✔️Merana Sakit Belakang bertahun-tahun lamanya?
✔️Ayah mengalami Strok dan Sakit Saraf hingga tidak mampu ke masjid lagi?
✔️Anak-anak dah berumur 2 tahun...tapi Tak Mampu Berjalan?
Gambar 1: Tahukah anda kurang berimiginasi merosakkan otak?
Otak manusia adalah pusat kawalan yang menjalankan pelbagai fungsi dan sebagai tempat untuk merancang sesuatu atau membuat keputusan. Kurang berimiginasi merupakan salah satu perkara yang merosakkan otak dan tahap kecerdasan otak menurun.
Otak merupakan organ paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Oleh yang demikian, penjagaan kesihatan otak amat penting untuk dititikberatkan.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Di bawah adalah perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan otak. Sila elakkan perkara tersebut demi kesihatan otak anda.
1. Kurang berimiginasi
Berimiginasi memerlukan kita untuk berfikir. Berfikir mampu mengasah otak kita untuk lebih cerdas dan juga kreatif. Berfikir juga mampu membuat daya ingatan kita bertambah kuat
2. Tidak mengambil sarapan pagi
Sarapan pagi amat penting kerana jika tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan menyebabkan otak anda mnejadi kurang aktif.
3. Terlebih makan
Makan makanan yang berlebihan juga tidak baik untuk otak kerana otak akan menjadi lembab dan malas berfikir apabila terlalu kenyang.
Makan banyak menyebabkan banyak darah dialirkan ke perut dan usus bagi tujuan pencernaan. Hal ini menyebabkan darah kurang sampai ke otak dan menyebabkan mengantuk dan malas untuk melakukan aktiviti seharian.
4. Merokok
Asap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia dan racun yang membahaya. Hal ini akan menyebabkan sel-sel otak terbunuh.
Elakkan juga dari perokok, kerana asap rokok yang dihidu lebih bahaya daripada merokok.
5. Tidur berlebihan
Tidur adalah baik untuk kesihatan, tetapi tidur yang berlebihan adalah sangat tidak disarankan. Hal ini kerana,badan juga menjadi letih dan otak akan menjadi kurang aktif dan melemahkan daya berfikir
Oleh yang demikian, elakkan perkara-perkara yang diterangkan di atas supaya otak dan daya fikiran kita menjadi lebih sihat dan kuat
Anda juga boleh share info bermanfaat ini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Semoga info ini memberi kesedaran kepada anda untuk mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan otak
Konsultasi PERCUMAuntuk anda, hubungi kami segera !! Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI)
Pernahkah anda rasa tidak selesa di bahagian belakang? Apabila sakit belakang menyerang, nak bergerak pun tak boleh kerana sakit. Jika ya, anda perlu dapatkan rawatan sakit belakang.
Sakit belakang adalah rasa sakit dan tidak selesa di bahagian belakang badan. Masalah ini sering tertumpu pada bahagian bawah belakang badan. Keadaan ini boleh membataskan pergerakan dan mengganggu aktiviti seharian anda.
Ramai yang takut untuk mendapatkan rawatan sakit belakang. Ini kerana rata-rata menyangka sakit belakang hanya boleh dirawat dengan ubat dan pembedahan.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Untuk makluman anda, terdapat cara rawatan lain tanpa ubat mahupun pembedahan untuk melegakan sakit belakang anda, antaranya:
Gambar 2: Yoga/senaman
1. Yoga/senaman
Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan pada tubuh badan. Lakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.
Senaman dapat membantu mengurangkan kesakitan dan juga mengelakkan dari masalah berulang semula. Selain itu, ia juga mampu menguatkan kembali otot belakang
Gambar 3: Postur yang betul
2. Menjaga postur badan
Elakkan dari membongkok kerana ia memberi kesan buruk pada badan anda. Jika anda duduk terlalu lama, biasakan untuk bersandar dengan tegak.
Anda juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.
Gambar 4: Dapatkan tidur yang lena
3. Dapatkan tidur yang lena
Tidur yang lena dengan posisi yang betul adalah penting untuk menjaga kesihatan anda.
