[5 Kelebihan Senaman Aerobik]


[5 Kelebihan Senaman Aerobik]




Apakah maksud senaman Aerobik?

Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan seminit.  Senaman aerobik bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan malah ianya memberi keseronokan serta kebebasan pergerakan mengikut alunan muzik sehingga mampu dilakukan dalam tempoh yang lama, dan juga amat baik dijadikan sebagai sebahagian gaya kehidupan seharian.


Senaman aerobik sesuai dilakukan dimana-mana shaja. Tidak perlu pergi ke gimnasium atau menyertai kelas senaman tertentu kerana ianya boleh dilakukan dirumah bersama keluarga atau sahabat handai.


Senaman aerobik merupakan antara ubat paling mujarab untuk merawat, mengawal dan menguruskan penyakit. Apabila ia dianggap sebagai ubat, maknanya senaman itu perlu dilakukan sekerap mungkin, sebaiknya setiap hari, bukannya sekali seminggu.


Manfaat senaman  aerobik yang patut anda tahu:





1. Senaman aerobik merupakan bentuk senaman kardiovaskular yang membantu membuat jantung menjadi lebih kuat. Ketika melakukan aerobik, jantung akan memproses lebih banyak oksigen dan meningkatkan kekuatan pengepaman darah.




2. Senaman aerobik secara teratur membantu mengurangi kolesterol dalam arteri sekaligus melancarkan perjalanan darah.




3. Senaman aerobik berguna untuk membakar kelebihan lemak sehingga mengurangi risiko pelbagai penyakit terutama yang berkaitan denga obesiti.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI




4. Senaman aerobik berupaya menurunkan tekanan darah sehingga mencapai tahap normal.




5. Senaman aerobik membuatkan tubuh lebih berotot, kuat dan ramping.


 Kajian daripada 'Journal of Strength and Conditional Research’ telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif selama 12 minggu dan ia menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan 30-60 langkah senaman aerobik dalam beberapa minit dapat membantu wanita-wanita tua itu meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka. Menarik bukan?

Waktu dan Tempoh Terbaik untuk Aerobik

Ada kajian menyatakan bahawa senam aerobik dilakukan pada waktu perut kosong pada waktu pagi, setelah minum segelas atau dua gelas air akan membantu membakar lemak tubuh sebanyak 300% lebih banyak dibandingkan waktu lain. Lengkapi senaman rutin anda itu dengan diet seimbang dan hindari makan berlebihan, makanan berlemak dan berminyak serta makanan segera. Minumlah air putih secukupnya sepanjang hari di antara sesi senam aerobik untuk menjaga kesihatan tubuh.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI
.
.

#theblueglovesphysio #rawatan #lenguhtangan #sakitbelakang #slipdisc #frozenshoulder #sakiturat #masalahsaraf #kebastangan #sakitleher #torticollis #fisioterapi #fisioterapikelantan #flexphysiotherapy #cervicalspondylosis #homephysiotherapy #physiotherapy #kelantanphysiotherapy #urutkelantan #fracture #rawatanpatah #physiotherapymalaysia #urutmoden #rawatanstrokedanurat #aclinjury #sportsinjury #promosi #testimoni






No comments:

Post a Comment

More Post