[APAKAH ITU TERAPI LILIN?]





PENGENALAN

Di dalam rawatan fisioterapi, pelbagai kaedah digunakan untuk merawat pesakit. Salah satu kaedahnya ialah terapi lilin. Terapi lilin atau dalam bahasa inggerisnya adalah ‘WAX THERAPY’ menggunakan elemen lilin paraffin dalam membantu merawat pesakit.




Lilin paraffin ini berasaskan petroleum dan dicampurkan dengan bahan asli yang lain untuk menghasilkan lilin yang sesuai dan tidak memberi kesan allergik kepada pesakit.

Keadah perawatan menggunakan lilin ini sudah digunakan berabad lalu dalam bidang kesihatan . Ianya digunakan sebagai salah satu rawatan haba untuk merawat masalah seperti sakit arthritis, keradangan, ketegangan, kekejangan otot, dan banyak lagi. ianya bukan kaedah baharu lagi di luar negara tetapi di Malaysia, kaedah rawatan ini baru sahaja dilaksana dalam beberapa dekad yang lalu.


BAGAIMANA  LILIN PARAFFIN INI BERFUNGSI?


Lilin parafin mempunyai kapasiti haba yang sangat tinggi, maksudnya mampu menyerap dan memindahkan jumlah haba yang besar. Lilin paraffin ini perlu dicairkan dahulu kerana bentuk asalnya ialah pepejal dan apabila dicairkan, ianya akan berubah bentuk kepada cecair.apabila kaki atau tangan yang sakit dicelup ke dalam mesin, cecair lilin tersebut akan berubah menjadi pepejal dan akan  memindahkan haba  panas ke kawasan yang dicelup.


MANFAAT TERAPI LILIN


Terapi lilin ini digunakan untuk merawat pelbagai masalah sendi dan otot, contohnya arthritis, sendi keras, dan kejang otot. Selain itu ianya juga  dapat melancarkan peredaran darah di kawasan yang sakit, membantu merelaks kan otot,mengurangkan sakit dan juga kebas-kebas pada tangan atau kaki. Antara contoh masalah sendi/ otot yang boleh menggunakan terapi lilin ini adalah  :

- Carpal Tunnel Syndrome
- Finger Fracture
- Osteoarthritis
- Rheumatoid Arthritis
- Dupytren's contracture (otot mengeras)
- Joint Stiffness (kekakuan sendi)


BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN TERAPI LILIN?




Pertamanya, lilin paraffin haruslah dicairkan dahulu untuk menjadikannya cecair. Lilin akan dipanaskan selama 30 minit dan setelah semua ketulan lilin cair, suhu akan diturunkan ke tahap paling rendah. Kebiasaanya, bahagian jari,tangan, siku, dan kaki (pergelangan kaki dan tapak kaki) yang akan dicelup ke dalam mesin tersebut. Terapis akan bagi arahan untuk celup sebanyak 5-6 kali sahaja (bergantung kepada pesakit).selepas itu,  bahagian yang dicelup akan dibalut dengan plastik dan juga kain bagi mengelakkan haba terkeluar. Selepas 10 minit, lilin tersebut akan keras dan terapis akan cabut lilin yang melekat dan buang lilin tersebut selepas digunakan.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan produk kesihatan kami?KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

More Post