Patah Tulang Ada Berapa Jenis Sebenarnya?






PENGENALAN

🍄Tulang kita mempunyai komposisi yang keras & kuat. Ia akan membengkok apabila terdapatnya tekanan daripada luar.  Namun, apabila daya tekanan terlalu kuat, ia boleh menyebabkan patah tulang.
🍄Patah tulang ialah sebarang kepatahan atau keretakan pada tulang, sama ada secara penuh atau separa.
🍄Teruk atau tidak tahap patah itu bergantung kepada puncanya.  Jika tekanan hanya melampaui sedikit sahaja batas ketahanan tulang, ia mungkin akan retak sahaja.  Tetapi jika terlalu ekstrem seperti hentakan semasa kemalangan kenderaan atau akibat tembakan peluru, tahap patah akan lebih teruk.

KLASIFIKASI PATAH TULANG

🍄Patah tulang dikategorikan kepada ‘open fracture’ & ‘closed fracture’.
🍄‘Open fracture’ atau juga dikenali sebagai ‘compound fracture’ ialah apabila fragmen tulang terkeluar & menembusi bahagian kulit ATAU luka yang berlaku menembusi sehingga ke tulang yang patah. Patah seperti ini adalah lebih serius kerana berisiko untuk menyebabkan jangkitan kuman kepada luka & tulang.
🍄‘Closed fracture’ atau ‘simple fracture’ pula keadaan di mana patah tulang tidak tembus ke luar kulit.

JENIS-JENIS PATAH YANG SERING TERJADI

🍄Patah tebu (greenstick) – Kepatahan separa di mana tulang patah & membengkok. Darah tidak mengalir keluar. Biasanya terjadi pada kanak-kanak.
🍄Patah melintang (transverse) – Kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak.
🍄Patah terpusing (spiral) – Kepatahan yan disebabkan oleh daya putaran yang kuat & menghasilkna bentuk patah seperti spring.
🍄Patah menyerong (oblique) – kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan hentakan kuat secara tiba-tiba.
🍄Patah lesung (impacted/compression) – patah yang tulangnya mencucuk-cucuk antara satu sama lain. Biasanya berpunca akibat terjatuh daripada tempat tinggi & terpecah dari pelbagai sudut
🍄Patah remuk (comminuted) – kepatahan yang menyebabkan tulang menjadi serpihan kecil akibat dari impak yang terlalu kuat
🍄Patah bersegmen (segmental) – terdapat dua kepatahan pada tulang yang sama menjadikan segmen tengah tulang terpisah


PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN TERJADINYA PATAH TULANG



🍄Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya patah tulang. Dalam kes-kes yang berlaku, majoritinya disebabkan:
-trauma : jika anda terjatuh, mengalami kemalangan jalan raya, atau bersukan (contoh: cedera menggelecek bola ketika bermain bola sepak) anda lebih berisiko untuk mengalami patah tulang
-osteoporosis : masalah osteoporosis menyebabkan tulang anda menjadi lemah dan rapuh.  Ini juga meningkatkan risiko untuk patah tulang jika terdapat tekanan melampau pada bahagian tersebut.
-overuse : pergerakan yang berulang-ulang akan meletihkan otot & menyebabkan lebih tekanan dikenakan kepada tulang.  Lama kelamaan, mekanisme ini boleh menyebabkan ‘stress fracture’. Ianya lebih kerap terjadi dalam kalangan atlet.

GEJALA-GEJALA APABILA PATAH TULANG


🍄Kepatahan tulang adalah sangat menyakitkan & biasanya menyebabkan anda tidak dapat menggerakkan anggota badan yang patah itu.  Gejala-gejala lain yang boleh berlaku ialah:
-Bengkak dan sakit apabila ditekan/disentuh sekitar kawasan patah
-Lebam di kawasan yang patah
-Terjadinya perubahan bentuk anggota atau ada bahagian tulang yang terkeluar menembusi kulit

FASA PEMULIHAN TULANG
🍄Tulang yang patah mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk pulih sepenuhnya, bergantung kepada tahap kecederaannya & disiplin anda mengamalkan nasihat doktor.  Kesakitan biasanya sudah beransur-ansur hilang sebelum tulang kembali kukuh untuk menerima daya tekanan aktiviti normal.
🍄Walaupun alat penyokong tulang anda sudah boleh ditanggalkan, anda mungkin perlu mengehadkan pergerakan sehingga tulang anda pulih sepenuhnya (bergantung kepada laporan doktor anda).
🍄Dalam tempoh, otot anda di bahagian yang patah akan hilang kekuatan.  Oleh itu, senaman tertentu perlu dilakukan untuk membantu pemulihan kekuatan otot, pergerakan dan fleksibiliti sendi.

#fisioterapi #fisioterapikelantan #flexphysiotherapy #flexfisioterapi#homephysiotherapy #physiotherapy #kelantanphysiotherapy#urutkelantan #physiotherapymalaysia #clinic #familystroke#strokesymptoms #strokedefinition #tandatandastroke #minorstroke#homephysiotherapy #urutmoden #flexphysiotherapy #FisioZahid #flex#rawatanstrokedanurat #photooftheday #potd #testimoni

No comments:

Post a Comment

More Post