Fisioterapi VS Patch Panas




Fisioterapi VS Patch Panas




TAHUKAN ANDA, Patch panas atau Minyak Panas  tidak menyelesaikan masalah sakit lutut anda. Malah makin terukkan keadaan???


Ya... Sakit hilang disebakan rasa panas hasil dari kimia patch dan minyak panas sahaja..








Tetapi sakit lutut akibat dari radangan akan makin  teruk jika tidak dirawat terus pada PUNCA SAKIT




Arthritis ataupun radang pada lutut secara amnya terbahagi kepada 3 iaitu:




KONDISI Lutut Arthritis



1. Ostheoarthritis (OA) – suatu keadaan yang menyebabkan tulang rawan haus sedikit demi sedikit.  Biasanya mula terjadi pada individu yang telah mula berusia.

2. Rheumathoid Arthritis (RA) – keradangan pada sendi yang boleh terjadi tidak kira usia.

3. Arthritis selepas trauma (Post-traumatic Arthritis) – kebiasaanya berlaku selepas terdapat kecederaan pada lutut yang melibatkan tulang rawan, ligamen atau keretakan tulang.  Boleh terjadi walaupun kecederaan tersebut telah berlaku bertahun-tahun sebelumnya.



Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI




Minyak, gel dan krim panas merupakan rawatan yang bersifat sementara untuk melegakan kesakitan atau lenguh yang dirasai pada lutut.






Sekiranya individu yang mengalami osteoartritis, jangan disapu dengan minyak panas kerana tindakan tersebut akan menyebabkan lutut menjadi bertambah bengkak. Ini kerana dalam lutut sedang mengalami keradangan, panas dan merah, Maka, apabila diletakkan ubat sapuan yang panas, ia telah membantutkan proses pemulihan di dalam lutut.





Jadi, akibat dibiarkan lama tanpa rawatan yang betul, masalah akan menjadi semakin teruk.




Sebenarnya, salah satu cara untuk mengurangkan kesakitan bagi mereka yang mengalami sakit lutut, adalah dengan melakukan rawatan fisioterapi.




Menurut Pakar Fisioterapi di salah sebuah hospital kerajaan memberitahu bahawa, rawatan fisioterapi bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi mampu memulihkan sehingga 90 peratus kesakitan lutut (bergantung kepada tahap kecederaan).


Terapi fizikal atau fisioterapi merupakan latihan pergerakan yang khusus untuk membantu meningkatkan keupayaan dan fleksibiliti pergerakan lutut.




RAWATAN Manual Yang Dilakukan Oleh Fisioterapi


Fisioterapi akan memeberikan rawatan mengikut keadaan pesakit. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan pergerakan lutut serta senaman untuk menguatkan otot pada bahagian paha dan betis.  Hal ini kerana, selain daripada tulang rawan, otot juga bertindak menyokong lutut dalam menyerap bebanan pada bahagian kaki.



CONTOH Senaman Untuk Kuatkan Otot Paha


Otot yang kuat pada paha dan betis akan membantu mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh tulang rawan yang telah cedera atau haus. Dan dengan rawatan fisioterapi inilah, sakit di bahagian lutut akan hilang disebabkan rawatan  terus pada punca sakit.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



No comments:

Post a Comment

More Post