5 Tanda Sciatica

5 Tanda Sciatica



Sciatica  merupakan  kesakitan  yang  berlaku dari bahagian pinggul  sehingga lah  ke  kaki.  Punca kesakitan ini  adalah daripada  radang  saraf  dalam  badan  yang  dikenali sebagai “sciatic  nerve”.  Saraf  ini  merupakan  saraf  terbesar  yang  bermula  dari cabang  saraf  tulang  belakang,  L4  sehingga  S2,  menuju  ke  otot  punggung,  paha,  sehingga  ke  hujung kaki.




Faktor  utama  berlakunya  sciatica  ialah  apabila  terdapat  “hernia”  atau  bonjolan  pada  rawan  tulang/ cakera  intervertebral  (“intervertebral  disc”). Masalah ini disebut sebagai ‘Slipped disc’.  Hal  ini  menyebabkan  “intervertebral  disc”  tersebut  berubah  bentuk  dan  membengkak,  lalu  menghimpit saraf skiatik.





Antara 5 tanda untuk mengenal pasti mengalami sciatica ataupun tidak adalah:






1. Masalah sakit daripada pinggul hingga hujung kaki. Biasanya terjadi pada sebelah kaki.






2. Sakit seperti terkena renjatan elektrik. Sakit ini akan dirasai pada bahagian belakang kaki.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI







3. Kebas-kebas pada bahagian kaki. Rasa kebas, kesemutan pada bahagian hujung kaki. Lebih teruk lagi rasa kebas satu kaki.






4. Hilang kekuatan untuk berjalan. Kesakitan yang melampau sehingga tidak boleh berjalan dan hilang kekuatan pada kaki untuk melangkah.






5. Sukar untuk duduk terlalu lama. Sakit akan bertambah sekiranya duduk dalam waktu yang lama, bersin dan batuk. Namun, sakit akan hilang apabila anda baring. Bergantung kepada keadaan pesakit.



Terus dapatkan nasihat doktor dan rawatan fisioterapi jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti di atas. Sayangi badan anda :)



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI





5 Cara Mengelakkan Bahu Jatuh Selepas Strok





5 Cara Mengelakkan Bahu Jatuh Selepas Strok




Salah satu komplikasi strok ialah masalah bahu jatuh atau disebut juga sebagai shoulder subluxation. Jika pangkal tulang  bahu tidak terkeluar sepenuhnya, tetapi separuh sahaja, ia di katakan sebagai subluxation.

Hal ini terjadi kerana, otot bahu menjadi lemah apabila terkena strok serta ia tidak mampu untuk memegang tulang bahu berada pada tempatnya. Selain itu, saraf yang mengawal bahagian tersebut juga tidak berfungsi.


Jadi, saya kongsikan 5 cara untuk mengelakkan bahu jatuh selepas strok.




1. Tidak merentap atau menarik tangan pesakit yang lemah ketika pesakit berjalan atau menukar posisi pesakit.




2. Apabila pesakit duduk, pastikan ampu tangan serta bahu dengan bantal dan pastikan paras bahu tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI




3. Melakukan aktiviti pergerakan dengan pesakit seperti membantu pesakit berdiri atau berjalan dengan teknik yang betul.




4. Elakkan melakukan senaman menggunakan overhead pully. Senaman ini akan menerukkan lagi keadaan bahu. Hal ini kerana, otot bahu dalam keadaan lemah dan pesakit tanpa sedar atau memaksa pergerakan lengan ke atas melebihi had yang sepatutnya.




5. Teknik penggunaan sling yang betul (Anduh Bahu).




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI






3 Cara Mengawal Sakit Lutut



3 Cara Mengawal Sakit Lutut




Masalah lutut boleh menyerang sesiapa sahaja. Pakar ortopedik mengatakan, masalah sakit lutut bukan berlaku dalam kalangan golongan tua sahaja kerana golongan muda juga boleh mengalaminya.

Bagi individu yang sering mengalami sakit lutut, sudah pasti kualiti hidup akan terjejas. Hal ini kerana, ia menyebakan rasa tidak selesa ketika berjalan, berlari, melakukan aktiviti harian, beriadah, sehinggakan menunaikan ibadah solat juga terganggu.

Berikut kami berikan kepada anda beberapa tips untuk menjaga lutut anda.





1. Pastikan anda mengawal berat badan dengan mengawal diet sihat kerana bebanan yang berat boleh memberikan tekanan pada otot lutut. Hindarkan makanan yang tinggi lemak.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI






2. Melakukan regangan pada otot paha hadapan dan belakang dan otot betis untuk mengurangkan kesakitan pada sendi lutut. Regangan otot-otot ini juga bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti bagi mengelakkan sakit berulang.






3. Mengelakkan aktiviti atau senaman yang boleh memberikan impak yang tinggi pada lutut dan yang menyakitkan lutut.  Contohnya ialah, berjogging, melompat dan mencangkung. Hal ini kerana otot-otot lutut masih memerlukan rehat yang secukupnya daripada sebarang tekanan beban. Bersenam memang amat digalakkan tetapi lakukan yang mudah dan perlahan.



