5 Punca Kaki Selalu Rasa Kebas






5 Punca Kaki Selalu Rasa Kebas


Sudah pasti ramai yang pernah rasa kebas dan semut-semut di bahagian kaki. Masalah ini mungkin kerap berlaku jika duduk pada posisi salah atau berdiri terlalu lama.


Namun kadangkala rasa kebas di kaki disebabkan masalah kesihatan yang lain.

Ini adalah antara perkara yang boleh mengakibatkan kebas dan semut-semut di kaki:



SARAF TERHIMPIT


Menurut satu laman kesihatan, urat saraf boleh terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan.

Ini antara punca paling lazim bagi rasa kebas di kaki. Ia boleh disebabkan pelbagai perkara, termasuk kecederaan.





Selain rasa kebas atau semut-semut, urat saraf yang terhimpit juga boleh mengakibatkan rasa sakit.

Namun, kondisi ini lazimnya boleh dirawat dengan agak mudah, seperti membetulkan postur badan dan menguatkan otot-otot yang terlibat.

Namun jika kes tersebut sudah kronik, ubat tahan sakit atau pembedahan juga diperlukan.


HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG





Tulang belakang manusia disambung dengan cakera pepejal. Apabila cakera ini teranjak, ia boleh mengakibatkan hernia pada tulang belakang, 'slip disk' atau cakera teranjak.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh badan yang bongkok terlalu banyak atau mengangkat berat dalam posisi yang salah.

Akibatnya, urat saraf akan terhimpit dan menyebabkan rasa kebas dan semut-semut.

Seperti kondisi pertama, cakera yang teranjak ini juga boleh dirawat dengan senaman, ubat tahan sakit atau pembedahan pada sesetengah kes.

KENCING MANIS


Apabila tahap gula dalam darah tidak terkawal buat jangka masa panjang dalam kalangan penghidap penyakit kencing manis, gula boleh terkumpul dan merosakkan saraf yang menyampaikan mesej dari otak dan tulang belakang ke bahagian badan yang lain, termasuk kaki.





Seseorang boleh mengelakkan kerosakan saraf ini dengan menjaga tahap kencing manis, dengan cara pemakanan, ubat-ubatan dan senaman.

Apabila saraf sudah rosak, ia tidak boleh dirawat; hanya simptomnya sahaja yang boleh ditangani.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

ANGIN AHMAR





Jika anda berusia muda, rasa kebas di kaki jarang disebabkan angin ahmar, kerana ia lebih kerap berlaku pada warga emas berusia lebih 60 tahun.

Namun berwaspadalah, kerana malang tidak berbau.Tidak kira umur, inilah antara simptom angin ahmar: percakapan kurang jelas, rasa sebah dan kelemahan atau tidak boleh bergerak pada sebahagian badan.

Simptom-simptomnya akan datang secara tiba-tiba dan lebih kerap berlaku pada individu berisiko tinggi, seperti yang menghidapi penyakit darah tinggi, perokok dan pesakit kencing manis.

Ubat boleh mengelakkan kerosakan yang kekal, tapi perlu diambil secepat mungkin. Penting untuk mendapat bantuan serta-merta apabila terdapat simptom angin ahmar.

PENYAKIT ATERI PERIFERAL


Penyakit arteri periferal (PAD) berlaku apabila arteri tersekat dan menghalang aliran darah ke tangan ataupun kaki. Selain mengakibatkan rasa kebas dan semut-semut, PAD juga mengakibatkan rasa sakit ketika berjalan.





PAD selalunya menandakan terdapat pengumpulan lemak dalam arteri, yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar pada masa depan.

Rawatannya? Berhenti merokok, makan makanan sihat dan bersenam, serta makan ubat yang sewajarnya.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment

More Post