Diri Rasa Berpusing Sebab Vertigo
Vertigo
Vertigo adalah suatu keadaan di mana pesakit merasakan dirinya berpusing ataupun rasa seperti sekelilingnya berpusing biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.
Punca-punca Vertigo
Vertigo disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak. Antara sebabnya ialah:
1) BPPV (Benign Paroxysmal Peripheral Vertigo): Ia melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal.
2) Meniere's Disease: Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan.
Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI
3) Labryrhinthitis atau Vestibular neuronities: Merupakan masalah pada bahgaian telinga dalam yang berhubung kait dengan jangkitan (virus). Jangkitan ini menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga yang boleh menyebabkan hilang keseimbangan.
Punca lain adalah daripada:
- Angin ahmar
- Tumor pada bahagian cerebellum
- Migrain
- Multiple sclerosis
Simptom-simptom Vertigo
- Rasa seperti berpusing
- Rasa tidak stabil ketika berjalan
- Loya
- Muntah
- Penglihatan kabur
- Keadaan menjadi lebih teruk apabila kepala digerak atau dipusingkan
Terdapat simptom yang berbahaya iaitu:
- Vertigo bereterusan
- Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran
- Sakit telinga yang melampau
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI




No comments:
Post a Comment