Kenapa Ketika Tak Buat Kerja Pun Tangan dan Kaki Jadi Menggeletar



Kenapa Ketika Tak Buat Kerja Pun Tangan dan Kaki Jadi Menggeletar Ni

Pengenalan
Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku dalam kalangan warga emas. Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.






Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.


Simptom





4 Tanda dan Simptom utama:
·         Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
·         Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan – Rigidity)
·         Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
·         Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.

Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Tahap penyakit Parkinson:

Tahap 1
Pesakit mempunyai gejala ringan yang tidak mengganggu aktiviti harian.
• Pesakit mengalami getaran atau gegaran di sebelah sisi badan saja.
• Berlaku perubahan postur berjalan dan ekspresi wajah.

Tahap 2
• Gejala menjadi semakin teruk seperti gegaran dan pergerakan lain menjejaskan kedua-dua belah badan.
• Mengalami masalah berjalan dan postur tubuh tidak sempurna mula kelihatan.
• Pesakit masih boleh hidup sendirian, namun aktiviti harian menjadi lebih sukar dan mengambil masa lama untuk dilakukan.

Tahap 3
• Pesakit mula hilang keseimbangan badan dan pergerakan menjadi perlahan. Mereka mudah terjatuh.
• Gejala dialami menjejaskan aktiviti seperti berpakaian dan makan.

Tahap 4
• Gejala menjadi semakin teruk dan mengehadkan pergerakan.
• Ada segelintir pesakit memerlukan alatan bantuan berjalan untuk berdiri.
• Pesakit memerlukan pertolongan untuk melakukan kegiatan kehidupan harian dan tidak boleh hidup sendirian.

Tahap 5
• Pesakit mengalami kekakuan di bahagian kaki dan membuatkannya sukar berdiri mahupun berjalan.
• Pesakit memerlukan kerusi roda atau hanya berbaring di atas katil.
• Memerlukan penjagaan rapi sepanjang masa bagi melakukan semua aktiviti.
• Pesakit juga mungkin mengalami halusinasi.


Komplikasi
Fizikal:
·         Jatuh
·         Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
·         Sembelit
·         Kesukaran penelanan (dysphagia)
·         Kesukaran pertuturan (dysarthria)
·         Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
·         Kudis tekanan
·         Turun berat badan

Psiakiatri:
·         Masalah emosi seperti:
1.     kemurungan
2.     keresahan
·         Fungsi otak terjejas seperti:
1.     Ingatan
2.     Proses pemikiran
3.     Kewarasan membuat keputusan
4.     Pertimbangan
5.     Tanggapan / persepsi
6.     Masalah tidur

Sosial:
·         Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga


Rawatan
Rawatan Bukan Ubat-ubatan

Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:
·         Doktor
·         Jururawat
·         Jurupulih anggota
·         Jurupulih bahasa dan pertuturan
·         Pakar psikologi/psiakatri
·         Pegawai farmasi
·         Pegawai kebajikan perubatan
Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)
Rawatan Ubat-ubatan

Tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.

Rehabilitasi
Rehabilitasi melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang adalah penting untuk pengendalian penyakit ini. Senaman aerobik berupaya meningkatkan aliran darah ke otak seterusnya membekalkan nutrisi baik diperlukan otak. Manakala senaman berasaskan kemahiran pula merangkumi latihan mengasah kemahiran seperti bermain alat muzik, sukan atau mempelajari bahasa baru membuatkan perubahan positif berlaku dalam otak.
Hasil daripada dua program ini menunjukkan maklum balas positif bagi fungsi otak dan pergerakan serta postur pesakit Parkinson. Tetapi keputusan positif ini juga bergantung kepada individu.

Proses rehabilitasi ini dapat dilihat antara satu hingga enam bulan bagi menyaksikan perkembangan pesakit yang melakukan senaman atau program secara rutin kerana ia adalah proses yang berpanjangan,






Senaman mudah yang boleh dilakukan pesakit Parkinson:
Berjalan-jalan di luar rumah atau kompleks beli-belah, berjalan pantas atau di atas mesin anjakan pada kelajuan berbeza
• Menari
• Yoga
• Tai chi
• Latihan melangkah melalui halangan
• Berjalan sambil mendengar muzik dan melakukan senaman tangan
• Sukan seperti ping pong, golf, tenis
• Aerobik
• Menaiki tangga
• Mendaki bukit menggunakan tongkat
• Berenang dengan gaya berbeza dengan senaman mata terbuka dan tertutup







Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



No comments:

Post a Comment

More Post