Tanganku Jadi Longlai Dan Hilang Deria Rasa


Tanganku Jadi Longlai Dan Hilang Deria Rasa


PENGENALAN






Brachial plexus adalah jaringan saraf yang berfungsi untuk menghantar signal ke bahu, lengan, dan tangan. Regangan, tekanan, atau kecederaan yang melibatkan saraf ini akan menyebabkan lemah, hilang deria rasa ataupun hilang keupyaan untuk bergerak pada bahu, lengan atau tangan.

PUNCA






Kebanyakan kecederaan brachial plexus ini adalah apabila lengan ditarik dengan kuat. Antara aktiviti yang menyebabkan kecederaan termasuklah jatuh, semasa bersukan, seperti bola sepak ataupun akibat kemalangan. Keadaan kesihatan tertentu, seperti keradangan atau tumor juga boleh menjejaskan tisu saraf ini.






Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


SIMPTOM


Simptom kecederaan brachial plexus berbeza-beza bergantung kepada tahap dan lokasi kecederaan serta sama ada pesakit mengalami kecederaan lain.

Simptom yang paling kerap berlaku ialah kecederaan brachial plexus termasuk:






• Kebas
• Kelemahan atau kehilangan pergerakan pada otot-otot tangan, lengan, atau bahu.
• Kehilangan sensasi rangsangan, seperti bahu atau tangan.
• Sakit

Kecederaan brachial plexus yang berlaku pada tahap saraf tunjang akan menyebabkan sakit yang lebih kuat berbanding daripada kecederaan yang lebih jauh dari saraf tunjang.

PEMULIHAN DAN REHABILITASI


Oleh sebab regenerasi saraf berlaku dengan perlahan iaitu pada kadar kira-kira 1mm/hari, jadi, pemulihannya mengambil masa dan pesakit mungkin tidak akan Nampak hasilnya dalam masa beberapa bulan.

Fisioterapi akan menfokuskan pemulihan pada bahu, lengan dan tangan dengan memberikan senaman khusus untuk mencegah daripada berlakunya pengerasan sendi ataupun pengecutan otot. Fisioterapis juga akan mengesyorkan kepada pesakit memakai alat penyokong pada bahu dan lengan untuk mengelakkan dislokasi sendi bahu.








Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



5 Punca Kaki Selalu Rasa Kebas






5 Punca Kaki Selalu Rasa Kebas


Sudah pasti ramai yang pernah rasa kebas dan semut-semut di bahagian kaki. Masalah ini mungkin kerap berlaku jika duduk pada posisi salah atau berdiri terlalu lama.


Namun kadangkala rasa kebas di kaki disebabkan masalah kesihatan yang lain.

Ini adalah antara perkara yang boleh mengakibatkan kebas dan semut-semut di kaki:



SARAF TERHIMPIT


Menurut satu laman kesihatan, urat saraf boleh terhimpit oleh otot, tendon, tisu dan tulang yang berdekatan.

Ini antara punca paling lazim bagi rasa kebas di kaki. Ia boleh disebabkan pelbagai perkara, termasuk kecederaan.





Selain rasa kebas atau semut-semut, urat saraf yang terhimpit juga boleh mengakibatkan rasa sakit.

Namun, kondisi ini lazimnya boleh dirawat dengan agak mudah, seperti membetulkan postur badan dan menguatkan otot-otot yang terlibat.

Namun jika kes tersebut sudah kronik, ubat tahan sakit atau pembedahan juga diperlukan.


HERNIA CAKERA TULANG BELAKANG





Tulang belakang manusia disambung dengan cakera pepejal. Apabila cakera ini teranjak, ia boleh mengakibatkan hernia pada tulang belakang, 'slip disk' atau cakera teranjak.

Keadaan ini boleh disebabkan oleh badan yang bongkok terlalu banyak atau mengangkat berat dalam posisi yang salah.

Akibatnya, urat saraf akan terhimpit dan menyebabkan rasa kebas dan semut-semut.

Seperti kondisi pertama, cakera yang teranjak ini juga boleh dirawat dengan senaman, ubat tahan sakit atau pembedahan pada sesetengah kes.

