Masalah Kaki Bayi Bengkok (CTEV)




Masalah Kaki Bayi Bengkok (CTEV)



Pengenalan CTEV


Keadaan bayi yang dilahirkan dengan kaki bengkok, pergelangan kaki dan buku lalinya berpusing menghala ke dalam atau ke bawah adalah kecacatan yang biasa berlaku pada seorang bayi dalam setiap 1,000 kelahiran di dunia.




‘Congenital Talipes Equino Varus’(CTEV) atau juga dikenali sebagai “Clubfoot" kerana keadaan kaki yang membengkok itu menyerupai bentuk pemukul golf (Club).



Jenis-jenis CTEV


  1. Postural – Melibatkan otot yang tegang sahaja. Tulang dan sendi di sekeliling tidak terlibat.
  2. Struktur – Melibatkan struktur tulang dan sendi yang mengalami perkembangan kurang sempurna. Kaki tidak dapat mencapai pergerakan yang penuh secara pasif.


Punca CTEV


  • Punca postural: Packing Disorder (anak pertama, bayi bersaiz besar >4kg pada kelahiran, kekurangan air ketuban sewaktu mengandung)
  • Punca struktur: Punca kaki bayi  bengkok sejak dilahirkan masih tidak diketahui dan masih lagi menjadi misteri dalam bidang perubatan sehingga hari ini. Tetapi boleh juga disebabkan oleh faktor genetik.



Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI



Tanda-tanda CTEV


Boleh dikenalpasti pada peringkat awal kelahiran seseorang bayi adalah:






  • Kaki yang menghala ke dalam atau ke bawah
  • Rasa tegang pada otot betis
  • Pergerakan yang terhad pada sendi pergelangan kaki
  • Kaki nampak tidak sempurna

Komplikasi


  • Gaya berjalan (gait) yang kurang normal
  • Sakit pada kaki
  • Ketidakselesaan pada kaki (jika kondisi ini tidak dirawat pada peringkat awal)



  • Susah untuk berjalan atau menggerakkan kaki secara normal (jika masalah ini tidak dirawat)


Tujuan Rawatan Fisioterapi


  • Memastikan sendi berada pada alignment yang optimum
  • Meningkatkan fungsi sendi dari segi deria rasa sendi (joint sense)
  • Memastikan otot fleksibel untuk berjalan
  • Meningkatkan kekuatan otot kaki
  • Mengurangkan kesakitan (jika ada)


Rawatan Fisioterapi



Berpunca Postural: Rawatan Fisioterapi boleh mengatasi kondisi clubfoot dengan efektif:
  • Senaman regangan
  • Teknik rangsangan kepada tapak kaki





  • Mengaplikasikan taping



  • Teknik manipulasi tisu lembut (melakukan urut pada otot)
  • Preskripsi untuk sokongan tapak kaki (foot arch support) untuk meningkatkan fungsi biomekanik kaki




  • Sokongan Orthosis untuk kaki seperti Ankle-Foot-Orthosis (AFO)





Kesimpulan



Pengenalpastian masalah ini pada peringkat awal adalah sangat penting oleh ibu bapa mahupun doktor.








Perawatan awal kepada kondisi clubfootbiasanya bermula pada minggu pertama atau kedua selepas bayi dilahirkan boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana pada masa itu tulang dan sendi bayi mudah untuk dilenturkan dan masih lembut. Bagi kondisi yang memerlukan pembedahan, rawatan fisioterapi biasanya dilakukan sejurus selepas itu.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



Rujukan: Portal MyHealth & MayoClinic







No comments:

Post a Comment

More Post