[#TAHUKAH_ ANDA Tanda Dehidrasi Semasa Puasa?]



Gambar 1: Tahukah anda tanda dehidrasi semasa puasa?
Di bulan puasa yang mulia ini, kehilangan air dalam badan kerap berlaku apabila  kita berpuasa. Situasi ini akan menjadi lebih teruk bagi yang tidak bersahur, untuk wanita mengandung dan juga pesakit diaetis.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Dehidrasi yang teruk, kekeliruan dan lemah-lemah badan akan berlaku kerana otak dan organ badan lain menerima aliran darah yang kurang. Akhirnya, koma, kegagalan organ, dan kematian akan berlaku jika dehidrasi tidak dirawat.
Terdapat banyak tanda dan gejala yang perlu dicari ketika mengalami dehidrasi. Sebenarnya, badan anda hanya perlu menurunkan sebanyak 2% dari jumlah berat badannya melalui cecair sebelum tanda dan gejala dehidrasi mula muncul. Ini sering berlaku melalui muntah, kencing berlebihan, atau cirit-birit.
Tanda-tanda dehidrasi ini biasanya menunjukkan dehidrasi ringan hingga sederhana. Walau bagaimanapun, jika gejala ini tidak dapat dikenal pasti dan diatasi segera, ia boleh mengakibatkan dehidrasi yang teruk.

Tanda-tanda dehidrasi ringan

  • Mulut Kering
  • Keletihan- anak cenderung kurang aktif dari biasanya
  • Rasa Haus
  • Sedikit atau tidak ada air mata semasa menangis
  • Kulit kering
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Pening

Tanda-tanda dehidrasi berat

  • Rasa dahaga yang melampau
  • Bibir mulut dan kulit sangat kering
  • Air kecil yang sedikit atau tidak keluar langsung – setiap urin yang dihasilkan akan berwarna kuning gelap
  • Mata cekung
  • Tekanan darah sangat rendah
  • Detak jantung cepat
  • Nafas cepat dan dalam
  • Tidak ada air mata saat menangis
  • Dalam kes yang sangat serius atau tidak sadarkan diri.

Dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan gejala seperti tekanan darah rendah, demam, dan dalam beberapa kes, bahkan kejang. Penting untuk memahami sains di sebalik rehidrasi dan bagaimana badan bergantung kepada mengekalkan tahap penghidratan yang optimum.
 

Langkah yang perlu diambil

Jika anda mengalami simptom dehidrasi seperti yang diterangkan, jangan berdegil dan segeralah berbuka puasa jika anda tidak mampu semasa Ramadan ini dan mengantinya pada bulan seterusnya.
Seterusnya segera berjumpa doktor kerana tanda dan gejala awal dehidrasi ringan hingga sederhana mungkin dapat mengatasinya sebelum dehidrasi anda menjadi terlalu teruk.
  Konsultasi PERCUMA untuk anda, hubungi kami segera !! Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment

More Post