KENCING MANIS


Apabila tahap gula dalam darah tidak terkawal buat jangka masa panjang dalam kalangan penghidap penyakit kencing manis, gula boleh terkumpul dan merosakkan saraf yang menyampaikan mesej dari otak dan tulang belakang ke bahagian badan yang lain, termasuk kaki.





Seseorang boleh mengelakkan kerosakan saraf ini dengan menjaga tahap kencing manis, dengan cara pemakanan, ubat-ubatan dan senaman.

Apabila saraf sudah rosak, ia tidak boleh dirawat; hanya simptomnya sahaja yang boleh ditangani.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

ANGIN AHMAR





Jika anda berusia muda, rasa kebas di kaki jarang disebabkan angin ahmar, kerana ia lebih kerap berlaku pada warga emas berusia lebih 60 tahun.

Namun berwaspadalah, kerana malang tidak berbau.Tidak kira umur, inilah antara simptom angin ahmar: percakapan kurang jelas, rasa sebah dan kelemahan atau tidak boleh bergerak pada sebahagian badan.

Simptom-simptomnya akan datang secara tiba-tiba dan lebih kerap berlaku pada individu berisiko tinggi, seperti yang menghidapi penyakit darah tinggi, perokok dan pesakit kencing manis.

Ubat boleh mengelakkan kerosakan yang kekal, tapi perlu diambil secepat mungkin. Penting untuk mendapat bantuan serta-merta apabila terdapat simptom angin ahmar.

PENYAKIT ATERI PERIFERAL


Penyakit arteri periferal (PAD) berlaku apabila arteri tersekat dan menghalang aliran darah ke tangan ataupun kaki. Selain mengakibatkan rasa kebas dan semut-semut, PAD juga mengakibatkan rasa sakit ketika berjalan.





PAD selalunya menandakan terdapat pengumpulan lemak dalam arteri, yang boleh mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar pada masa depan.

Rawatannya? Berhenti merokok, makan makanan sihat dan bersenam, serta makan ubat yang sewajarnya.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


Kenapa Kita Sendawa Waktu Diurut?





Ramai diantara pesakit kami yang bertanya, kenapa bila kita diurut jadi sendawa.


Badan banyak angin ke?



---------

Kenapa kita sendawa waktu diurut?





Sendawa ialah salah satu cara badan untuk mengeluarkan gas secara semulajadi.
Gas dapat masuk ke dalam badan kita pada saat kita makan, minum, atau berbicara.

Pada waktu badan kita diurut, maka badan akan memberikan 2 respon, iaitu :

1. Respon mekanik sebagai hasil dari tekanan dan gerakan secara lembut dan berterusan saat jaringan halus diurut (manipulation).

2. Respon reflek dari stimulasi saraf.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


Kedua-dua respon tersebut bekerja secara bersama-sama ketika badan kita diurut untuk melancarkan aliran darah.

Sebab itu, bila habis diurut badan kita akan terasa ringan dan lega.

"Angin" yang keluar ketika sendawa apabila badan dipicit/diurut itu sebenarnya disebabkan oleh reflex tubuh, kerana apabila kulit disentuh dan diberikan urutan, ianya akan merehatkan otot-otot perut lalu "angin" terus lari keluar melalui esophagus dan ianya dimanifestasikan sebagai sendawa angin.






Apabila perut yang kembung dipenuhi oleh angin/gas, tentunya pesakit akan merasa lega jika angin/gas dapat dikeluarkan melalui cara ini.

Pengeluaran gas dari perut/gastrik melalui esophagus secara aliran anti-peristalsis ini dinamakan GERD - GastroEsophagal Reflex Disease. Ianya disebabkan oleh spinchter (otot pengecutan) pada bahagian persimpangan (junction) gastric (perut) dan esophageal menjadi lemah atas banyak sebab.





Bila tidak dikeluarkan, gas yang terdapat dalam badan kita boleh menyebabkan perut kembung dan sakit perut. Serta boleh menyebabkan masalah/penyakit lain dalam badan kita.

