Ligamen Lutut Koyak Tidak Akan Sembuh Dengan Mengurut






📌Pengenalan

Sendi lutut kita terbentuk oleh tiga tulang; tulang paha (femur), tulang betis (tibia) & tempurung lutut (patella). Tempurung lutut berada di hadapan dan berfungsi melindungi sendi.





Pencantuman sesama tulang dibantu oleh ligamen. Untuk sendi lutut pula, ada 4 ligamen asas yang bertindak sebagai ‘tali pengikat’ untuk menghubungkan 3 tulang tadi & mengekalkan kestabilan lutut.
4 ligamen ini ialah ‘anterior cruciate ligament’ (ACL), ‘posterior cruciate ligament’ (PCL), ‘medial collateral ligament’ (MCL) & lateral collateral ligament’ (LCL).
ACL terletak di tengah sendi lutut & dalam keadaan serong. Ia berfungsi menjaga posisi tulang tibia supaya tidak terkeluar ke hadapan melebihi tulang femur. ACL juga memberi kestabilan kepada sendi lutut dalam pergerakan memusing.

📌Tahap kecederaan

Hampir 50 peratus kecederaan ACL, turut melibatkan struktur lutut yang lain seperti ‘articular cartilage’, meniscus atau ligament lain.
Gred kecederaan ACL:
▶️Sprain gred 1: Kerosakan ligament hanya sedikit di mana ia meregang tetapi masih mampu mengawal kestabilan sendi.
▶️Sprain gred 2: Ligamen meregang melebihi normal & menjadi longgar. Ini juga dipanggil separa koyak. Gred ini jarang berlaku.
▶️Sprain gred 3: Gred ini adalah yang sering berlaku di mana ligament koyak sepenuhnya menjadi dua bahagian serta sendi menjadi tidak stabil.

📌Punca Terjadinya Kecederaan ACL



1️⃣Menukar arah pergerakan anda dengan terlalu cepat
2️⃣Menghentikan pergerakan secara mengejut
3️⃣Memperlahankan kelajuan ketika berlari laju
4️⃣Mendarat secara salah (ketika melompat)
5️⃣Perlanggaran kuat (contohnya semasa menggelecek bola)

Beberapa kajian menunjukkan atlet wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kecederaan ACL berbanding atlet lelaki.
Ini disebabkan oleh perbezaan dalam keadaan fizikal, kekuatan otot & kawalan neuromuscular.
Ia juga mungkin disebabkan perbezaan pelvis & ‘alignment’ kaki, tahap keregangan ligament yang lebih tinggi & kesan estrogen terhadap ciri-ciri ligament.

📌Simptom-simptom Kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL)



Apabila ACL anda tercedera, kebiasaannya anda akan dapat mendengar bunyi ‘pop’ atau seperti klik. Anda juga akan berasa lutut hilang kestabilan.

Antara simptom lain yang sering berlaku ialah:





✅ Rasa sakit disertai bengkak. Bengkak ini biasanya akan berlaku dalam masa 24 jam. Simptom ini boleh beransur-ansur reda tetapi jika anda memaksa untuk meneruskan aktiviti, lutut boleh menjadi tidak stabil & memberi risiko kecederaan pada meniscus.
✅ Lutut tidak boleh digerakkan sepenuhnya
✅ Sakit pada kawasan sendi(joint line) apabila ditekan
✅ Ketidakselesaan semasa berjalan

📌Rawatan Kecederaan ACL



Tidak kesemua kecederaan ACL memerlukan pembedahan. Akan tetapi, fasa rehabilitasi adalah sangat penting untuk membantu anda kembali semula melakukan rutin harian.

📌Rawatan konservatif

Kecederaan ACL gred 3 sukar pulih tanpa pembedahan. Akan tetapi, jika anda sudah berusia atau tidak terlibat dalam aktiviti yang aktif, rawatan konservatif (tanpa pembedahan) boleh membantu. Lebih-lebih lagi jika kestabilan lutut masih ada.

1-Memakai penyokong (bracing): Tujuan memakai penyokong lutut ini adalah untuk membantu lutut anda lebih stabil. Untuk lebih perlindungan, anda juga perlu memakai tongkat (crutches) untuk mengelakkan beban diletakkan pada bahagian kaki yang cedera.
2-Fisioterapi: Sebaik sahaja bengkak mula surut, program rehabilitasi berpandukan protocol akan dimulakan. Senaman tertentu akan membantu mengembalikan fungsi lutut anda & menguatkan otot yang menampungnya.

#fisioterapi #fisioterapikelantan #flexphysiotherapy #flexfisioterapi#homephysiotherapy #physiotherapy #kelantanphysiotherapy#urutkelantan #physiotherapymalaysia #clinic #familystroke#strokesymptoms #strokedefinition #tandatandastroke #minorstroke#homephysiotherapy #urutmoden #flexphysiotherapy #FisioZahid #flex#rawatanstrokedanurat #aclinjury #sportsinjury #potd #testimoni

No comments:

Post a Comment

More Post