Eh! Tulang Yang Patah Tak Bercantum Semula? Macam Mana Tu?



Tempoh rehat & imobilisasi adalah diperlukan bagi proses penyembuhan tulang yang patah. Ia bertujuan mengurangkan risiko komplikasi kepatahan tulang. Akan tetapi, 5 – 10% daripada kes patah tulang gagal untuk sembuh sepenuhnya dalam tempoh yang dianggarkan, walaupun sudah menjalani dengan prosedur ortopedik ‘standard’.

2 Jenis Komplikasi Pemulihan Tulang Patah
Kepatahan tulang ‘malunion’ & ‘non-union’ merupakan 2 jenis komplikasi yang boleh terjadi semasa proses penyembuhan tulang. Perkara ini boleh berpunca akibat terjadinya trauma yang teruk & jenis patah yang kompleks pada tulang.



Patah ‘Malunion’
‘Malunion’ berlaku apabila tulang patah telah sembuh tetapi berada dalam posisi abnormal. Antara simptom-simptom malunion yang mungkin terjadi ialah:
-fungsi anggota badan yang terlibat berkurangan
-ketidakselesaan
-rasa sakit
-bengkak
-lebam
Kes ‘malunion’ tidak semestinya memerlukan rawatan atau pembedahan kerana tidak semua akan menyebabkan kecacatan fungsi anggota. Tetapi jika perubahan ‘alignment’ tulang itu terlalu teruk & menyebabkan kerosakan, rawatan pembedahan perlu dilakukan.

Patah ‘Non-union’
Patah ‘non-union’ adalah situasi apabila tulang yang patah gagal untuk sembuh dalam tempoh kebiasaannya. Sesetengah kes patah tulang memerlukan masa sehingga 9 bulan untuk sembuh. Namun, tiada sebarang tanda-tanda kemajuan untuk sembuh sepanjang tempoh ini, besar kemungkinan ianya adalah patah ‘non-union’. Ini berlaku apabila tubuh anda tidak menghasilkan tisu-tisu yang diperlukan dalam proses pemulihan itu.
Antara simptom-simptom patah ‘non-union’ ialah:
-fungsi anggota badan yang terlibat berkurangan
-ketidakselesaan
-rasa sakit
-bengkak
-lebam

No comments:

Post a Comment

More Post