5 Langkah Senaman Di Rumah




5 Langkah Senaman Di Rumah


Biasanya bila sudah sibuk bekerja, nak mulakan senaman rasa susah. Kekangan masa yang menjadi punca utamanya. Tapi adakah anda tahu, anda juga boleh melakukan senaman di rumah sahaja. Tanpa menggunakan alatan pun. 
Demi menjaga kesihatan diri yang tidak ternilai, ikuti lima langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah:

1. Berjalan





Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.

2. Tekan tubi





Ini mungkin langkah yang agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi. Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI



3. Angkat kaki





Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki. Sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring, cuba bengkokkan sedikit. Ia pasti berhasil.

4. Lari setempat





Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.

5. Squat





Latihan ini baik untuk kaki dan punggung. Anda boleh mencuba dengan duduk dan berdiri semula dari kerusi tetap. Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh tubuh anda.


Setiap senaman ini anda boleh ulang 10 kali.  Dan rehat 10 saat bagi setiap senaman. Insha Allah, tak sampai setengah jam boleh siap.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI





PAINKILLER MEMBAWA MAUT




APA ITU “PAINKILLER”?

Painkiller atau ubat tahan sakit adalah ubat yang digunakan untuk merawat atau melegakan kesakitan yang anda alami contohnya sakit sendi, sakit gigi, sakit kepala dan juga pelbagai penyakit  kronik yang lain. Kini, pelbagai jenis ubat tahan sakit digunakan dalam bidang perubatan dan dijual di farmasi sekeliling anda.

Ubat tahan sakit boleh diambil melalui  pelbagai cara contohnya, yang boleh ditelan (tablet, kapsul dan cecair),melalui krim sapuan pada kulit , dan ada juga melalui suntikan oleh doktor.


BAGAIMANA PAINKILLER BERTINDAK BALAS



Sakit merupakan isyarat badan  yang bertindak memberitahu bahawa system badan terganggu atau cedera. PAINKILLER akan menganggu perjalanan isyarat sakit yang sedang dipindahkan dari saraf ke otak dan seterusnya akan mengurangkan jumlah rasa sakit. Walaupun PAINKILLER tidak mengubati punca rasa sakit, ianya akan melegakan buat seketika dan membolehkan  pesakit meneruskan aktiviti hariannya.


PENGAMBILAN PAINKILLER


Bagi memastikan ubat digunakan secara selamat, pesakit yang dalam kesakitan dinasihatkan untuk mengambil ubat tahan sakit mengikut kadar yang ditetapkan. Doktor akan membekalkan ubat bergantung kepada sakit yang dialami.  Pengambil ubat ini secara betul sepertimana arahan doktor atau ahli farmasi dapat mengelakkan dari  ketagihan atau pun overdose. Dos yang biasa diberikan ialah 500mg tiga kali sehari selepas makan .


BAHAYA DOS BERLEBIHAN



Pengunaan yang singkat untuk menghilangkan sakit adalah tidak membimbangkan ,namun bagaimana untuk penggunaan bagi pesakit yang memerlukan rawatan untuk jangka masa lama seperti penghidap osteoartritis, artritis reumatoid dan sakit belakang yang kronik?

Tahukah anda bahawa pain killer sebenarnya adalah bahaya kepada kesihatan jika digunakan dalam jangkamasa yang panjang? Dos yang  tinggi dari ubat-ubatan  tersebut mengakibatkan bertambahnya risiko penyakit vaskular, seperti serangan jantung, stroke hingga 30 %.

Terdapat kajian yang menggunakan 353.000 pesakit yang makan ubat tahan sakit untuk jangka waktu yang lama. Hasilnya, dari setiap 1000 orang,  sekitar tiga orang darinya  akan mengalami serangan jantung kerana telah menelan ubat yang mengandungi  Diclofenac atau ibuprofen dengan dos yang  tinggi selama setahun.


APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN  PENGGUNAAN UBAT TAHAN SAKIT YANG BERPANJANGAN?

Salah satu cara yang digunakan dalam rawatan fisioterapi bagi mengurangkan sakit ialah mesin TENS.


TENS ialah alat Stimulasi Saraf Elektrik Transcutaneous (melalui kulit). Denyut elektrik daripada TENS ini menghalang isyarat sakit  daripada diterima oleh otak anda. Ransangan elektrik itu menyebabkan badan anda mengeluarkan  bahan "rasa lega" semula jadi yang melegakan kesakitan  iaitu endorphin. Anda tahu tak yang kesan rangsangan elektrik daripada penggunaan tens sama dengan kesan ubat tahan sakit.

