[#TAHUKAH_ANDA Kurang Berimiginasi Antara Perkara Merosakkan Otak?]

Gambar 1: Tahukah anda kurang berimiginasi merosakkan otak?
Otak manusia adalah pusat kawalan yang menjalankan pelbagai fungsi dan sebagai tempat untuk merancang sesuatu atau membuat keputusan. Kurang berimiginasi merupakan salah satu perkara yang merosakkan otak dan tahap kecerdasan otak menurun.
Otak merupakan organ paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan.  Oleh yang demikian, penjagaan kesihatan otak amat penting untuk dititikberatkan.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Di bawah adalah perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan otak. Sila elakkan perkara tersebut demi kesihatan otak anda.

1. Kurang berimiginasi


Berimiginasi memerlukan kita untuk berfikir. Berfikir mampu mengasah otak kita untuk lebih cerdas dan juga kreatif. Berfikir juga mampu membuat daya ingatan kita bertambah kuat

2. Tidak mengambil sarapan pagi

Sarapan pagi amat penting kerana jika tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan menyebabkan otak anda mnejadi kurang aktif.


3. Terlebih makan

Makan makanan yang berlebihan juga tidak baik untuk otak kerana otak akan menjadi lembab dan malas berfikir apabila terlalu kenyang.
Makan banyak menyebabkan banyak darah dialirkan ke perut dan usus bagi tujuan pencernaan. Hal ini menyebabkan darah kurang sampai ke otak dan menyebabkan mengantuk dan malas untuk melakukan aktiviti seharian.

 
4. Merokok

Asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia dan racun yang membahaya. Hal ini akan menyebabkan sel-sel otak terbunuh.
Elakkan juga dari perokok, kerana asap rokok yang dihidu lebih bahaya daripada merokok.

5. Tidur berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan, tetapi tidur yang berlebihan adalah sangat tidak disarankan. Hal ini kerana,badan juga menjadi letih dan otak akan menjadi kurang aktif dan melemahkan daya berfikir
Oleh yang demikian, elakkan perkara-perkara yang diterangkan di atas supaya otak dan daya fikiran kita menjadi lebih sihat dan kuat


Anda juga boleh share info bermanfaat ini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Semoga info ini memberi kesedaran kepada anda untuk mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan otak
Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !!
Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment

More Post