Kenapa Bangun Pagi Kaki Tak Boleh Pijak Lantai



Kenapa Bangun Pagi Kaki Tak Boleh Pijak Lantai



Apakah Plantar Fasciitis?







Plantar Fascitis ialah masalah pada tumit kaki. Kumpulan sokongan tisu-tisu yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil Plantar Fascia menjadi overstretched (terlebih tegang), membengkak dan iritasi. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.
Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.


Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:


  1. Umur - Plantar Fasciitis paling kerap berlaku kepada individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.  
  2. Berat badan berlebihan
  3. Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
  4. Jenis aktiviti atau senaman yang kerap dilakukan. Aktiviti senaman yang banyak memberikan tekanan pada tumit juga menjadi faktor kepada kesakitan ini seperti berlari jarak jauh, melompat, tarian balet, aerobik dan seumpamanya.  Banyak berjalan atau berdiri lama
  5. Kasut Tumit Tinggi - kekerapan memakai kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.
  6. Kekurangan fleksibiliti buku lali dan kaki



Tanda-tanda / Simptom Plantar Fascitis



Antara simptom nya ialah anda akan berasa sakit bila mula-mula nak melangkah tetapi lama kelamaan rasa sakit akan rasa sedikit berkurang dan kebiasaanya anda / pesakit yang mengalami akan meneruskan perjalanan dan urusan.Tetapi sebenarnya ini akan memudaratkan lagi keadaan ligamen yang telah koyak itu. Dan akan mengakibatkan kesakitan yang lebih memudaratkan. Oleh itu, jangan biarkan Plantar Fascitis ini.

Malah ada simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan meregangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


CARA-CARA RAWATAN



RAWATAN FISIOTERAPIS



FASA 1: RAWATAN AWAL

  • Tujuannya adalah untuk mengurangkan sakit dan bengkak
  • RICE

-Rest- Kurangkan aktiviti pada kaki
-Ice - Tuam ais pada kaki selama 20 minit dalam lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari
-Compression – balutkan ais tersebut untuk kesan lebih efektif
-Elevation- tinggikan kaki lebih daripada jantung

FASA 2- REHABILITASI:
  • Tujuannya untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
  • Ultrasound: Mengekalkan atau meningkatkan kelenturan (flexibility) tisu sekitar tumit yang cedera
  • Senaman regangan pada otot betis, Tendon Achilles dan plantar fascia





FASA 3- FASA MENGEMBALIKAN FUNGSI KAKI:
  • Untuk menguatkan otot intrinsic pada bahagian kaki contohnya closed chain therapeutic exercise (menggunakan tuala untuk menggerakkan ibu jari dan jari- jari kaki ke dalam)
  • Melindungi tempat sakit sewaktu melakukan aktiviti dengan “taping” dan pemakaian kasut yang betul


FASA 4- FASA KEMBALI SEPERTI BIASA
  • Bertujuan untuk kembali melakukan aktiviti seperti biasa


    - pemakaian kasut yang betul dan senaman menguatkan otot- otot berhampiran fascia tumit.



Ia juga boleh dirawat dengan cara berikut:-
  1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
  2. Mengurangkan berat badan
  3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex

Sekiranya anda bertanya mengenai rawatan manakah yang terbaik, jawapannya semestilah dengan membuat pilihan yang bijak iaitu pemilihan serta penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa. Ini mungkin akan melibatkan kos pembelian yang sedikit tinggi, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari daripada masalah sakit tumit.

Kita tidak seharusnya mempertikaikan atau merasa berat hati untuk berbelanja lebih bagi mendapat barangan yang terbaik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya ianya mendatangkan manfaat dan kebaikan. Alah membeli, menang memakai…betul kan?


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment

More Post