SINDROM CARPAL TUNNEL







APAKAH ITU SINDROM CARPAL TUNNEL?

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan pada pergelangan tangan  akibat tekanan pada saraf yang berpanjangan.

Apabila saraf tertekan atau tersepit, pergelangan tangan dan tapak tangan akan menjadi kebas, sakit mencucuk-cucuk dan sekiranya masalah ini dibiarkan, otot di telapak tangan akan menjadi lemah dan mengecil seterusnya kekuatan untuk memegang barang dan mengambil barang akan terjejas.

APAKAH GEJALA SINDROM CARPAL TUNNEL?

·         Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
·         Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah
·         Kebas di pergelangan dan tapak tangan.
·         Sukar melakukan pergerakan tangan.
·         Lemah tangan untuk memegang objek.


SIAPA YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT SINDROM INI?

- Wanita berusia lebih 40 tahun.
- Wanita hamil.
- Individu yang banyak menggunakan tangan termasuk kerja pejabat, guru, kilang atau hospital seperti jururawat.
Sindrom ini berlaku apabila berlakunya pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tangan yang tidak sihat, dan terdapat tekanan berlebihan pada saraf.

Jadi, sebab itulah kerani dan guru sangat berisiko untuk dapat sindrom carpel tunnel ini. Kerani yang banyak kerja  menggunakan tangan dan dilakukan secara berulang seperti menaip, memegang telefon genggam, manakala guru pula, banyak menulis di papan hitam atau putih. Aktiviti sedemikian menyebabkan tekanan ke atas saraf dalam jangka masa beberapa bulan sehingga bertahun.


BAGAIMANA SINDROM CARPAL TUNNEL DAPAT DIKURANGKAN?

Risiko sindrom carpel tunnel dapat dielak dan implikasinya dapat dikurangkan dengan rawatan fisioterapi seperti berikut:

- Senaman regangan tangan


- Terapi lilin


- Terapi ultrasound


- Pemakaian splint



NASIHAT BAGI PESAKIT SINDROM CARPAL TUNNEL

·         Pemakaian splint semasa bekerja akan dapat mengurangkan simptom pada gerakan tertentu
·         Anda dinasihatkan berehat seketika semasa bekerja bagi mengurangkan ketidakselesaan.
·         Amalkan selalu senaman regangan dan lakukan antara setiap 15 minit semasa bekerja.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan produk kesihatan kami?KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

More Post