Apa yang pasti, sendawa ketika berurut itu bukanlah akibat tubuh dipenuhi angin.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



3 Tips Mudah Untuk Elakkan Sakit Belakang Ketika Berkebun



3 Tips Mudah Untuk Elakkan Sakit Belakang Ketika Berkebun



Tip #1 Pemanasan Badan




Berkebun merupakan salah satu senaman yang boleh dilakukan di sekitar rumah. Melakukan pemanasan badan adalah lebih baik sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Cuba anda berjalan kaki selama lima minit dan melakukan senaman regangan.

Antara senaman regangan mudah yang boleh dilakukan adalah senaman belakang, di mana anda baring kemudian tarik kedua lutut ke dada.


Tujuan melakukan pemanasan badan ini salah satunya adalah untuk melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan. Bukan itu sahaja, ia juga membantu otak untuk menghantar maklumat supaya bersedia dengan aktiviti yang akan dilakukan.

Sebagai contoh, berjalan pantas mengelilingi rumput, berjoging di halaman rumah, serta senaman regangan yang lain.

Tip #2  Postur Mengangkat & Menunduk Yang Betul



Postur badan dan teknik mengangkat yang salah merupakan 2 isu kebiasaan yang dialami oleh semua orang. Tabiat pergerakan yang salah ini akan menyebabkan kecederaan pada sendi dan otot di sekitar tulang belakang.

Oleh itu, teknik dan postur badan yang betul akan mengurangkan risiko sakit belakang.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
Bagaimana untuk Membongkok & Memindah Barang Yang Lebih Baik Semasa Berkebun
• Bengkok Dari Pinggul Anda, Bukan Belakang Anda - Belajar untuk membengkokkan menggunakan sendi pinggul anda dan bukannya belakang badan untuk menyelamatkan badan terasa sakit.
• Angkat dengan Kaki Anda - Membengkokkan kedua-dua lutut (posisi mencangkung) adalah keadaan yang paling bagus kerana beban akan tertumpu pada sendi paha, lutut dan kaki.

Tip #3 Rehat



Elakkan berkebun lebih daripada 20-30 minit dalam satu masa. Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman regangan mudah setiap 5 minit.

Selain itu, pastikan badan kekal hidrasi dengan minum air mineral yang mencuukupi untu mengelakkan berlakunya kekejangan otot.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

Rawat Pada Punca Sakit Bukan Bergantung Pada Ubat Tahan Sakit.

Rawat Pada Punca Sakit Bukan Bergantung Pada Ubat Tahan Sakit.



Mak Ayah Selalu Minta Bawa Ke Hospital Untuk Melakukan Suntikan.

Tetapi...




Adakah Mereka Tahu Bahawa Suntikan Pada Sendi Akan Membawa Kepada Kesan Sampingan Yang Lain?


Pengenalan



Steroid merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia bertindak untuk mengawal fungsi badan.
Steroid dikategorikan sebagai dadah/racun terkawal di mana pengambilannya adalah atas nasihat doktor.

Jenis-jenis Steroid

Steroid terbahagi kepada dua jenis iaitu steroid anabolik dan kortikosteroid. Steroid anabolik merupakan steroid buatan yang bertindak seperti hormon lelaki.
Kortikosteroid pula terbahagi kepada beberapa jenis seperti prednisolone, dexamethasone, betamethasone dan lain-lain.


Steroid anabolik kebiasaannya dalam bentuk cecair untuk disuntik manakala kortikosteroid terdiri daripada persediaan yang lebih pelbagai seperti dalam bentuk berikut;
·         Kapsul/tablet
·         Krim
·         Ubat sedut (“Inhaler”)
·         Titis mata


Persediaan yang pelbagai ini bertujuan untuk merawat penyakit-penyakit yang berlainan. Sebagai contoh, pesakit ekzema akan menerima steroid dalam bentuk krim untuk di sapu ke bahagian bermasalah. Pesakit asma akan menggunakan ubat sedut untuk melegakan radang pada paru-paru. Steroid dalam bentuk kapsul/tablet akan dipreskrip kepada pesakit gout/athritis.


Kesan Sampingan

Dalam jangka masa pendek, konsumer steroid akan mengalami pertambahahan berat badan yang mendadak. Bahagian muka akan menjadi sembab atau lebih dikenali dengan istilah “moon face”.
Selain itu, konsumer lelaki akan mengalami kehilangan rambut yang mengakibatkan botak pada bahagian tertentu kepala. Keadaan ini hanya sementara, rambut akan tumbuh semula selepas pengambilan steroid dihentikan.



