4 Posisi Pesakit Stroke




Pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda terutamanya penjaga pesakit stroke (angin ahmar) tentang cara posisi badan yang paling baik. Posisi badan adalah antara salah satu aspek yang amat penting bagi pesakit stroke.

Stroke berkait rapat dengan sistem peredaran darah, jadi kedudukan sewaktu tidur dan kelengkapan yang digunakan adalah perkara penting untuk diketahui. Pesakit perlu menggunakan katil yang lebih padat atau mengelakkan menggunakan tilam atau bantal yang terlalu lembut kerana penggunaan tilam dan bantal yang terlalu lembut akan menjejaskan peredaran darah pesakit.

Secara umumnya pesakit stroke akan mengalami keadaan imobilisasi atau pergerakan yang kurang disebabkan oleh keupayaan fungsi pesakit menurun. Dengan kurangnya gerakan ini, beberapa komplikasi yang mungkin berlaku seperti pembentukan darah beku, kudis tekanan, radang paru-paru, kontraksi otot, gerakan sendi yang terhad, dan sebagainya.

Untuk mengelakkan komplikasi ini, pesakit perlu diposisikan mengikut cara yang betul.

Faedah posisi badan dan anggota yang optimum boleh :-
🍁Memodulasikan otot.

🍁Mencegah kecederaan kepada anggota badan yang terjejas.

🍁Menyokong dan menstabilkan segmen badan.


🍁Mengelakkan kudis tekanan 


🍁Mengelakkan pemendekan otot – otot.

Cara posisi badan dan anggota yang paling disyorkan adalah seperti berikut :


i. Mengiring pada anggota yang normal.





ii. Mengiring pada anggota sebelah yang terjejas strok.





iii. Baring terlentang.





iv. Duduk di atas kerusi / kerusi roda.







Dan bila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku
As-syu'ara:80

No comments:

Post a Comment

More Post