Posisi tidur yang salah boleh menyebabkan anda kurang tidur dan sakit pada bahagian belakang.
Gambar 5: Rawatan fisioterapi
4.Rawatan fisioterapi
Melalui fisioterapi, rawatan akan diberikan untuk meredakan kesakitan. Antaranya seperti rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.
Fisioterapi juga akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan. Selain itu, mereka juga menunjukkan cara untuk memperbaiki cara hidup dan aktiviti seharian pesakit.
Konsultasi PERCUMAuntuk anda, hubungi kami segera !! Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI)
Gambar 1: 4 tanda anak anda mengalami cerebral palsy
Cerebral palsy adalah gangguan yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk bergerak dan mengekalkan keseimbangan dan postur tubuh. Cerebral palsy biasanya terjadi dalam golongan kanak-kanak.
Cerebral palsy lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan,
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Antara tanda-tanda atau simptoom cerebral palsy ialah:
Gambar 2: Kesukaran untuk berbicara
1. Sukar untuk berbicara
Tidak memberi respon apabila anda memanggilnya. Selain itu kelihatan seperti tidak mendengar apabila anda bercakap atau memberi arahan kepadanya.
Tanda ini juga boleh dilihat apabila anak anda kurang berminat apabila dibacakan buku cerita kepada mereka.
Gambar 3: Sukar untuk meletakkan barang pada tempatnya
2. Sukar meletakkan barang pada tempatnya
Hal ini dapat dikesan apabila anak anda mengalami keterbatasan dalam bergerak dan menjaga keseimbangan.
Sebagai contoh, anak anda tidak boleh menyusun mainan atau peralatan yang dimain dengan betul atau ke tempat asal kerana tangan atau pergerakan yang tidak seimbang.
Gambar 4: Gaya berjalan tidak normal
3. Gaya berjalan tidak normal
Gaya atau gerakan yang tidak terkawal atau tidak terkendali semasa bangun berjalan. Kesukaran ini seperti berjalan pada ujung kaki (jinjit) juga antara tanda yang boleh dikenalpasti.
Selain itu, menyeret satu kaki atau lebih suka menggunakan satu lengan, menunjukkan fungsi otot tidak seimbang.
Gambar 5: Lambat dalam proses merangkak & berjalan
4. Lambat dalam proses merangkak atau berjalan
Apabila anak anda sudah mencecah umur 1 tahun, sepatutnya sudah boleh merangkak dan berjalan.
Tetapi jika anak anda tidak dapat menampung berat badan dengan kaki dan tangan dan hal ini menyebabkan proses merangkak menjadi lambat.
Gambar 6: Lumpuh pada salah satu bahagian tubuh badan
5. Lumpuh pada salah satu bahagian tubuh
Pesakit mengalami pergerakan otot yang tidak boleh dikawal sehingga menyukarkannya untuk berjalan mahupun duduk.
Keadaan ini juga sering mempengaruhi otot muka sehingga riak wajah pesakit berubah-ubah.
Walaubagaimanapun tidak semua kanak-kanak yang lambat bercakap atau lambat dalam proses berjalan mempunyai cerebral palsy.
Oleh demikian, jika anak anda mempunyai tanda seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat serta rawatan selanjutnya.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Gambar 1: Tahukah anda tanda dehidrasi semasa puasa?
Di bulan puasa yang mulia ini, kehilangan air dalam badan kerap berlaku apabila kita berpuasa. Situasi ini akan menjadi lebih teruk bagi yang tidak bersahur, untuk wanita mengandung dan juga pesakit diaetis.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Dehidrasi yang teruk, kekeliruan dan lemah-lemah badan akan berlaku kerana otak dan organ badan lain menerima aliran darah yang kurang. Akhirnya, koma, kegagalan organ, dan kematian akan berlaku jika dehidrasi tidak dirawat.
Terdapat banyak tanda dan gejala yang perlu dicari ketika mengalami dehidrasi. Sebenarnya, badan anda hanya perlu menurunkan sebanyak 2% dari jumlah berat badannya melalui cecair sebelum tanda dan gejala dehidrasi mula muncul. Ini sering berlaku melalui muntah, kencing berlebihan, atau cirit-birit.
