Betul Ke Fisioterapi Ni Sama Dengan Tukang Urut?

Betul Ke Fisioterapi Ni Sama Dengan Tukang Urut?




Ok, hari ni admin nak bercerita sikit adakah fisioterapi dan tukang urut ni berbeza ataupun sama.

Jom kita baca dulu apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua perkataan ini.


Fisioterapi adalah salah satu cabang dalam bidang perubatan. Fisio bermaksud kefungsian dan Terapi pula bermaksud penjagaan. Maka bila digabungkan dua perkataan tersebut menjadi maksud kefungsian penjagaan ataupun pemulihan kefungsian. Jadi, fisioterapi ini ialah orang yang membantu mengembalikan fungsi badan atau keupayaan fizikal manusia ke arah yang paling optimum. Di Malaysia, fisioterapi juga dikenali sebagai jurupulih anggota.

Apa pula maksud tukang urut? Tukang urut adalah orang yang membantu untuk melegakan lenguh-lebuh badan, sekadar untuk relaxation dan untuk melancarkan pengaliran darah.

Haa..jadi anda dah baca dan faham kan maksud fisioterapi dan tukang urut? Harapnya anda tak salah faham lagi bahawa fisioterapi tu adalah tukang urut. Ya, fisioterapi memang belajar mengurut, tapi mereka BUKAN TUKANG URUT. Urutan tu sebagai salah satu dari rawatan yang fisioterapi sediakan. Tak semua keadaan sesuai untuk diurut.

Antara kepakaran fisioterapi ialah merawat kepatahan tulang, strok/angin ahmar/lumpuh, sakit belakang, sakit lutut, kecederaan sukan, masalah kardiorespiratori, masalah kanak-kanak yang lewat perkembangan dan lain-lain.


Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI


Masalah Kanak-kanak

Rawatan strok


Rawatan fisioterapi pula adalah terbahagi kepada 4 iaitu manual terapi yang terdiri daripada mobilasi tulang, manipulasi tulang dan urutan, elektroterapi iaitu menggunakan alatan seperti ultrasound, TENS dan infrared, senaman regangan dan kekuatan yang merupakan amat penting dalam pemulihan pesakit dan akhir sekali ialah psikologi, di mana fisioterapis juga berperanan untuk menaikkan semangat serta memberikan motivasi kepada pesakit untuk menjadikan diri terus sihat.


Mobilasi Leher


Selain itu, fisioterapis ni adalah orang yang certified dalam bidang tersebut. Nak jadi certified fisioterapi, mereka hendaklah mengambil kos fisioterapi di universiti sama ada diploma ataupun ijazah dalam masa 3-4 tahun. Sekarang ni kos fisioterapi dah semakin berkembang di Malaysia. Banyak universiti tempatan yang menawarkan kos ini.

Fisioterapi telah pun mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manakala, tukang urut adalah orang mendapat bimbingan dan didikan daripada warisan nenek moyang mereka.

Fisioterapi ni adalah satu proses bukan magician ya. Sekali datang fisio terus balik, sihat. Haa.. Bukan-bukan. Bukannya sekali datang je terus sihat. Jika kecederaan tu terlalu serius, ambil masa yang lebih lama untuk pulih. Tapi kalau kecederaan tu biasa mungkin sekejap dalam 2 atau 3 minggu dah boleh pilih. Semuanya bergantung kepada individu dan tahap kecederaan mereka.


Secara konklusinya,

Fisioterapis Bukan Pak Urut 

Buatlah pilihan dengan Bijak untuk menyelesaikan masalah anda.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI




No comments:

Post a Comment

More Post