[Kenapa Kepala Saya Rasa Melayang? Asyik Rasa Nak Jatuh Je]




Anda kerap kali rasa pening dan nampak persekitaran anda seperti berpusing-pusing? Awas anda berkemungkinan menghadapi masalah vertigo.

Kebiasaanya, masalah ini terjadi ketika seseorang berada di dalam keadaan tidak bergerak, tetapi disebabkan masalah vertigo inilah mereka merasakan dirinya seolah-olah sedang berpusing.

MAKSUD VERTIGO


Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.
Apa beza vertigo dengan pening/sakit kepala? 

Vertigo tidak sama seperti pening kepala biasa. Pening kepala yang biasa selalunya menyebabkan kepala seseorang itu menjadi ringan, rasa nak pengsan dan sebagainya.

Vertigo boleh terjadi akibat daripada gangguan telinga, gangguan sistem vestibular atau terdapat kecederaan pada bahagian-bahgian otak yang tertentu.

Mengikut statistic, risiko mengalami vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan wanita berisiko 3 kali lebih tinggi untuk mengalami vertigo berbanding  lelaki.

SIMPTOM VERTIGO


 


1. Rasa berpusing

- Pesakit akan mengadu bahawa persekitaran mereka akan kelihatan berpusing-pusing.



2. Pening
  - Disebabkan persekitaran berpusing-pusing, pesakit akan merasa pening.


3. Loya & muntah
 - Pesakit akan menjadi loya dan muntah.


4. Ketidakseimbangan
 - Apabila pesakit pening dan rasa berpusing, mereka akan menjadi tidak seimbang dan berisiko untuk jatuh.


5. Penglihatan kabur
 - Penglihatan juga kan menjadi kabur dan kurang jelas.


6. Sukar berjalan
 - Pesakit akan mengalami kesukaran untuk berjalan kerana tiada keseimbangan.

FUNGSI FISIOTERAPI DALAM MERAWAT PESAKIT VERTIGO

Jika pesakit mengalami masalah vertigo, hendaklah berjumpa dengan doktor dahulu untuk kepastian dan mengambil ubat-ubatan yang bersesuaian. Kebiasaanya, doktor akan merujuk pesakit kepada bahagian fisioterapi untuk rawatan selanjutnya.
Antara fungsi fisioterapi dalam menyelesaikan masalah vertigo adalah :
-       Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala
-       Meningkatkan kestabilan pandangan
-       Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan
-       Meningkatkan kecergasan dan daya tahan
-       Mengurangkan risiko jatuh
Jadi jika anda mengalami masalah vertigo, segera berjumpa doktor dan ikuti nasihat doktor untuk menjalani rawatan fisioterapi untuk memulihkan anda dari masalah vertigo!


1 comment:

  1. LuckyDays Casino Resort - MapyRO
    View all info and 양주 출장마사지 reviews 남양주 출장마사지 of LuckyDays Casino Resort in Murphy, N.Y. on MapyRO. Lucky 과천 출장안마 Days 부산광역 출장마사지 Casino Resort Lucky Days Casino 광주광역 출장샵 Resort

    ReplyDelete

More Post