Alat ini boleh digunakan bila2 masa sahaja dan sebaiknya  maksima penggunaan adalah 15 hingga 30 minit dalam sejam penggunaan. Anda boleh meletakkan dimana-mana sahaja pada tempat yang anda sakit kecuali di bahagian tulang yang menonjol, pada muka (kelopak mata dan mulut) dan juga pada bahagian sulit.

TENS ini sesuai untuk sakit sendi seperti lutut bahu, belakang, sakit otot, mengurangkan bisa dan kebas pada badan, dan juga sesuai untuk pesakit strok yang anggota badannya lemah dan tidak bergerak.

Terdapat kontraindikasi bagi alat TENS ini iaitu, untuk orang sakit jantung yang memakai pacemaker, ianya dilarang sama sekali untuk menggunakan TENS kerana denyut eletrik daripada alat ini mengganggu isyarat pacemaker. Bagi orang  yang telah melakukan pembedahan dan memasukkan bendasing seperti besi didalam badan dan warga tua yang mempunyai lapisan kulit yang nipis,ianya juga dilarang untuk menggunakan alat tersebut.










Ingin tahu lebih lanjut berkenaan produk TENS kami? KLIK DISINI

Bahuku Kaku, Sukar Pakai Baju

Bahuku Kaku, Sukar Pakai Baju


Frozen Shoulder


Apa Itu Frozen Shoulder?

Frozen shoulder atau adhesive capsulitis adalah kondisi di mana tisu penghubung di sekitar sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Frozen Shoulder akan menyebabkan rasa sakit dan kaku di bahagian bahu. Kondisi ini menyebabkan terbatasnya pergerakan bahu hingga boleh menyebabkan sendi bahu tidak dapat digerakkan sama sekali. Frozen shoulder umumnya muncul dan memburuk secara bertahap.

 
KERADANGAN di sekitar sendi bahu


 
SENDI Bahu Normal VS Sendi Bahu Frozen

Apa Yang Berlaku Ketika Frozen Shoulder?

Keradangan akan turut diikuti dengan dengan ketebalan dan ketegangan kapsul sendi bahu. Apabila ianya berlaku, pergerakan sendi akan menjadi berkurangan. Sendi bahu penghidap Bahu Frozen akan melalui 3 fasa bagi tempoh beberapa bulan seperti berikut:

1.      Tahap pertama atau freezing stage: Fasa kesakitan. Dalam fasa ini, bahu mengalami kesakitan di setiap pergerakan dan mula merasa ketat. Biasanya fasa ini berlaku dalam masa 2-9 bulan.

2.      Tahap kedua atau frozen stage: Fasa di mana sakit dah mula berkurang tetapi pengurangan pergerakan bahu disebabkan oleh penebalan pada permukaan kapsul sendi. Penghidap akan mengalami kesukaran semasa mengangkat tangan melepasi kepala dan semasa digerakkan ke bahagian belakang pinggang. Biasanya fasa ini berlaku selama 4 bulan hingga 1 tahun.

3.      Tahap ketiga atau thawing stage: Fasa terakhir ini, bahu akan merasa ringan dan bebas melakukan gerakan. Pergerakan sendi akan mula beransur pulih. Tahap ini umumnya terjadi dalam 1 hingga 3 tahun.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Apakah Simptom Frozen Shoulder?

-Kesakitan dan kekerasan di bahu

 
RASA lenguh dan sengal adalah antara situasi yang kerap dialami

-Pengurangan di dalam pergerakan bahu. Kesakitan akan bertambah dengan setiap gerakan.

 PERGERAKAN bahu terhad

-Otot semakin mengecil disebabkan penghidap yang cuba mengurangkan rasa kesakitan dengan mengelak dari melakukan aktiviti.

-Kesakitan turut dirasai ketika berehat/tidur dan menggangu kualiti hidup.

Faktor Risiko Frozen Shoulder

Beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya frozen shoulder, antara lain:
  • Usia yang melebihi 40 tahun.
  • Perempuan. 70% daripadanya adalah perempuan.
  • Menderita penyakit sistemik seperti diabetes, penyakit Parkinson, tuberkulosis, penyakit jantung, atau gangguan hormon tiroid (hipertiroid dan hipotiroid).
  • Tidak dapat bergerak dalam jangka waktu lama akibat stroke, patah tulang lengan, pemulihan selepas pembedahan, atau cedera pada rotator cuff atau otot di sekitar bahu. Kapsul sendi bahu berisiko menjadi keras sepanjang fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan.


