7 Tips Dapatkan Postur Badan Yang Menarik


7 Tips Dapatkan Postur Badan Yang Menarik


Penjagaan postur badan menjadi keutamaan buat kita semua. Postur badan yang salah akan menimbulkan serta meningkat risiko untuk mendapat masalah sakit seperti sakit belakang, sakit leher dan sebagainya. Jadi, inilah masanya untuk anda ubah postur badan anda dengan mengikuti 7 tips yang diberikan di bawah ini ! 

1. POSISI APABILA DUDUK




Tanpa kita sedar, kita akan mula meluncur daripada tempat duduk kita sehingga ke bawah ataupun membongkok apabila duduk dalam keadaan yang lama. Perkara ini amatlah tidak baik kerana otot anda akan rasa kurang selesa dengan posisi itu. Cuba kekalkan posisi yang tegak dan kurangkan pergerakan yang tidak memberikan manfaat seperti tadi.

2. LURUSKAN BAHU

Cuba tengok keadaan bahu anda sekarang, adakah ia ternaik sampai telinga ataupun terkehadapan? Anda akan mendapati sakit otot bahu tanpa kita sedar. Kekal dalam kedaan relaks dan pastikan posisi seperti kebiasaannya.

3. PERIKSA POSTUR BADAN ANDA


Bagaimana hendak tahu jika anda perlukan perubahan mengenai postur badan anda? Tekapkan badan anda di pintu atau dinding. Bahu, belakang kepala dan lutut sepatutnya akan jadi selari. Anda juga boleh lihat dengan menggunakan cermin untuk periksa postur badan anda.

4. LIHAT POSTUR BADAN ANDA KETIKA BERJALAN

Tanpa kita sedar kita akan meletakkan beban terhadap bahu kita yang menyebabkan kita mengalami kesakitan. Terutama sekali apabila anda membawa beg, pastikan anda tidak mengangkat bahu untuk meletakkan bag di posisi yang betul.

5. DUDUK SEPANJANG MELAKUKAN KERJA? BANGUN DAN REGANGKAN BADAN ANDA!

Kebanyakan daripada kita duduk di pejabat dan habiskan masa dengan duduk di depan komputer dan meja. Untuk berlaku adil kepada badan anda, bangun pada setiap 30 minit dan berjalan atau regangkan badan. Ini akan membantu badan anda daripada tegang.

6. MEMBINA OTOT TERAS ANDA!


Lakukan senaman yang fokus kepada teras anda iaitu otot abdomen dan pelvik. Anda perlukan kedua-dua otot ini untuk jadi kuat jika anda inginkan postur badan yang baik.

7. KURANGKAN MEMAKAI KASUT TINGGI


Pemakaian kasut tinggi akan tampil bergaya dan ianya memang tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi ia tidak bagus dalam membentuk postur badan anda.
Apabila anda memakai kasut tinggi, anda memaksa badan untuk berdiri dan kekalkan keseimbangan. Dengan itu, kurangkan memakainya dan gantikan dengan kasut flat.
Perkara ini sangat penting untuk kekalkan postur badan anda jika tidak mahu sebarang sakit belakang dan sakit otot yang lain. Pastikan anda sedar dengan cara anda duduk, berdiri dan berjalan dan kurangkan membongkong!

No comments:

Post a Comment

More Post