Kami mengambil serius tentang penularan
wabak COVID-19 yang sedang melanda Negara dan juga dunia. Oleh yang demikian
beberapa langkah yang telah kami lakukan sebagai langkah persediaan untuk
mencegah virus ini dari terus menular.
Inisiatif ini akan berterusan dilakukan
oleh kami di Flex Physiotherapy untuk menjaga kebersihan pusat rawatan.
Diharap para pesakit tidak perlu khuatir
dan risau untuk mendapatkan rawatan. Sebarang keterangan lanjut pesakit boleh
hubungi admin untuk setiap pertanyaan.
Langkah kebersihan yang dilakukan oleh kami
merangkumi pembersihan dari segi:
1-
Mencuci kawasan yang terdedah
dengan sentuhan
Pembersihan yang paling utama ialah mencuci
kawasan yang terdedah dengan sentuhan seperti pemegang pintu, butang loceng,
kaunter, pemegang kerusi roda dan banyak lagi. Kami menggunakan pencuci yang kuat
bagi menanggalkan kesan kotoran dan juga membasmi kuman yang melekat.
Kami membersih segenap ruang yang terdedah
dengan sentuhan. Setiap langkah pembersih yang dilakukan dibuat dengan teliti.
2-
Mencuci tempat duduk
Yang kedua kami
mencuci tempat duduk pesakit dan juga para kakitangan. Kami menggelap semua
tempat duduk dan kerusi yang sering digunakan oleh pesakit atau pengunjung.
Vacum juga dilakukan untuk membuang habuk serta kotoran.
3-
Mencuci katil pesakit
Langkah yang
ketiga amat penting iaitu mencuci katil pesakit. Seperti sedia maklum, katil
sangat kerap digunakan oleh pesakit bagi mendapatkan rawatan. Kami menggelap
kesemua katil pesakit dengan kain basah dan juga sabun pencuci.
Diharap pesakit
tidak ragu-ragu untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di pusat rawatan
kami. Kerana setiap alatan yang ada kami telah bersihkan.
4-
Mencuci lantai
Langkah yang keempat kami
mencuci dan mengemop lantai menggunakan pencuci lantai. Langkah ini dilakukan
bermula dari pintu masuk sehingga ke dalam toilet. Segenap ruang lantai kami
telah bersihkan untuk mengelak dari terdedah dengan kekotoran dan juga kuman.
5-
Mencuci cermin
Mencuci cermin
hadapan pusat rawatan juga kami telah lakukan. Langkah ini diambil bagi membersih
cermin dari segala kekotoran atau kuman.
6-
Mencuci karpet
Langkah terakhir ialah
kami membuat pembersihan ke atas karpet yang terdapat di sini. Segala jenis
karpet telah kami vacuum dan cuci.
Kakitangan Flex
Physiotherapy telah bertungkus lumus menjalankan pembersihan bagi menjaga
keselamatan kakitangan dan pesakit yang datang ke sini. Keselamatan dan
kesihatan anda amat kami jaga untuk kesejahteraan semua.
Kami di sini akan berterusan
mengambil langkah pencegahan supaya dapat melindungi diri dari terdedah dengan
virus dan juga perkara yang tidak diingini.