Rawatan Fisioterapi

Rawatan awal amat penting bagi memecahkan tisu-tisu yang melekat pada sendi bahu. Tujuan utama rawatan dijalankan adalah untuk mengurangkan sakit serta meningkatkan julat pergerakan dan fleksibiliti pada bahu. Rawatan ini juga adalah untuk mengekalkan kekuatan otot di sekitar bahu. Hampir 90% pesakit yang mendapatkan rawatan akan menunjukkan perubahan yang lebih baik. Namun, proses pemulihan ini memerlukan tempoh masa yang agak lama dan ianya bergantung pada setiap individu.

1. Manual Teknik
Di Flex Physiotherapy, fisioterapis amat menekankan manual teknik kepada para pesakit. Antaranya ialah, teknik mobilasi sendi (joint mobilisation), trigger point with stretching, teknik manipulation with movement, soft tissue manipulation.

2.Terapi Panas/Sejuk
Rawatan terapi panas dan sejuk ini membantu untuk mengurangkan sakit dan mengurangkan bengkak pada bahu. Terapi panas dan sejuk ini akan ditentukan dengan mengambil kira pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pakar fisioterapis mengikut kesesuaian keadaan pesakit.

 3. Elektroterapi
Stimulasi mesin elektrikal TENS dan ultrasound dapat mengurangkan kesakitan dan melancarkan pengaliran darah supaya proses pemulihan berlaku dengan lebih cepat.

4. Senaman
Senaman regangan serta diiikuti dengan senaman kekuatan perlu dilakukan secara kerap untuk memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot.

Antara senaman ringkas yang dicadangakan oleh American Academy of Orthopedic Surgeons (AAOS) ialah:
  • Posterior Capsule Stretch
Dalam posisi duduk tegak. Silangkan tangan yang sakit ke arah bahu yang bertentangan. Tahan selama 30 saat. Rehat dan ulangi semula senaman sebanyak 5 kali.
  • Senaman Pendulum (Pendulum Exercise)


Senaman pendulum boleh membantu pesakit untuk mengembalikan semula pergerakan bahu yang terhad.

Bongkokkan badan. Kemudian pusingkan tangan yang sakit mengikut arah pusingan jam dan lawan jam. Ulangi senaman ini sebanyak 5 kali.

 5. Nasihat
  •  Kurangkan aktiviti yang memerlukan gerakan melebihi paras kepala seperti melontar.
  • Kurangkan aktiviti mengangkat bebanan berat seperti tekan tubi lantai.
  • Sentiasa berusaha menguatkan otot bahu dan jangan meneruskan aktiviti yang menyakitkan.
  • Sentiasa menguatkan otot bahu yang tidak terlibat.
  • Jangan tidur mengiring dengan menghimpit bahu. Amalkan tidur terlentang bagi mengelak berlakunya kondisi impingement.

Pencegahan Frozen Shoulder

Pencegahan frozen shoulder adalah dengan mengelakkan sebarang kecederaan yang memberi kesan pada pergerakan bahu. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor dan dapatkan nasihat berkenaan senaman-senaman yang bersesuaian daripada ahli fisioterapi untuk mengelakkan masalah frozen shoulder berlaku pada masa hadapan.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

5 Punca Sakit Tumit Yang Paling Kerap Berlaku Tanpa Disedari


5 Punca Sakit Tumit Yang Paling Kerap Berlaku Tanpa Disedari


Jika diteliti, semakin meningkat usia semakin kerap sakit tumit atau sakit tapak kaki. Kadang-kadang bangun tidur nak pijak lantai terus rasa sengal dan sakit pada tumit. Kalau cuaca sejuk pun boleh diserang sakit tumit.
Jom kami kongsikan punca sakit tumit yang terutamanya bagi wanita.

 1. Berat badan berlebihan




Punca sakit tumit bagi wanita yang paling kerap berlaku ialah berat badan berlebihan. Apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan daripada BMI yang sepatutnya, tumit anda akan terpaksa menanggung beban yang berlebihan. Hal ini disebabkan salah satu daripada fungsi tapak kaki adalah untuk menampung seluruh berat badan anda semasa berdiri atau berjalan dan juga menyerap tekanan semasa anda berjalan atau melompat.

