[Anda Berkemungkinan Besar Dijangkiti Coronavirus]

Gambar 1: 5 Langkah Kurangkan Risiko Jangkitan Novel Coronavirus


Pesakit coronavirus 2019-nCoV semakin bertambah dari hari ke hari. Hal ini merisaukan ramai pihak terutamanya bagi yang sering terdedah dengan orang ramai.
Oleh itu dengan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.
Gambar 2: Kerap Membasuh Tangan

Langkah pertama yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan.
Terutama apabila bersentuhan dengan peralatan yang sering digunakan oleh orang ramai seperti troli di pasar raya, pam minyak, mesin atm dan sebagainya. Basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
Gambar 3: Pakai Penutup Mulut

Langkah kedua ialah dengan memakai penutup muka hidung (mask). Sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan walau kemana sahaja anda pergi. 
Peralatan ini amat penting bagi mengambil langkah berwaspada dari terdedah dengan persekitaran dan udara yang tidak bersih
Gambar 4 : Dapakan Rawatan Doktor

Langkah ketiga perlu diambil orang ramai adalah segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari 
Selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.
Gambar 5 : Tutup Mulut Bila Batuk & Bersin

Langkah keempat tutup mulut bila batuk dan bersin. Menggunakan kain tuala atau menutup dengan tangan bila batuk dan bersin. Langkah ini dapat mencegah bakteria dari tersebar luas serta menggelakkan jangkitan virus pada orang terdekat.
Gambar 6 : Elakkan Tempat Tumpuan Ramai

Langkah kelima elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna
Selain itu, elak dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan. 

No comments:

Post a Comment

More Post