Agak-agak korang kan? Berapa ramai orang di luar sana yang sedar akan kepentingan penjagaan pesakit terlantar.

Berapa ramai orang yang cakna mengenai senaman bagi pesakit terlantar?

Tak ramai, saya berani jamin, kerana tidak semua orang berada dalam keadaan keluarga yang mempunyai pesakit terlantar dan kita tak pernah bersedia untuk menghadapi situasi begitu!

Walaupun kita yang pernah mengalami situasi berkenaan, mungkin ada beberapa aspek yang kita terlepas pandang tentang kepentingan berkenaan. Jom cek sama-sama.

Di sini saya kategorikan pesakit terlantar, boleh jadi:

  1. Pesakit stroke
  2. Kecederaan teruk akibat kemalangan
  3. Individu yang lemah daya tahan
  4. Kecederaan patah dan sebagainya.

JANGAN ABAI!! BERIKUT TIPS PENTING YANG KORANG KENA TAHU

  1. Sediakan katil yang sesuai

Katil yang macam mana sesuai tu kan?

Untuk pesakit terlantar, anda boleh sedia katil yang boleh laras atas dan bawah katil. Boleh laras kaki dan kepala lah kalau dalam bahasa mudahnya.

Anda pernah tengok katil hospital kan? Haaa katil macam itu lah yang lebih sesuai untuk menempatkan pesakit terlantar.

Kemudian, penting juga untuk anda menyedia tilam angin yang baik.

Dalam kes ini, tilam angin berfungsi untuk mengurangkan geseran kepada kulit pesakit yang boleh menyumbang kepada kudis tekanan.

Apa itu kudis tekanan? Baca artikel lanjut di

  1. Jaga kebersihan

Kerapkan tukar lampin pesakit dan perlu selalu lap pesakit bagi mengelakkan mereka berpeluh.

Di samping itu, untuk mengelakkan mereka daripada terdedah dengan sebarang penyakit kulit yang lain.

  1. Kerap tukar posisi tidur

Posisi tidur sangat memainkan peranan penting bagi mengelak berlaku kudis tekanan kepada pesakit.

Selain itu, ia juga bertujuan memberi ruang pengudaraan kepada kulit pesakit.

Macam mana nak buat? Korang boleh mengubah posisi pesakit daripada melentang ke mengiring setiap 15 minit sekali.

Atau paling lama 30 minit atau sejam sekali.

  1. Pemakanan

Nampak remeh tapi menjaga pemakanan juga merupakan aspek penting.

Dalam kes pesakit yang tidak boleh makan makanan pepejal dan perlu diberikan susu.

Adalah tersangat penting untuk bagi sukatan yang betul bagi pesakit, jangan kurang atau lebih. Dan anda jangan risau zat yang terkandung dalam susu cukup dengan apa yang diperlukan badan.

Bagi pesakit stroke pula, ajarkan untuk mengambil makanan seimbang.

Tak boleh terlalu masin dan terlalu berminyak. Kerapkan ambil makanan berasaskan kukus.

  1. Senaman pergerakkan sendi

Ini antara perkara yang kita selalu tak buat atau tak sempat. Senaman pergerakkan sendi

Orang terlantar pun perlu buat senaman sebenarnya untuk mengelakkan sendi menjadi kaku.

Korang perasan pesakit terlantar, lama-kelamaan akan mengalami bahu, tangan dan kaki yang susah bergerak?



Flexphysiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang pertama di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan Diploma dan Ijazah dari universiti terkemuka Malaysia.

Pakar fisioterapi kami yang berkelulusan universiti (ipta/ipts) dalam bidang fisioterapi akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

Selain daripada rawatan strok, Flexphysiotherapy juga menawarkan perkhidmatan rawatan bagi masalah:

  • Slip Disc
  • Sakit lutut & tumit
  • Sakit bahu & tangan
  • Kebas tangan 
  • Kecederaan sukan
  • Rawatan kanak-kanak

Flex physiotherapy komited memberi perkhidmatan terbaik sebagai panel kesihatan bagi syarikat di bawah PMCARE, PNB dan PERKESO.

Jika anda ada sebarang pertanyaan berhubung rawatan fisioterapi, layari laman web kami dengan menekan pautan di bawah.

Layari laman web Flex Physiotherapy sekarang!

No comments:

Post a Comment

More Post