Senaman Yang Boleh Dilakukan Di Rumah

Gambar 1: 4 jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah
PERINTAH kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan mungkin memberi implikasi kepada orang ramai apatah lagi kurang pergerakan fizikal yang boleh dilakukan seperti berekreasi di taman atau bersenam di gimnasium.

Walau demikian, perintah ini bukanlah bermakna ia mengekang aktiviti fizikal harian. Malah, terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan dengan hanya berada di rumah sendiri. 
Dalam keadaan sekarang yang tidak sesuai untuk ke gym atau beriadah di luar rumah kerana COVID-19 yang sangat merbahaya dan senang dijangkiti, anda boleh lakukan senaman ini untuk membakar lemak dan kekal cergas. Jom tengok, apa senaman yang boleh dilakukan dirumah sepanjang anda berada di rumah.
Gambar 2: Aktiviti turun naik tangga

Aktiviti Naik Turun Tangga

Kalau ada tangga di rumah, anda boleh lakukan aktiviti ‘naik turun’ tangga ataupun yang lagi senang anda boleh je lari setempat. Lakukan sebanyak beberapa pusingan, ini membantu menguatkan otot kaki anda.
Gambar 3: Push up

Push Up

Nak kuatkan otos lengan, dada, bahu dan perut? Mudah je buat senaman push up. Senaman ni akan membantu anda mengempiskan perut dan membentuk pada bahagian lengan. Penat tu memang lah penat tapi kesannya memuaskan.
Gambar 4: Squat

Squat

Senaman ni baik untuk menguatkan otot pada bahagian kaki dan punggung. Anda boleh try gunakan kerusi untuk melakukan senaman ni.

Gambar 5: Sit up

Sit Up

Senaman ni mudah je. Mula-mula anda baring dekat lantai sambil membengkok dan menyangkut kaki pada kerusi. Then letakkan tangan anda di atas dada dan angkatkan badan anda perlahan ke arah kaki. Ia membantu menguatkan abdominal atas. Kalau nak perut 6 pack buat la hari hari.
Jangan lupa tau lakukan senaman ini walaupun dalam bulan puasa. Sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu bolehlah praktikkan senaman ini dan masa anda pun terluang dengan aktiviti yang menyihatkan.

No comments:

Post a Comment

More Post