Oleh itu, berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tumit anda terpaksa bekerja dengan lebih banyak daripada yang kebiasaannya. Malah kondisi ini akan menjadi semakin buruk jika berat anda memasuki tahap obesiti.

Jadi, sudah tiba masanya untuk anda berusaha untuk menurunkan berat badan jika anda sudah merasakan symptom-simptom sakit di bahagian tumit.

 2. Selalu memakai kasut bertumit tinggi




Mungkin sesetangan orang belum tahu bahawa kasut bertumit tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan seorang wanita. Memakai kasut bertumit tinggi bukan sahaja akan menyebabkan tumit anda sakit malah ia juga akan menyebabkan anda mempunyai masalah pada tulang belakang.

Hal ini kerana postur badan anda tidak lagi berada dalam keadaan yang normal semasa anda memakai kasut bertumit tinggi. Sakit kaki semasa pemakaian kasut tumit tinggi terjadi apabila tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian jari kaki.

Oleh itu, jika anda kerap sakit tumit, kurangkan penggunaan kasut tumit tinggi. Jangan siksa diri anda semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.

3. Memakai kasut rata




Jika anda beranggapan bahawa kasut tumit tinggi tidak boleh selalu dipakai dan anda menukarkan kepada kasut yang rata, sebenarnya anda SALAH ! Kasut yang bertapak rata atau dalam bahasa inggerisnya flat shoes juga boleh menjadi punca sakit tumit. Ini kerana ia tidak memberikan sokongan yang sepatutnya kepada tapak kaki anda, terutamanya pada bahagian tumit.

Kalau kasut tumit tinggi tak boleh, kasut rata pun tak bagus, kasut jenis macam mana yang anda patut pakai? Jawapannya ialah pilih kasut yang mempunyai tapak, tidak terlalu rata, dan tidak terlalu tinggi.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


4. Memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan




Anda perasan atau tak, kasut yang mahal biasanya sangat lembut dan selesa. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi untuk menyerap hentakan pada kaki. Fungsi ini adalah sangat penting untuk menjaga tumit kaki anda. Memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan merupakan punca sakit tumit.

Oleh itu, laburkan duit yang lebih untuk membeli kasut yang baik agar anda tidak menderita tumit anda. Apa salahnya kalau anda keluarkan duit yang lebih untuk membeli kasut yang lebih berkualiti, kan? Alah membeli menang memakai.

5. Kaki terseliuh




Selain jenis kasut, kaki terseliuh juga merupakan satu lagi punca sakit tumit yang sering berlaku. Sakit terseliuh kebiasaannya akan hilang dalam masa yang singkat, lebih kurang seminggu.
Bagi mempercepatkan proses pemulihan kaki anda yang terseliuh, anda boleh rawat dengan cara berikut:
  • Rest: Rehatkan kaki. Kurangkan berjalan. Banyakkan baring dan berehat.
  • Ice: Tuam kaki anda yang terseliuh dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan meredakan kesakitan yang dialami.
  • Compression: Mampatkan kaki anda dengan menggunakan kain bandage.
  • Elevation: Tinggikan tumit anda. Rehatkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau duduk melebihi paras jantung.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



5 PANDUAN KETIKA BERSENAM UNTUK PESAKIT JANTUNG.


IKUTI 5 PANDUAN KETIKA BERSENAM  INI UNTUK PESAKIT JANTUNG



Senaman merupakan komponen yang penting dalam mengekalkan kesihatan jantung. Bagi mereka yang mengalami penyakit jantung, mereka tetap perlu bersukan. Namun, anda perlu sedar bahawa keadaan jantung anda sudah tidak seperti orang biasa. Oleh itu, ia memerlukan disiplin tertentu untuk kekal selamat semasa melakukan aktiviti fizikal.

Pada permulaan, anda dinasihatkan supaya berehat dari melakukan aktiviti lasak tersebut dalam tempoh empat minggu dari terkena serangan jantung. Berehat bukan bermakna tidur sepanjang masa dan baring atas katil. Tetapi proses aktiviti senaman menguatkan jantung perlu diadakan seawal 10 hari pertama. Rehabilitasi jantung ini penting bagi memastikan otot jantung akan mendapat sumber darah yang secukupnya. Selepas tempoh tersebut, senaman mestilah diteruskan untuk memastikan jantung terus kuat dan sihat.

Untuk bersenam, ikuti panduan dibawah supaya anda kekal sihat dan selamat sewaktu bersenam.

1. Mulakan sedikit demi sedikit



Senaman untuk kuatkan jantung perlu dimulakan secara perlahan. Ia bergantung kepada kapasiti anda dan status serangan jantung anda. Mulakan dahulu dengan berjalan sekitar rumah 10 minit setiap sesi dan kemudian ditingkatkan setiap minggu sehingga kadar minima 150 minit seminggu (purata minima 20 minit setiap hari). Jangan lakukan senaman dengan terlalu drastik dan berat. Berikan badan anda masa untuk mendapatkan rentaknya. Dapatkan rehat antara senaman.



2. Elakkan aktiviti fizikal di luar dalam keadaan cuaca  panas.



Suhu terlalu panas boleh menganggu peredaran darah, menyebabkan sesak nafas dan sakit dada. Dalam keadaan cuaca seperti ini, sebaiknya lakukan aktiviti dalaman seperti berjalan di pasaraya.



3. Jangan abaikan minum air.


Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh dan kekal terhidrat sepanjang masa. Minum air walaupun tidak berasa haus. Habiskan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.



4. Berehat seketika jika penat.



Perlahankan aktiviti anda dan rehat seketika jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.

5. Amalkan senaman pernafasan ketika bersenam


Jika anda berasa sesak nafas ketika bersenam, rehat seketika dan amalkan senaman pernafasan. Cara pernafasan yang baik adalah dengan pernafasan yang perlahan, berirama, sedutan nafas yang dalam dengan pergerakan abdomen yang akan menyebabkan sedutan oksigen yang maksimum. Tarik nafas menggunakan hidung, kemudian hembus melalui mulut  secara perlahan-lahan.



Aktiviti yang perlu dielakkan bagi pesakit jantung.

Aktiviti melibatkan tekanan ke atas rintangan seperti tekan tubi dan angkat berat perlu dielakkan kerana ia memberikan beban yang banyak ke atas jantung. Kerja-kerja harian di rumah juga kadangkala boleh membuatkan anda letih. Jangan memaksa diri melakukan semua kerja di rumah sehingga berasa penat

Berhati-hati semasa bersenam

Jangan lakukan sebarang aktiviti fizikal semasa demam atau tidak sihat. Keadaan itu sendiri sudah memberikan tekanan ke atas jantung. Jika ditambah dengan aktiviti fizikal, jantung mungkin tidak mampu menampungnya.

Semasa melakukan apa-apa aktiviti, berhenti dan rehat jika:

1. Terlalu penat dan sesak nafas.
2. Pening kepala.
3. Tidak selesa pada dada, leher, rahang atau bahu.
4. Rasa lemah badan.

Jika masih tidak hilang selepas berhenti dan berehat, dapatkan bantuan perubatan segera.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan produk kesihatan kami?KLIK DISINI

5 Punca Terjadinya Sakit Belakang


5 Punca Terjadinya Sakit Belakang



Sakit belakang merupakan masalah utama bagi masyarakat Malaysia. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih tidak tahu apakah punca terjadinya sakit belakang. Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (disc) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Ketahui 5 punca terjadinya sakit belakang:

1. POSTUR MENGANGKAT BARANG:





– Postur yang salah ketika mengangkat barang adalah punca yang paling banyak berlaku. Selain itu, masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang. Boleh jadi juga 


2. KECEDERAAN:



– Kecederaan pada tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


3. PENYAKIT:



– Terdapat banyak masalah boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ini termasuklah:-
1. Scoliosis – Lengkungan pada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya telah tua.
2. Spondylolisthesis – Salah satu tulang belakang terdorong ke bahagian hadapan.
3. Spinal stenosis – Penyempitan pada ruas tulang belakang sehingga menimbulkan tekanan pada saraf tulang belakang.
4. Fibromyalgia – keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.
5. Semasa dan selepas seseorang ibu mengandung.
6. Penghidap batu karang, ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya.
7. Osteoporosis – Tulang rapuh dan lemah. Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.
8. Tuberkulosis tulang belakang - Kuman tuberkulosis ini akan ‘memakan’ dan menghancurkan tulang vertebra pesakit dan ada juga kes di mana ia menghasilkan nanah yang menyebabkan tekanan pada saraf dan struktur-struktur berhampiran.



4. JANGKITAN & BARAH:



– Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan kuman boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis ataupun apabila melibatkan disc di antara vertebrae(discitis).
– Barah juga dianggap jarang menyebabkan sakit belakang. Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang badan, selalunya bermula dengan organ-organ dalaman. Sekiranya berlaku barah pada tulang belakang, ia ada berkemungkinan disebabkan barah yang bermula dari bahagian badan yang lain.



5. TEKANAN DIRI(STRESS):



– Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan diri boleh mengakibatkan sakit belakang dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.
– Tekanan diri boleh memberikan kesan negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak diatasi dengan betul, ia boleh berlarutan.
– Selain itu, insomnia dan kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit belakang.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


Kenapa Bangun Pagi Kaki Tak Boleh Pijak Lantai



Kenapa Bangun Pagi Kaki Tak Boleh Pijak Lantai



Apakah Plantar Fasciitis?







Plantar Fascitis ialah masalah pada tumit kaki. Kumpulan sokongan tisu-tisu yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil Plantar Fascia menjadi overstretched (terlebih tegang), membengkak dan iritasi. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.
Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.


Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:


  1. Umur - Plantar Fasciitis paling kerap berlaku kepada individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.  
  2. Berat badan berlebihan
  3. Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
  4. Jenis aktiviti atau senaman yang kerap dilakukan. Aktiviti senaman yang banyak memberikan tekanan pada tumit juga menjadi faktor kepada kesakitan ini seperti berlari jarak jauh, melompat, tarian balet, aerobik dan seumpamanya.  Banyak berjalan atau berdiri lama
  5. Kasut Tumit Tinggi - kekerapan memakai kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.
  6. Kekurangan fleksibiliti buku lali dan kaki



Tanda-tanda / Simptom Plantar Fascitis



Antara simptom nya ialah anda akan berasa sakit bila mula-mula nak melangkah tetapi lama kelamaan rasa sakit akan rasa sedikit berkurang dan kebiasaanya anda / pesakit yang mengalami akan meneruskan perjalanan dan urusan.Tetapi sebenarnya ini akan memudaratkan lagi keadaan ligamen yang telah koyak itu. Dan akan mengakibatkan kesakitan yang lebih memudaratkan. Oleh itu, jangan biarkan Plantar Fascitis ini.

Malah ada simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan meregangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


CARA-CARA RAWATAN



RAWATAN FISIOTERAPIS



FASA 1: RAWATAN AWAL

  • Tujuannya adalah untuk mengurangkan sakit dan bengkak
  • RICE

-Rest- Kurangkan aktiviti pada kaki
-Ice - Tuam ais pada kaki selama 20 minit dalam lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari
-Compression – balutkan ais tersebut untuk kesan lebih efektif
-Elevation- tinggikan kaki lebih daripada jantung

FASA 2- REHABILITASI:
  • Tujuannya untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
  • Ultrasound: Mengekalkan atau meningkatkan kelenturan (flexibility) tisu sekitar tumit yang cedera
  • Senaman regangan pada otot betis, Tendon Achilles dan plantar fascia





FASA 3- FASA MENGEMBALIKAN FUNGSI KAKI:
  • Untuk menguatkan otot intrinsic pada bahagian kaki contohnya closed chain therapeutic exercise (menggunakan tuala untuk menggerakkan ibu jari dan jari- jari kaki ke dalam)
  • Melindungi tempat sakit sewaktu melakukan aktiviti dengan “taping” dan pemakaian kasut yang betul


FASA 4- FASA KEMBALI SEPERTI BIASA
  • Bertujuan untuk kembali melakukan aktiviti seperti biasa


    - pemakaian kasut yang betul dan senaman menguatkan otot- otot berhampiran fascia tumit.



Ia juga boleh dirawat dengan cara berikut:-
  1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
  2. Mengurangkan berat badan
  3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex

Sekiranya anda bertanya mengenai rawatan manakah yang terbaik, jawapannya semestilah dengan membuat pilihan yang bijak iaitu pemilihan serta penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa. Ini mungkin akan melibatkan kos pembelian yang sedikit tinggi, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari daripada masalah sakit tumit.

Kita tidak seharusnya mempertikaikan atau merasa berat hati untuk berbelanja lebih bagi mendapat barangan yang terbaik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya ianya mendatangkan manfaat dan kebaikan. Alah membeli, menang memakai…betul kan?


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


More Post