Tanda-tanda dehidrasi ini biasanya menunjukkan dehidrasi ringan hingga sederhana. Walau bagaimanapun, jika gejala ini tidak dapat dikenal pasti dan diatasi segera, ia boleh mengakibatkan dehidrasi yang teruk.
Tanda-tanda dehidrasi ringan
Mulut Kering
Keletihan- anak cenderung kurang aktif dari biasanya
Rasa Haus
Sedikit atau tidak ada air mata semasa menangis
Kulit kering
Sakit kepala
Sembelit
Pening
Tanda-tanda dehidrasi berat
Rasa dahaga yang melampau
Bibir mulut dan kulit sangat kering
Air kecil yang sedikit atau tidak keluar langsung – setiap urin yang dihasilkan akan berwarna kuning gelap
Mata cekung
Tekanan darah sangat rendah
Detak jantung cepat
Nafas cepat dan dalam
Tidak ada air mata saat menangis
Dalam kes yang sangat serius atau tidak sadarkan diri.
Dehidrasi yang teruk boleh mengakibatkan gejala seperti tekanan darah rendah, demam, dan dalam beberapa kes, bahkan kejang. Penting untuk memahami sains di sebalik rehidrasi dan bagaimana badan bergantung kepada mengekalkan tahap penghidratan yang optimum.
Langkah yang perlu diambil
Jika anda mengalami simptom dehidrasi seperti yang diterangkan, jangan berdegil dan segeralah berbuka puasa jika anda tidak mampu semasa Ramadan ini dan mengantinya pada bulan seterusnya.
Seterusnya segera berjumpa doktor kerana tanda dan gejala awal dehidrasi ringan hingga sederhana mungkin dapat mengatasinya sebelum dehidrasi anda menjadi terlalu teruk.
Konsultasi PERCUMAuntuk anda, hubungi kami segera !! Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI)
Gambar 1: Duduk statik secara berterusan lebih dari 2 jam memberi banyak kesan buruk kepada kesihatan.
Pada arus pemodenan yang semakin berkembang maju ini, tidak dinafikan majoriti pekerja bekerja dengan hanya duduk dan mengadap laptop atau computer selama 8 jam sehari mahupun lebih.
Walaupun teknologi akan membawa pelbagai manfaat seperti mempercepatkan pekerjaan, meminimakan tenaga serta menghubungkan kita sepantas cahaya, ia masih mempunyai pelbagai mudarat.
Duduk terlalu lama akan mengakibatkan pelbagai masalah seperti sakit belakang yang kronik, postur badan yang tidak bagus malahan boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, penyakit jantung serta obesiti.
Antara sebab mengapa duduk lama boleh menyebabkan sakit belakang ialah ini yang berlaku puncanya:
1. Isu otak, leher dan bahu
Menggerakkan badan kita akan menyebabkan lebih banyak darah dan oksigen mengalir ke otak sekaligus membantu kita mengekalkan kejelasan dan ketajaman minda.
Namun begitu, duduk terlalu lama akan mengakibatkan aliran darah dan oksigen ke otak menjadi perlahan lalu menjejaskan kemampuan kita untuk berfikir sebetulnya.
Selain itu, posisi membongkok di atas kerusi bagi tujuan melihat skrin komputer akan mendatangkan tekanan yang hebat kepada leher anda terutamanya cervical vertebrae yang menyambungkan tulang belakang dengan kepala anda.
Postur badan yang tidak bagus juga kan merosakkan otot belakang dan bahu akibat terbeban dengan keperluan individu untuk membongkok ke skrin komputer dan papan kekunci pada tempoh masa yang lama.
2. Masalah belakang
Salah satu daripada masalah yang paling biasa dialami oleh kebanyakan pekerja adalah masalah belakang.
Postur badan yang tidak bagus semasa sedang bekerja akan mengakibatkan sakit belakang, tulang belakang yang tidak fleksibel serta kerosakan pada disk.
Dengan kerap bergerak, disk akan menjadi lembut di antara vertebrae di dalam tulang belakang untuk mengembang dan menguncup lalu membenarkan perjalanan darah dan nutrien.