Jadi, jangan biarkan sakit lutut berpanjang. Cegah ia sebelum melarat kerana anda memerlukannya dalam masa yang panjang. Saya sarankan untuk anda dapatkan nasihat doktor jika sakit semakin bertambah.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


#TESTIMONI_FLEX [Kenapa Jari Saya Tak Boleh Gerak Ni?]



#TESTIMONI_FLEX
Kenapa Jari Saya Tak Boleh Gerak Ni?






Seorang pesakit datang ke pusat Flex Physiotherapy dan mengadu beliau mengalami masalah jari melekat dan susah untuk diluruskan.




Ceritanya bermula setahun yang lepas.  Puan S merasakan sakit pada tapak tangan dan kadangkala seperti ada simpulan serta bengkak kecil. Ia berlaku pada jari telunjuk tangan kanan.



Lama kelamaan, beberapa kali jarinya yang tersekat ketika bengkok dan susah untuk diluruskan. Puan S terpaksa menggunakan bantuan jari sebelah lagi untuk meluruskannya semula.



Beliau juga berasa sukar untuk menggerakkan atau menggenggam jarinya terutama pada waktu pagi.





Hal ini menyebabkan  nak melakukan semua tugasan dengan sempurna bermula dengan menyiapkan tugasan di pejabat, mengemas rumah, memasak, makan, menaip hinggalah melakukan perkara yang lebih kecil semuanya menjadi terganggu. Sampai satu tahap Puan S rasa tertekan dengan masalahnya. Mungkin orang lain nampak masalah tersebut remeh tapi "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul."



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI






Suatu hari, Puan S terbaca satu artikel berkaitan penyakitnya di Facebook Flex Physiotherapy. Puan S terus menelefon untuk bertanyakan berkenaan rawatan masalah beliau. Akhirnya, beliau menempah appointment pada keesokan pagi. Kedatangan beliau disambut manis oleh staff Flex Physiotherapy.



Selama satu jam rawatan, Puan S merasakan jarinya mempunyai perubahan. Nak buka tutup jari rasa lebih senang berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, setiap kali sesi rawatan, sedikit demi sedikit Puan S merasakan perubahan pada masalah yang dihadapinya.




Antara rawatan yang diterima oleh Puan S ialah, terapi lilin (wax therapy), urutan tangan, mobilisasi sendi tangan, ultrasound, senaman regangan dan kekuatan jari.

























Beliau bersyukur kerana jarinya tidak perlu dibedah. Hanya berterusan melakukan senaman yang diajar oleh fisioterapis.




Kini, Puan S dapat melakukan kerja hariannya tanpa ada gangguan lagi. Dah tak perlu fikir lagi kerja ni boleh buat ataupun tidak.








"Terima kasih saya ucapkan buat warga Flex Physiotherapy terutamanya fisioterapi yang merawat masalah saya."










Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



Badan Dah Jadi Macam Kayu. Yang Peliknya Jadi Lebih Sakit Bila Tak Bergerak


Badan Dah Jadi Macam Kayu. Yang Peliknya Jadi Lebih Sakit Bila Tak Bergerak


Pengenalan Ankylosing Spondylitis


Ankylosing Spondylitis adalah penyakit radang yang lama kelamaan boleh meyebabkan tulang belakang bercantum. Penggabungan ini menjadikan tulang belakang kurang fleksibel dan boleh menyebabkan sesorang itu mempunyai postur membongkok ke hadapan (hunched-forward posture).






Jika penyakit ini mempengaruhi tulang rusuk, ia akan menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas.







Ankylosing Spondylitis mempengaruhi orang lelaki lebih daripada orang wanita. Penyakit artritis ini biasanya menyerang orang muda yang berusia akhir remaja atau awal dewasa. Tanda-tanda awal penyakit artritis itu pada usia awal 20-an. Keradangan boleh juga terjadi pada organ-organ lain contohnya mata, jantung dan paru-paru. 



Simptom Ankylosing Spondylitis


Tanda-tanda awal Ankylosing Spondylitis adalah sakit dan rasa kaku di bahagian belakang badan dan paha terutamanya pada waktu pagi. Boleh juga terjadinya lenguh dan sakit di bahagian leher. Dari masa ke masa, tanda-tanda mungkin bertambah teruk, semakin baik ataupun berhenti pada waktu yang tidak menentu. Segelintir pesakit juga akan mengalami tanda-tanda seperti demam, keletihan dan hilang selera makan.








Antara kawasan yang turut terkena adalah:

+ Sendi di antara tulang belakang dan tulang pinggul.
+ Tulang vertebra di belakang.
+ Tempat di mana tendon dan ligamen anda melekat pada tulang, terutamanya di tulang belakang anda, tetapi boleh juga berlaku di sepanjang belakang tumit.
+ Tulang rawan antara tulang dada dan tulang rusuk.
+ Sendi paha dan bahu.

Apa yang penting dalam mengenal pasti simptomnya ialah kesakitan akibat Ankylosing Spondylitis berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan rehat.




Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


Penyebab Ankylosing Spondylitis


Penyebab ankylosing spondylitis tidak diketahui , namun kemungkinan adalah gen ( dari orang tua ke anak ) dan lingkungan . Gen utama yang berkait dengan risiko ankylosing spondylitis bernama HLA‐B27 . Namun, memiliki gen ini bukan bererti kita akan mengalami ankylosing spondylitis juga .








Faktor Risiko Ankylosing Spondylitis



Terdapat banyak faktor yang dapat meningkatkan risiko ankylosing spondylitis, antaranya termasuk:
  • Jantina : Lelaki lebih berisiko daripada perempuan
  • Umur : Penyakit biasanya bermula dari awal remaja
  • Genetik : Orang dengan HLA‐B27, IL23R dan ERAP1 berisiko lebih tinggi

Komplikasi Ankylosing Spondylitis


Komplikasi yang mungkin terjadi termasuklah:







1. Keradangan mata (uveitis). Salah satu komplikasi yang paling biasa ialah uveitis yang boleh menyebabkan kesakitan mata cepat berlaku, sensitif terhadap cahaya dan penglihatan menjadi kabur. Berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami simptom ini.

2. Compression fracture. Sesetengah tulang manusia menipis semasa peringkat awal Ankylosing Spondylitis. Tulang vertebra yang lemah akan meningkatkan postur membongkok. Tulang vertebra yang patah juga boleh memberi tekanan dan mungkin mencederakan saraf tunjang dan saraf yang melalui tulang belakang.

3. Masalah jantung. Ankylosing spondylitis boleh menyebabkan masalah kepada aorta iaitu arteri terbesar dalam badan. Keradangan pada aorta boleh membesar sehingga mengganggu bentuk injap aorta di dalam jantung, yang merosakkan fungsinya.



Rawatan Fisioterapi


Rawatan fisioterapi dan senaman merupakan rawatan asas kepada pesakit Ankylosing Spondylitis. Doktotr akan memberikan ubat kepada pesakit ini sebelum menjalani fisioterapi bertujuan untuk mengurangkan keradangan. Setelah keradangan dapat dikurangkan melalui ubat, pesakit akan menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan sakit yang dialami serta memobilasikan sendi-sendi.

Fisioterapi merupakan rawatan yang penting dan paling berkesan diikuti dengan berenang. Aktiviti berenang amat bagus kerana kesemua otot dan sendi bekerja dalam impak yang rendah. Selain itu, senaman regangan, yoga dan pilates juga membantu dalam merawat pesakit Ankylosing Spondylitis.

Secara amnya, senaman yang memberikan impak tinggi seperti berjogging adalah tidak digalakkan dan perlu dihadkan kerana aktiviti ini boleh menyebabkan sakit bertambah teruk dan ketegangan pada otot. Bukan sahaja senaman, bahkan pakar dalam penyakit Ankylosing Spondylitis mengatakan bahawa postur yang baik dapat mengurangkan risiko tulang belakang bercantum atau membengkok yang banyak dalam kalangan pesakit Ankylosing Spondylits.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


.

7 Tips Mengelakkan Kudis Tekanan


7 Tips Mengelakkan Kudis Tekanan



Mesti ramai yang tertanya kenapa ada sesetengah pesakit mengalami luka di sekitar kawasan tulang prominent seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung serta tumit. Keadaan ini juga dipanggil Decubitus Ulcer atau Kudis TekananKudis tekanan merupakan masalah yang paling utama dalam kalangan pesakit terlantar ataupun bed ridden, pesakit lumpuh, dan pesakit angin ahmar. 

Jadi, bagi pesakit yang mempunyai risiko terjadinya kudis tekanan, pemerhatian yang teliti perlu diberikan serta beberapa tips yang perlu diambil untuk mengelakkan berlakunya masalah ini antaranya:




 1. Pastikan pesakit sentiasa dipusingkan ke kiri atau ke kanan dengan kerap sekurang kurangnya 2 jam sekali.




 2. Meletakkan losyen atau pelembap terutama di bahagian bony area agar membantu pengaliran darah yang baik.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI



3. Pastikan anda menukar lampin dengan kerap jika pesakit membuang air besar atau kecil kerana kuman daripada kelembapan yang ketara akan merangsang berlakunya kudis tekanan. 




4. Menggunakan ripple mattress supaya bahagian belakang pesakit sentiasa mempunyai tekanan yang berbeza-beza, kerana ia mampu mengelakkan tekanan yang kekal pada bahagian belakang badan.



5. Meletakkan bantal/alas di kaki, punggung, bahu serta kawasan yang berisiko bergesel antara satu sama lain.




6. Memakaikan compression socks untuk membantu pengaliran darah yang bagus serta boleh mengurangkan risiko terjadinya kudis tekanan.




7. Mendudukkan pesakit di bahagian tepi katil atau duduk ke kerusi roda bagi menggalakkan belakang badan mempunyai pengudaraan (ventilation) dan membantu mengeringkan kelembapan kulit. 




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



More Post