[#TAHUKAH_ANDA Tidur Mengiring Ke Kanan Boleh Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung]




Tidur mengiring ke kanan akan mengurangkan risiko serangan sakit jantung

Tidur mempunyai kelebihan yang tertentu jika anda mengamalkan posisi tidur yang baik. Walaupun tidur hanya merupakan aktiviti merehatkan diri pada waktu malam, tetapi aktiviti ini sebenarnya banyak membawa kesan kepada tubuh badan anda.

Posisi tidur mengiring ke sebelah kanan adalah terbaik kerana saraf otak di bahagian kiri akan mengawal segala bentuk aktiviti anggota organ di bahagian kanan. Posisi ini akan menghindarkan perkara yang berbahaya yang berlaku disebabkan peredaran yang lambat ketika tidur.

Posisi ini juga akan membantu paru-paru kerana paru-paru kiri lebih kecil banding paru-paru sebelah kanan. Apabila jantung mengepam darah dengan lebih laju, ia akan mempercepatkan denyutan jantung kerana jantung menanggung benda yang lebih ringan.

Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.



No comments:

Post a Comment

More Post