[6 TIPS
KEMPISKAN PERUT]
Perut
buncit atau boroi sememangnya menjejaskan penampilan sesiapa saja tidak kira
lelaki mahupun wanita apatah lagi apabila mahu menggayakan fesyen digemari.
KENAPA
TERJADINYA PERUT BUNCIT
Lemak yang
menyebabkan buncit pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Lemak
pertama adalah lemak yang disimpan tubuh di bawah kulit atau yang biasanya
dipanggil lemak subkutaneus. Lemak kedua pula adalah lemak yang disimpan di
rongga perut dan mengelilingi organ di dalam perut yang dikenali sebagai lemak
viseral.
Lemak
viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang
terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari
usus ke hati) dan lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal
metabolisme karbohidrat).
Semakin
tinggi jumlah lemak viseral ini, semakin buncitlah seseorang itu. Ini kerana, jumlah
lemak viseral berkait secara langsung dengan tahap kebuncitan perut dan antara
kedua-dua jenis lemak berkenaan, lemak viseral nyata lebih berbahaya.
Penyakit
yang mudah dihidapi individu berperut buncit:
- Penyakit
kardiovaskular
- Rintangan
insulin dan diabetes jenis 2
- Kanser
kolorektal
- Apnea
tidur
- Kematian
awal
- Tekanan
darah tinggi
Jadi, perut
buncit haruslah dielakkan untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri
masing-masing. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengempiskan perut sama ada
dari segi pemakanan ataupun senaman.
TIPS KEMPISKAN
PERUT
1) Minum air 8 gelas sehari.
Dengan minum air kosong yang banyak, ia membantu mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan dan
meningkatkan metabolisme.
2) Kurangkan pengambilan gula dalam
makanan dan m inuman.ini kerana gula adalah bahan bakar utama badan untuk
menghasilkan tenaga. Tanpa gula tenaga tidak dapat dihasilkan. Namun jika
jumlah pengambilan gula adalah melebihi keperluan badan, gula lebihan tersebut
akan disimpan dalam bentuk lemak.
3) Sarapan yang sihat mengurangkan rasa
lapar . Mengisi makanan yang betul boleh membendung keinginan makan berlebihan
dan membuat anda berasa kenyang untuk tempoh masa tertentu. Menurut laporan jurnal kesihatan, Journal of the American College of
Nutrition, sarapan pagi mampu mengawal berat badan malah mereka yang bersarapan
memiliki berat badan yang lebih langsing dibandingkan mereka yang tidak suka
bersarapan.
4) Postur badan yang betul ketika
duduk.anda hendaklah duduk dalam keadaan yang tegak dan elakkan membongkok
kehadapan. Ini kerana postur membongkok menyebabkan perut anda kelihatan lebih
buncit dan juga boleh menyebabkan sakit belakang!
5) Makan secara besederhana, hendaklah
mengamalkan prinsip “ makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Walaupun
makan secara besederhana, ianya hendaklah merangkumi kesemua
kumpulan makanan didalam pyramid makanan.
6) Melakukan senaman otot perut. Ini yang
paling penting, kerana senaman sangat membantu disamping penjagaan pemakanan. Senaman sangat efektif kerana membantu
pembakaran lemak dengan cepat dan juga kempiskan perut kerana membabitkan
pergerakan khusus pada otot perut.
Ingin tahu
lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI
#theblueglovesphysio
#rawatan #lenguhtangan #sakitbelakang #slipdisc #frozenshoulder #sakiturat
#masalahsaraf #kebastangan #sakitleher #torticollis #fisioterapi
#fisioterapikelantan #flexphysiotherapy #cervicalspondylosis #homephysiotherapy
#physiotherapy #kelantanphysiotherapy #urutkelantan #fracture #rawatanpatah
#physiotherapymalaysia #urutmoden #rawatanstrokedanurat #aclinjury
#sportsinjury #promosi #testimoni
No comments:
Post a Comment