Dengan duduk terlalu lama, disk ini akan menjadi tidak stabil dan terlalu padat lalu menyebabkan kolagen terbentuk pada tendon dan ligamen.
Selain itu, herniated lumbar disks juga lebih kerap berlaku pada individu yang meluangkan masa yang panjang duduk di hadapan komputer.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
3. Kesan kepada otot
Duduk terlalu lama tidak memerlukan penggunaan otot Ab dan jika ia tidak digunakan buat masa yang terlalu lama, ini akan mengakibatkan swayback iaitu tulang belakang berada kepada kedudukan yang tidak semulajadi.
Tambahan itu, duduk terlalu lama juga akan mengurangkan fleksibiliti terutamanya pada pinggang dan belakang. Pinggang yang fleksibel dapat membantu kestabilan badan.
Namun begitu, duduk terlalu lama akan mengakibatkan otot flexor menjadi lebih pendek dan tegang.
Otot glute juga akan menjadi lebih lembut akibat tidak digunakan buat tempoh masa yang lama dan ini akan mengehadkan kebolehan badan untuk melangkah lebih jauh dan mengekalkan kestabilan badan.
4. Kesan kepada organ
Duduk terlalu lama boleh mengundang sakit jantung, penyakit kardiovaskular dan kanser kolon.
Dalam erti kata yang lain, masalah ini adalah disebabkan oleh terlebih penghasilan insulin akibat tidak aktif lalu memperlahankan aliran darah kepada organ-organ dalam badan.
Dengan kerap bergerak, sel yang menyebabkan kanser dapat dibunuh sekaligus merembeskan antioksidan yang mampu menyingkirkan radikal bebas sebelum ia merebak.
Terlebih penghasilan insulin juga boleh mengakibatkan pertambahan berat badan yang menyumbang kepada diabetes dan obesiti.
5. Kesan kepada kaki
Jelas sekali, duduk terlalu lama akan mengehadkan pengaliran darah di dalam kaki.
Ini akan menyebabkan darah untuk berkumpul pada buku lali lalu menyebabkan ia membengkak, pergumpalan darah serta vena varikos.
Isu lain yang akan berlaku disebabkan duduk terlalu lama ini adalah tulang menjadi lebih lemah dan kurang tumpat.
Ini mungkin menjelaskan mengapa ramai individu dewasa mengalami osteoporosis.
Menurut kajian, individu yang menonton televisyen lebih daripada tempoh 8.5 tahun mempunyai 61% lebih risiko untuk meninggal dunia pada usia yang muda jika hendak dibandingkan dengan individu yang menonton televisyen kurang satu jam sehari.
Langkah untuk membendung masalah ini
Pertama sekali, jika anda masih perlu untuk duduk dalam tempoh yang lama bagi melakukan pekerjaan, pastikan anda duduk dengan tegak dan elakkan membongkok ke hadapan papan kekunci anda.
Jika anda masih juga terpaksa melakukannya, beli sebuah bola senaman, yang boleh membantu otot Ab anda untuk bekerja di samping memastikan postur badan anda kekal tegak.
Anda juga boleh menggunakan kerusi yang tidak mempunyai bahagian belakang jika anda mahukan sesuatu yang lebih stabil berbanding bola senaman.
Pastikan anda bangun untuk menggeliat sekali-sekala. Bangun dan berjalanlah di sekeliling pejabat anda untuk beberapa minit bagi memastikan pengaliran darah anda ke otak dan otot berfungsi secara optimal.
Anda juga boleh membeli meja kerja yang membolehkan anda melakukan kerja secara berdiri kerana ia merupakan posisi yang paling sesuai untuk melakukan pekerjaan.
Ini dapat membantu darah dan oksigen mengalir dengan lebih bebas ke seluruh bahagian badan sekaligus mengurangkan risiko pergumpalan darah dan pelbagai masalah kesihatan berbahaya yang lain.
Konsultasi PERCUMAuntuk anda, hubungi kami segera !! Kelantan (KLIK DISINI) dan Terengganu (KLIK DI SINI)