anda nak dapatkan konsultasi percuma daripada terapis kami berkenaan scoliosis?
.
πŸ“± Klik link di bawah untuk menghubungi/Wasap kami:
.
www.wasap.my/60138606008
www.wasap.my/60138606008
www.wasap.my/60138606008
.
.
#fisioterapi #fisioterapikelantan
#flexfisioterapi #homephysiotherapy
#physiotherapy #kelantanphysiotherapy
#urutkelantan #physiotherapymalaysia #clinic
#backpain #stroke #bonefracture #physicalinjury
.
Dan bila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku
As-syu'ara:80

No comments:

Post a Comment

More Post