Anatomi Tulang Kipas (Scapula)






Pernah tak anda mengalami sakit pada tulang scapula atau dipanggil tulang kipas?
.
Dan kadang-kadang terasa sakit pada bahagian bahu atau leher?
.
Haa..tahu tak itu adalah simptom 'scapular winging'?
.
Sebelum kita mengenali lebih lanjut tentang 'scapular winging', apa kata kita kenal dulu tulang scapula.
.
.




🍊Scapula atau tulang kipas berada pada bagian atas dan belakang sangkar toraks, menempati ruang dari rusuk ke dua sampai ke tujuh, dan membentuk bagian belakang bahu.
.
🍊Tulang ini adalah tulang leper yang berbentuk lebih kurang segi tiga.
.
🍊Scapula dan lengan disambungkan ke badan dengan pelbagai otot dan ligamen. Sendi bahu yang terbentuk di antara scapula dan lengan dipanggil sendi bola dan soket.
.


🍊Bahagian hadapan scapula (acromion) juga dihubungkan dengan tulang selangka (collarbone) melalui sendi acromioclavicular.
.
🍊Permukaan anterior, menghadap ke arah tulang rusuk dan melintasi arah tulang rusuk.
.
🍊Permukaan posterior pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu superior yang disebut 'supraspinous fossa' dan inferior 'infraspinous fossa'.
.
🍊Apabila anda menggerakkan lengan anda ke seluruh badan anda, scapula anda juga mesti bergerak untuk mengekalkan sendi bahu (bola dan soket) dalam keadaan normal.





.
#kenalitubuhanda #anatomi #tulangkipas #anatomyscapula#flexphysiotherapy #urutmoden #physiotherapymalaysia#fisioterapikelantan #fisioterapikotabharu #physicalinjury #tipskesihatan



No comments:

Post a Comment

More Post