Scapular Winging




Semalam dah tahu serba sedikit tentang tulang scapula kan?
.
Hari ni jom kita kenal apa itu 'scapular winging'? 🤔
.
.



‘Scapular winging’ pula dikatakan apabila tulang scapula terjungkit keluar berbanding melekat rata di sangkar toraks terutama apabila menggerakkan sendi bahu.
.
🌺Simptom
.


💡Sakit dan sengal pada belakang bahu atau bahagian tulang belikat.
💡Tangan rasa berat atau cepat letih.
💡Pergerakan bahu terasa lemah.
💡Susah untuk mengangkat tangan melebihi tahap kepala
💡Sakit pada bahagian belakang apabila bersandar pada kerusi tinggi disebabkan tulang scapula menekan pada bahagian belakang kerusi.
💡Terdapat benjolan pada belakang bahu (tulang scapula) apabila mencapai sesuatu di atas (contoh: menggantung gambar pada dinding).
.
🌺Faktor penyebab:
.


✔️‘Poor posture' : postur badan yang teruk boleh mengganggu keseimbangan otot-otot pada badan.
✔️Kerosakan pada saraf ‘long thoracic’ disebabkan oleh kecederaan pada sendi bahu atau leher, jangkitan kuman dan lain-lain.
.
🌺Risiko tinggi
.



1️⃣️Contact sports (contoh: sukan ragbi, tinju, sukan bola sepak).
2️⃣️Sukan yang memerlukan ‘overhead throwing type activity’, seperti sukan bola tampar, badminton dan sukan bola jaring.
3️⃣️‘Poor physical conditioning’ (kekuatan dan kefleksibelan tubuh).
.
🌺Rawatan Umum
.




🍂Pengambilan ‘anti-inflammatory drug’ untuk mengurangkan bengkak.
🍂Senaman kekuatan yang disyorkan oleh fisioterapi.
.
#kenalitubuhanda #anatomi #tulangkipas #anatomyscapula#flexphysiotherapy #urutmoden #physiotherapymalaysia#fisioterapikelantan #fisioterapikotabharu #physicalinjury #tipskesihatan#senaman #exercise #overhead #poorposture #saraf #rawatanstroke#pusatfisioterapiwakafcheyeh

No comments:

Post a Comment

More Post