Masalah jerawat juga akan membelenggui konsumer steroid. Kulit akan menjadi nipis dan menyebabkan ia mudah luka.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI

Sama seperti ubat-ubat lain, konsumer akan merasa pening dan mual selepas mengambil steroid. Mereka yang pernah mengalami gastrik, perokok atau pengguna alkohol berpotensi besar untuk mendapat ulser di organ pencernaan seperti perut dan usus.




Selain mampu merosakkan buah pinggang, konsumer steroid juga terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Pengambilan jangka masa panjang, akan mengakibatkan tulang rapuh. Keadaan ini menyebabkan tulang seseorang itu tidak kuat dan mudah patah walaupun terkena hentakan yang perlahan.





Doktor kadang-kadang menyuntik kortikosteroid terus ke sendi lutut untuk melegakan kesakitan dan keradangan dengan cepat. Kesakitan mungkin akan hilang dalam beberapa hari hingga lebih dari enam bulan. Walaupun suntikan membawa kelegaan yang disasarkan kepada sendi dan kekurangan tetapi  banyak kesan sampingan ubat kortikosteroid ini. Suntikan lutut yang berulang sebenarnya akan menyumbang kepada kerosakan tulang rawan.



Rawatan Alternatif

Rawatan lain yang sesuai untuk melegakan rasa sakit adalah dengan melakukan rawatan  fisioterapi secara berterusan. Dalam rawatan tersebut, fisioterapi akan memfokuskan kepada senaman kekuatan untuk mengekalkan fleksibiliti otot.

Hal ini kerana, terapis akan merawat terus pada punca sakit bukan hanya bergantung pada ubat tahan sakit. Konsepnya adalah jika otot masih tidak kuat, sakit pasti akan berulang apabila melakukan aktiviti harian.



Jadi, marilah sama-sama kita membantu menyelesaikan masalah mak ayah dengan rawatan yang paling sesuai.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

7 Tips Dapatkan Postur Badan Yang Menarik


7 Tips Dapatkan Postur Badan Yang Menarik


Penjagaan postur badan menjadi keutamaan buat kita semua. Postur badan yang salah akan menimbulkan serta meningkat risiko untuk mendapat masalah sakit seperti sakit belakang, sakit leher dan sebagainya. Jadi, inilah masanya untuk anda ubah postur badan anda dengan mengikuti 7 tips yang diberikan di bawah ini ! 

1. POSISI APABILA DUDUK




Tanpa kita sedar, kita akan mula meluncur daripada tempat duduk kita sehingga ke bawah ataupun membongkok apabila duduk dalam keadaan yang lama. Perkara ini amatlah tidak baik kerana otot anda akan rasa kurang selesa dengan posisi itu. Cuba kekalkan posisi yang tegak dan kurangkan pergerakan yang tidak memberikan manfaat seperti tadi.

2. LURUSKAN BAHU

Cuba tengok keadaan bahu anda sekarang, adakah ia ternaik sampai telinga ataupun terkehadapan? Anda akan mendapati sakit otot bahu tanpa kita sedar. Kekal dalam kedaan relaks dan pastikan posisi seperti kebiasaannya.

3. PERIKSA POSTUR BADAN ANDA


Bagaimana hendak tahu jika anda perlukan perubahan mengenai postur badan anda? Tekapkan badan anda di pintu atau dinding. Bahu, belakang kepala dan lutut sepatutnya akan jadi selari. Anda juga boleh lihat dengan menggunakan cermin untuk periksa postur badan anda.

4. LIHAT POSTUR BADAN ANDA KETIKA BERJALAN

Tanpa kita sedar kita akan meletakkan beban terhadap bahu kita yang menyebabkan kita mengalami kesakitan. Terutama sekali apabila anda membawa beg, pastikan anda tidak mengangkat bahu untuk meletakkan bag di posisi yang betul.

5. DUDUK SEPANJANG MELAKUKAN KERJA? BANGUN DAN REGANGKAN BADAN ANDA!

Kebanyakan daripada kita duduk di pejabat dan habiskan masa dengan duduk di depan komputer dan meja. Untuk berlaku adil kepada badan anda, bangun pada setiap 30 minit dan berjalan atau regangkan badan. Ini akan membantu badan anda daripada tegang.

6. MEMBINA OTOT TERAS ANDA!


Lakukan senaman yang fokus kepada teras anda iaitu otot abdomen dan pelvik. Anda perlukan kedua-dua otot ini untuk jadi kuat jika anda inginkan postur badan yang baik.

7. KURANGKAN MEMAKAI KASUT TINGGI


Pemakaian kasut tinggi akan tampil bergaya dan ianya memang tidak dapat dinafikan lagi. Tetapi ia tidak bagus dalam membentuk postur badan anda.
Apabila anda memakai kasut tinggi, anda memaksa badan untuk berdiri dan kekalkan keseimbangan. Dengan itu, kurangkan memakainya dan gantikan dengan kasut flat.
Perkara ini sangat penting untuk kekalkan postur badan anda jika tidak mahu sebarang sakit belakang dan sakit otot yang lain. Pastikan anda sedar dengan cara anda duduk, berdiri dan berjalan dan kurangkan membongkong!

[5 Cara Untuk Kurangkan Sakit Belakang]




Sakit belakang bermaksud apabila seseorang berasa sakit atau tidak selesa pada bahagian belakang badan bermula daripada bahu hingga bahagian pinggang. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan terjadinya sakit belakang.  Antaranya ialah mengangkat barang yang berat, salah postur badan ketika melakukan kerja dan sebagainya.


Apabila sakit, sudah pastinya pekerjaan dan aktiviti harian akan terganggu, jadi kita akan mencari pelbagai cara untuk mengurangkan sakit tersebut.


Ini adalah antara cara yang boleh membantu mengurangkan sakit belakang yang anda hadapi sekarang.

1) Rehat.

Berehat daripada aktiviti fizikal buat beberapa hari supaya sakit makin berkurang.




2) Kurangkan membongkok.

Membongkok adalah posisi tubuh yang buruk bagi badan anda. Dengan melakukan ini maka sakit belakang yang anda rasakan akan bertambah teruk, terutama jika duduk untuk masa yang lama. Bila anda sedang berada di depan komputer, cuba duduk dengan tegak diatas kerusi. Letakkan bantal lembut dibelakang badan untuk memberi sokongan pada tulang belakang dan punggung.




3) Letakkan pek sejuk atau panas di kawasan yang sakit.

Jika bengkak dan kepanasan pada peringkat awal, tuam dengan ais / air sejuk hingga surut. Ianya membantu mengurangkan rasa sakit dan keradangan akibat kecederaan. Cuba lakukan ini beberapa kali sehari selama 20 minit.

Selepas 2-3 hari kurang panas, boleh gunakan tuam panas (air suam atau warm pack) pada bahagian yang masih bengkak. Ianya membantu mengendurkan otot anda dan meningkatkan darah yang mengalir ke kawasan yang sakit.





4) Pakai back support.

Pemakaian back support membantu menyokong  tulang belakang anda dan mengurangkan  kesakitan ketika bergerak.



5) Senaman.


Bersenam untuk menguatkan otot belakang yang menyokong tulang belakang. Senaman yang betul boleh menghilangkan sakit belakang bagi penghidapnya.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

Sakit Leher Selepas Kemalangan Hari Tu Tak Hilang-Hilang Lagi.




[Sakit Leher Selepas Kemalangan Hari Tu Tak Hilang-Hilang Lagi.]




Pengenalan

Daya hentakan leher secara cepat


Whiplash adalah kecederaan leher yang disebabkan oleh pergerakan leher (belakang-depan) yang cepat dan kuat. Biasanya Whiplash berlaku ketika kemalangan dari bahagian belakang kenderaan (rear-end accident)., tetapi kecederaan ini juga boleh berlaku kepada orang yang aktif bersukan seperti bola sepak atau ragbi, penderaan fizikal atau trauma lain. Daya hentakan kuat yang berlaku dengan tiba-tiba akan mengoyakkan dan meregangkan  otot dan tendon pada leher.
Tanda dan gejala yang biasa dialami termasuklah sakit leher, ketegangan dan sakit kepala. Kebanyakan orang yang mengalami whiplash ini sembuh dalam masa beberapa minggu dengan mengikut perancangan rawatan iaitu ubat dan senaman. Namun, sesetangah orang mengalami sakit leher yang teruk dan komplikasi pada jangka masa yang panjang.


Pergerakan leher ketika kemalangan


Whiplash juga dikenali sebagai leher terkehel. Leher tegang dan leher terkehel adalah dua benda yang berbeza. Kalau ketegangan leher disebabkan oleh otot atau tendon (tisu yang menghubungkan otot ke tulang). Kalau terkehel leher adalah disebabkan oleh koyak pada ligament (tissue yang menghubungkan antara tulang dengan tulang).
Walaubagaimanapun, perbezaan antara dua istilah ini sebenarnya tidak menjadi masalah kepada anda. Punca, simptom dan rawatan untuk kedua-dua maslaah ini kebiasaannya adalah sama.

X-ray sebelum dan selepas kecederaan


Punca Kecederaan Whiplash

Gejala-gejala whiplash kadang-kadang terjadi dengan segera selepas kemalangan, tetapi ada sesetangah orang mengambil masa beberapa jam atau hari selepas kemalangan. Sekiranya tidak dirawat, gejala boleh bertambah buruk pada hari-hari selepas kecederaan. Antaranya adalah:

Sakit meningkat apabila menggerakkan leher

  •          Sakit, kurang julat pergerakan leher dan tegang pada leher. Otot di sekitar leher terasa keras.
  •          Sakit bertambah apabila memusingkan kepala ke sisi ataupun pergerakan depan dan belakang.
  •         Sakit ataupun kekakuan apabila kepala berpusing melihat bahu.
  •         Tenderness
  •     Sakit kepala di bahagian bawah kepala kemudian merebak sehingga ke bahagian hadapan kepala.


Simptom yang teruk seperti pening, sakit kepala berpanjangan, loya


·      Hentakan yang menyebabkan ketegangan leher kadangkala boleh menyebakan gegaran. Oleh kerana gegaran merupakan sesuatu yang serius, anda perlu berjumpa doktor dengan segera. Anda memerlukan rawatan yang segera jika mempunyai sakit kepala yang teruk dan berpanjangan, lemah atau masalah bercakap, kesukaran menumpukan atau mengingati, pening, loya, gangguan tidur dan keletihan ataupun tidak sedarkan diri
  • Gejala-gejala yang berkaitan dengan whiplash boleh bertambah buruk melalui postur berkekalan seperti membaca, memandu, duduk di komputer, menggunakan telefon bimbit, atau menonton TV.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI




Rawatan Whiplash

  •       Letakkan ais di leher dengan secepat yang mungkin selepas kemalangan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Lakukan selama 15 minit setiap 3-4 jam selam 2-3 hari. Balut ais dengan tuala kecil untuk mengelakkan kecederaan (ice burn) pada kulit.
  •          Makan ubat tahan sakit abapila perlu sahaja dan mengikut nasihat doktor.


Memakai sokongan pada leher


  •          Pakai sokongan leher seperti brace ataupun kolar jika dinasihatkan oleh doktor. Namun, ia tidak digalakkan pakai dalam jangka masa yang lama kerana ia boleh melemahkan otot di sekitar leher.
  •          Letakkan tuala panas di leher tetapi 2-3 hari selepas anda menggunakan ais. Gunakan rawatan yang panas pada leher hanya selepas bengkak hilang.
  •          Rawatan lain yang boleh dilakukan seperti ultrasound dan urutan juga boleh membantu.


Bagaimanakah saya Boleh Mencegah Whiplash?

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Ianya sudah tentu sekali. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan sebarang kemungkinan:
• Latihan kekuatan untuk memastikan otot leher kuat dan lentur, terutama jika anda mempunyai ketegangan leher sebelum ini.
• Orang yang duduk dalam kedudukan yang sama sepanjang hari, seperti pekerja pejabat, harus mengambil rehat secara teratur untuk meregangkan dan membuat senaman leher mereka.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI




More Post