Kecederaan Otak Traumatik



Image result for traumatic brain injury


Kecederaan otak traumatik biasanya disebabkan oleh pukulan yang ganas/menjejaskan kepala atau badan. Objek seperti peluru yang menembusi tisu otak atau lapisan tengkorak juga boleh menyebabkan kecederaan ini. Kecederaan di tahap ringan mungkin hanya menjejaskan sel otak anda untuk sementara waktu. Namun, kecederaan di tahap yang lebih serius akan mengakibatkan lebam, tisu koyak, pendarahan dan kerosakan fizikal yang lain pada otak. Komplikasi atau kematian boleh terjadi.

Di Malaysia pada 2010, kes kecederaan otak traumatik daripada golongan kanak-kanak & remaja paling tinggi dalam lingkungan umur 15-19 tahun (72%). Peratusan pesakit lelaki lebih tinggi iaitu 80%. Manakala, punca utama kecederaan ini ialah akibat kemalangan jalan raya (95.4%).

Image result for kecederaan otak
Tanda tanda dan simptom boleh muncul sejurus selepas kecederaan atau mengambil beberapa hari atau minggu.

Mild TBI
–Sakit kepala
–Kecelaruan
–Rasa pening
–Penglihatan menjadi kabur
–Rasa bingit di telinga
–Letih atau mengantuk yang keterlaluan
–Perubahan tabiat tidur/perilaku/mood
–Masalah dengan ingatan,tumpuan,fokus,dan pemikiran
–Tidak sedar (beberapa saat hingga beberapa minit
–Kepekaan kepada cahaya/bunyi
–Mual/muntah

Moderate / Severe TBI
–Sakit kepala yang makin teruk atau berterusan
–Muntah dan mual berterusan
–Percakapan yang tidak jelas
–Kekejangan
–Pembesaran pupil mata
–Rasa kebas/kesemutan pada tangan atau kaki
–Hilang keupayaan penyelarasan
–Kekeliruan yang bertambah, sering gelisah
–Tidak sedarkan diri selama beberapa minit atau jam

Kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini mungkin tidak dapat menyampaikan simptom yang dialami. Jadi, pemerhatian boleh dilakukan.
–Perubahan tabiat makan, tidur atau penjagaan
–Perubahan perilaku/bad mood yang luar biasa
–Perubahan dalam keupayaan untuk fokus
–kerap menangis
–Kekejangan
–Depresi
–Sering mengantuk
–Hilang minat dalam mainan/aktiviti kegemaran


Faktor Berlakunya TBI


Related image

1. Jatuh- dari tempat tinggi spt tangga, di bilik air.

2. Perlanggaran melibatkan kenderaan dengan pejalan kaki.

3. Keganasan-kecederaan tembakan peluru, keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak.

4. Kecederaan sukan spt – bola sepak/tinju/besbol/hoki/lain-lain sukan ekstrem dan berimpak tinggi.


Peranan Fisioterapi

1. Meminimumkan/mengatasi kesan lumpuh yang disebabkan oleh kecederaan otak.

2. Fisioterapi adalah pakar dalam pemeriksaan dan rawatan masalah muskuloskeletal & neuromuskular yang mempengaruhi kebolehan bergerak dan berfungsi dalam kehidupan seharian.

3. Melatih pesakit untuk mula bergerak & berjalan dengan lebih optimum.

4. Membantu dari segi keseimbangan, postur, kekuatan, kualiti & penyelarasan pergerakan & peningkatan sensasi deria.

No comments:

Post a Comment

More Post