[Kerja
Harian Selalu Terbengkalai Akibat Jari Sakit]
MAKSUD TRIGGER FINGER
‘Trigger
finger’ adalah satu keadaan yang biasa
berlaku di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok dan akan mengeluarkan
bunyi ‘pop’ semasa diluruskan.
PUNCA TERJADI
Trigger
finger berlaku disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari . Sebab utama
kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang
terlibat. Masalah ini biasanya lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara
umur 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap berlaku dalam populasi pesakit diabetes
mellitus dan rheumatoid arthritis.
TANDA-TANDA TRIGGER FINGER
- Sakit di
pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang
bengkok.
- Bunyi
‘pop’ apabila meluruskan jari.
- Satu
nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu
jari yang terjejas.
- Kekejangan
jari atau ibu jari yang terjejas, terutamanya pada waktu pagi. Lama kelamaan ia
mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan
yang bengkok.
- Rasa
panas pada bahagian jari yang terlibat.
Jari pesakit biasanya akan rasa sakit dan tersangkut pada bahagian ibu jari, jari telunjuk atau jari tengah. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini akan berlarutan sehingga menyebabkan jari menjadi ‘lekat’ atau ‘jammed’. Pada peringkat awal, pesakit mungkin masih boleh meluruskan jari tersebut dengan menggunakan tangan beliau yang sebelah lagi, namun pada peringkat yang teruk, jari ini tidak akan dapat diluruskan langsung.
BAGAIMANA
FISIOTERAPI BOLEH MEMBANTU MASALAH TRIGGER FINGER?
Rawatan
fisioterapi dapat membantu mengurangkan bengkak, melegakan kesakitan dan
kekejangan dan mendapatkan semula pergerakan fungsi jari, supaya anda boleh
kembali kepada tugas harian anda dengan seberapa segera yang mungkin.
Antara
Rawatan Fisioterapi ialah:
- Urutan, untuk
memecahkan nodul(ketulan tisu) yang menjadi punca sakit.
- Elektroterapi, contohnya ultrasound, untuk mengurangkan keradangan.
- Terapi
sejuk, untuk mengurangkan bengkak.
- Senaman
regangan, untuk meregangkan otot dan sendi yang ketat.
- Senaman
kekuatan otot, untuk menguatkan semula otot yang lemah.
Ingin tahu
lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment