Hobi Main Tennis Aku Terkubur Akibat Sakit Siku Yang Tak Hilang-Hilang
APA ITU TENNIS ELBOW?
Tennis elbow’ atau ‘lateral epicondylitis’ ialah keadaan apabila ada keradangan tendon pada otot lengan yang berada di bahagian luar siku. Ianya terjadi apabila ada pergerakan membengkok di pergelangan tangan secara berulang. Contohnya ketika mengangkat objek yang berat, melakukan aktiviti harian yang memenatkan seperti mengetuk, menggunakan pemutar skru manual, mengecat dan bersukan (contohnya, bermain tennis, badminton dan lain-lain)
SIAPA YANG SERING MENGALAMI MASALAH INI?
1)Orang yang berumur dalam kalangan 30 hingga 60 tahun
2)Kekerapan berlakunya masalah ini, sama rata di kalangan lelaki dan perempuan bergantung kepada aktiviti yang dilakukan
SYMPTOM TENNIS ELBOW
1)Sakit
Sakit yang semakin kuat apabila melakukan pergerakan dan hilang sewaktu rehat.
2)Referred pain
Lenguh dan sakit yang mencucuk di bahagian luar lengan.
3)Pergerakan
Pergerakan melawan arah ke luar amat menyakitkan dan kekuatan otot menjadi semakin lemah apabila kurang menggunakan tangan yang sakit.
4)Tenderness
Sakit apabila ditekan di bahagian luar sendi siku.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
CONTOH RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK MASALAH TRIGGER FINGER
1)Cryotherapy, ice pack atau ice massage di kawasan yang sakit.
2)Strapping di bahagian siku untuk menghalang pergerakan tendon yang terlibat.
3)Ultrasound therapy di bahagian yang sakit.
4)Senaman pergerakan secara aktif.
5)Senaman regangan dan senaman menguatkan otot lengan.
6)Pendidikan pesakit seperti menjelaskan tentang masalah tennis elbow dan langkah penjagaan yang perlu diambil sewaktu melakukan pergerakan lengan serta kaedah melakukan modifikasi aktiviti harian supaya boleh melakukan kerja seperti biasa
Rawatan Fisioterapi memainkan peranan yang penting dalam proses merawat masalah ini. Tanpa rawatan pemulihan yang baik, kesan-kesannya boleh menjadi semakin teruk dari semasa ke semasa. Akhirnya, mengganggu kualiti kehidupan anda.
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment