Bahuku Kaku, Sukar Pakai Baju

Bahuku Kaku, Sukar Pakai Baju


Frozen Shoulder


Apa Itu Frozen Shoulder?

Frozen shoulder atau adhesive capsulitis adalah kondisi di mana tisu penghubung di sekitar sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Frozen Shoulder akan menyebabkan rasa sakit dan kaku di bahagian bahu. Kondisi ini menyebabkan terbatasnya pergerakan bahu hingga boleh menyebabkan sendi bahu tidak dapat digerakkan sama sekali. Frozen shoulder umumnya muncul dan memburuk secara bertahap.

 
KERADANGAN di sekitar sendi bahu


 
SENDI Bahu Normal VS Sendi Bahu Frozen

Apa Yang Berlaku Ketika Frozen Shoulder?

Keradangan akan turut diikuti dengan dengan ketebalan dan ketegangan kapsul sendi bahu. Apabila ianya berlaku, pergerakan sendi akan menjadi berkurangan. Sendi bahu penghidap Bahu Frozen akan melalui 3 fasa bagi tempoh beberapa bulan seperti berikut:

1.      Tahap pertama atau freezing stage: Fasa kesakitan. Dalam fasa ini, bahu mengalami kesakitan di setiap pergerakan dan mula merasa ketat. Biasanya fasa ini berlaku dalam masa 2-9 bulan.

2.      Tahap kedua atau frozen stage: Fasa di mana sakit dah mula berkurang tetapi pengurangan pergerakan bahu disebabkan oleh penebalan pada permukaan kapsul sendi. Penghidap akan mengalami kesukaran semasa mengangkat tangan melepasi kepala dan semasa digerakkan ke bahagian belakang pinggang. Biasanya fasa ini berlaku selama 4 bulan hingga 1 tahun.

3.      Tahap ketiga atau thawing stage: Fasa terakhir ini, bahu akan merasa ringan dan bebas melakukan gerakan. Pergerakan sendi akan mula beransur pulih. Tahap ini umumnya terjadi dalam 1 hingga 3 tahun.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Apakah Simptom Frozen Shoulder?

-Kesakitan dan kekerasan di bahu

 
RASA lenguh dan sengal adalah antara situasi yang kerap dialami

-Pengurangan di dalam pergerakan bahu. Kesakitan akan bertambah dengan setiap gerakan.

 PERGERAKAN bahu terhad

-Otot semakin mengecil disebabkan penghidap yang cuba mengurangkan rasa kesakitan dengan mengelak dari melakukan aktiviti.

-Kesakitan turut dirasai ketika berehat/tidur dan menggangu kualiti hidup.

Faktor Risiko Frozen Shoulder

Beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya frozen shoulder, antara lain:
  • Usia yang melebihi 40 tahun.
  • Perempuan. 70% daripadanya adalah perempuan.
  • Menderita penyakit sistemik seperti diabetes, penyakit Parkinson, tuberkulosis, penyakit jantung, atau gangguan hormon tiroid (hipertiroid dan hipotiroid).
  • Tidak dapat bergerak dalam jangka waktu lama akibat stroke, patah tulang lengan, pemulihan selepas pembedahan, atau cedera pada rotator cuff atau otot di sekitar bahu. Kapsul sendi bahu berisiko menjadi keras sepanjang fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan.


Rawatan Fisioterapi

Rawatan awal amat penting bagi memecahkan tisu-tisu yang melekat pada sendi bahu. Tujuan utama rawatan dijalankan adalah untuk mengurangkan sakit serta meningkatkan julat pergerakan dan fleksibiliti pada bahu. Rawatan ini juga adalah untuk mengekalkan kekuatan otot di sekitar bahu. Hampir 90% pesakit yang mendapatkan rawatan akan menunjukkan perubahan yang lebih baik. Namun, proses pemulihan ini memerlukan tempoh masa yang agak lama dan ianya bergantung pada setiap individu.

1. Manual Teknik
Di Flex Physiotherapy, fisioterapis amat menekankan manual teknik kepada para pesakit. Antaranya ialah, teknik mobilasi sendi (joint mobilisation), trigger point with stretching, teknik manipulation with movement, soft tissue manipulation.

2.Terapi Panas/Sejuk
Rawatan terapi panas dan sejuk ini membantu untuk mengurangkan sakit dan mengurangkan bengkak pada bahu. Terapi panas dan sejuk ini akan ditentukan dengan mengambil kira pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pakar fisioterapis mengikut kesesuaian keadaan pesakit.

 3. Elektroterapi
Stimulasi mesin elektrikal TENS dan ultrasound dapat mengurangkan kesakitan dan melancarkan pengaliran darah supaya proses pemulihan berlaku dengan lebih cepat.

4. Senaman
Senaman regangan serta diiikuti dengan senaman kekuatan perlu dilakukan secara kerap untuk memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot.

Antara senaman ringkas yang dicadangakan oleh American Academy of Orthopedic Surgeons (AAOS) ialah:
  • Posterior Capsule Stretch
Dalam posisi duduk tegak. Silangkan tangan yang sakit ke arah bahu yang bertentangan. Tahan selama 30 saat. Rehat dan ulangi semula senaman sebanyak 5 kali.
  • Senaman Pendulum (Pendulum Exercise)


Senaman pendulum boleh membantu pesakit untuk mengembalikan semula pergerakan bahu yang terhad.

Bongkokkan badan. Kemudian pusingkan tangan yang sakit mengikut arah pusingan jam dan lawan jam. Ulangi senaman ini sebanyak 5 kali.

 5. Nasihat
  •  Kurangkan aktiviti yang memerlukan gerakan melebihi paras kepala seperti melontar.
  • Kurangkan aktiviti mengangkat bebanan berat seperti tekan tubi lantai.
  • Sentiasa berusaha menguatkan otot bahu dan jangan meneruskan aktiviti yang menyakitkan.
  • Sentiasa menguatkan otot bahu yang tidak terlibat.
  • Jangan tidur mengiring dengan menghimpit bahu. Amalkan tidur terlentang bagi mengelak berlakunya kondisi impingement.

Pencegahan Frozen Shoulder

Pencegahan frozen shoulder adalah dengan mengelakkan sebarang kecederaan yang memberi kesan pada pergerakan bahu. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor dan dapatkan nasihat berkenaan senaman-senaman yang bersesuaian daripada ahli fisioterapi untuk mengelakkan masalah frozen shoulder berlaku pada masa hadapan.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

More Post