“Tangan Aku Jadi Macam Ni Sebab Terlalu Lama Menggunakan Telefon Bimbit”




APAKAH ITU DE QUERVAIN’S TENOSYNOVITIS?

De Quervain’s tenosynovitis ialah keadaan menyakitkan yang berlaku di bahagian pergelangan tangan yang melibatkan tendon yang mengawal pergerakan ibu jari. Sindrom ini adalah antara keadaan yang paling biasa yang menyebabkan sakit di pergelangan tangan dan pangkal ibu jari. Tendon ialah struktur yang menyambungkan otot kepada tulang untuk membolehkan pergerakan.


BAGAIMANA  SINDROM  DE QUERVAIN’S TENOSYNOVITIS INI TERJADI?

Ia terjadi apabila seseorang secara berterusan menggunakan jari secara berlebihan (chronic ‘overuse‘). Contohnya jika seseorang selalu menggunakan telefon canggih, menaip,menjahit, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya, menyebabkan tendon tersebut membengkak dan mengakibatkan lapisan yang membaluti tendon tersebut mengalami keradangan. Sakit akan meningkat apabila membuat genggaman pada jari tangan, menggenggam sesuatu atau apabila memusing pergelangan tangan.



APAKAH GEJALA SINDROM DE QUERVAIN?

1) Sakit dan bengkak di sekitar pangkal ibu jari. Sakit boleh merebak sehingga ke lengan.

2) Sensasi “catching” atau “menyentap” boleh dirasai apabila menggerakkan ibu jari.

3) Mempunyai kesukaran membengkok ibu jari.

4) Mempunyai kesukaran mencubit atau menggenggam dengan ibu jari atau tangan.

5) Rasa sakit apabila mengerakkan pergelangan tangan dari sisi ke sisi atau berpusing.

6) Pengalaman pergerakan yang terhad dan rasa kelemahan pada ibu jari.

7) Aktiviti melibatkan mencubit atau menggenggam dengan ibu jari membuatkan gejala lebih teruk, contoh, menulis, membuka balang, mengangkat seorang kanak-kanak, mengetuk dan bersukan.

8) Kebas sepanjang belakang jari telunjuk dan ibu jari (akibat saraf yang terganggu berada di dalam sarung tendon).


BAGAIMANA SINDROM INI DIKETAHUI (DIAGNOSIS)?

Juru fisioterapi anda akan menjalankan ujian Finkelstein, dengan meregangkan tendon dengan perlahan pada ibu jari dan pergelangan tangan melalui terowong extensor itu. Sakit semasa ujian ini menunjukkan tanda positif.



FAKTOR RISIKO SINDROM DE QUERVAIN

Faktor Risiko Mengalami Sindrom De Quervain terdiri daripada :

1) Umur lebih dari 40 tahun.

2) Penggunaan tangan yang kerap.

3) Kondisi adalah lebih kerap di kalangan wanita.

4) Kehamilan. Kondisi mungkin berhubung-kait dengan kehamilan.

5) Penyertaan aktif dalam sukan yang melibatkan tekanan pada tangan dan pergelangan tangan, seperti golf dan tenis.



RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK SINDROM DE QUERVAIN

Fisioterapi akan melakukan penilaian pada tangan anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian apabila gejala beransur pulih.

Rawatan boleh terdiri daripada:

1) Rawatan Ais.

2) Elektroterapi (seperti Ultra Sound).



3) Senaman untuk meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti pada ibu jari dan pergelangan tangan.



4) Taping (Plaster).



5) Pendidikan (Elakkan pergerakan yang berulang-ulang pada ibu jari atau pergelangan tangan, elakkan penggunaan tenaga yang kuat pada tangan yang meningkatkan rasa sakit, elakkan meletakkan tangan anda dalam kedudukan yang salah semasa menggunakan tangan).


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


No comments:

Post a Comment

More Post