Telefon
bimbit menjadi alat yang sangat penting pada zaman teknologi ini. Boleh
dikatakan setiap kerja yang dilakukan seharian menggunakan telefon bimbit.
Hal
ini menyebabkan telefon bimbit dan alat mudah alih yang lain semakin kerap
digunakan dalam sehari serta menyumbang kepada sakit leher. Ia telah memburukkan
lagi kesihatan manusia dan menimbulkan satu kondisi baru yang dinamakan ‘Text
Neck Syndrome’.
Mengikut
kajian di Amerika, rakyatnya memeriksa telefon bimbit mereka sebanyak 8 bilion
kali sehari dan belia berusia antara 18 hingga 24 tahun menerima sekitar 109
pesanan ringkas dalam masa sehari.
Menurut
pakar kesihatan, kondisi ini merujuk kepada sakit belakang, leher dan tulang
belakang akibat penggunaan telefon bimbit dan gajet yang lain bagi tempoh yang
terlalu lama. Jika keadaan lebih teruk, saraf cervical akan terhimpit dan boleh
menyebabkan kebas ke tangan dan jari.
Postur
yang sering kali pengguna amalkan ialah dengan menundukkan kepala untuk membaca
telefon atau alat mudah alih mereka. Keaadan ini menyebabkan otot leher dan
belakang semakin tertekan dan memaksa otot-otot ini untuk bekerja lebih.
Lantaran itu, pengguna akan rasa sakit dan tegang untuk menegakkan kepala. Jika
keadaan ini berlarutan, jumlah orang yang mengalami sakit tulang belakang dan
sakit leher menjadi semaki ramai.
Oleh
itu, postur yang terbaik untuk menggunakan alat mudah alih ini adalah dengan menegakkan
belakang dan memegang alat itu pada paras mata ataupun meletakkan alat itu di
tempat pada paras mata. Ini akan mengurangkan ketegangan pada otot leher.
Walau
bagaimanapun, beberapa cara mudah yang boleh diamalkan untuk mencegah masalah
ini ialah:
Berehat seketika
Berhenti seketika setiap 15 hingga 20 minit untuk gerakkan serta regangkan badan dan leher, jika anda melakukan kerja di hadapan skrin telefon pintar/computer.
Berhenti seketika setiap 15 hingga 20 minit untuk gerakkan serta regangkan badan dan leher, jika anda melakukan kerja di hadapan skrin telefon pintar/computer.
Guna fungsi teks suara
Kebanyakan telefon kini dilengkapi dengan fungsi imlak, iaitu sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain. Menggunakan fungsi ini dapat menyingkatkan masa anda menunduk melihat skrin telefon semasa menghantar pesanan ringkas.
Kebanyakan telefon kini dilengkapi dengan fungsi imlak, iaitu sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain. Menggunakan fungsi ini dapat menyingkatkan masa anda menunduk melihat skrin telefon semasa menghantar pesanan ringkas.
Gunakan telefon pada paras
mata
Paling penting sekali, sentiasa pegang telefon atau tablet anda dekat dengan paras mata. Ini mengelakkan anda daripada melengkungkan leher, yang menyebabkan otot leher menjadi tegang.
Paling penting sekali, sentiasa pegang telefon atau tablet anda dekat dengan paras mata. Ini mengelakkan anda daripada melengkungkan leher, yang menyebabkan otot leher menjadi tegang.
Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.
..
.
Biar kami bantu selesaikan masalah yang anda hadapi. Atau jika ada rakan2 atau ahli keluarga yang menghadapi masalah ini, SHARE POST ini supaya terapis kami dapat bantu mereka..
.
📞Hubungi/Wasap segera untuk menempah slot rawatan dengan terapis kami. Slot yang disediakan adalah terhad demi menjaga kualiti perkhidmatan.
.
📲 0138606008
📲 0138606008
📲 0138606008
📲 0138606008
📲 0138606008
📲 0138606008
#fisioterapi #fisioterapikelantan #familystroke #strokesymptoms#strokedefinition #tandatandastroke #minorstroke #homephysiotherapy#urutmoden #testimoni #flexfisioterapi #ayuhmalaysiaku #posturbadan #posturtiduryangbetul#posturbadanbongkok #postureawareness #kempenkesedaranpostur #posturbergerak#posturduduk #posturbadanyangbetul #textneck #scoliosis #kyphosis #lordosis #flatfoot #posturmengangkatbarang#posturemeaning #posturebrace #posturesupport #neckpain #backpain #sakitbelakang #sakitleher #sakitsendi #textnecksyndrome #neck #stretching
Dan bila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku
As-syu'ara:80
As-syu'ara:80
No comments:
Post a Comment