Bahu Jatuh Selepas Terkena Strok?



PENGENALAN 

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan. Jadi apabila bahagian otak mati,semua pergerakan / kawalan badan tidak akan berfungsi.

Sebagai contoh, apabila terkena strok, tangan dan kaki akan lumpuh kerana saraf yang mengawal bahagian tersebut sudah rosak. Otot pada tangan dan kaki akan mulai mengecut dan sendi akan menjadi keras kerana tiada pergerakan berlaku.

Jadi, salah satu komplikasi strok ialah masalah bahu jatuh atau dalam bahasa inggerisnya shoulder  subluxation. Jika pangkal tulang  bahu tidak terkeluar sepenuhnya, tetapi separuh sahaja, ia di katakan sebagai subluxation.

ANATOMI BAHU

Dari segi anatomi, sendi bahu adalah sendi bebola dan soket. Bahagian pangkal tulang Humerus yang berbentuk bebola, membentuk sendi dengan Glenoid Cavity, ia itu bahagian tepi tulang Skapula (tulang belikat).  Rongga Glenoid Cavity yang cetek ini membolehkan sendi bahu mempunyai julat pergerakan yang besar. Ciri ini juga menjadi satu kelemahan kestabilan di mana sendi ini berisiko untuk terkehel/jatuh di sebabkan oleh kecederaan sukan lasak atau impak jatuh/hentakan.


Apabila salah satu bahu jatuh, terdapat perbezaan antara sebelah bahu yang normal dan bahu yang jatuh kerana bahu jatuh tersebut akan ada kesan lekuk dan mempunyai jarak 2 jari antara sendi dan tulang humerus. Ini berlaku kerana otot yang memegang sendi bahu dan tulang humerus sudah lemah dan tidak mampu melawan tarikan graviti. Pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian bahu dan kebiasaannya mereka tidak boleh membuat pergerakan tangan dan bahu.

CARA RAWATAN FISIOTERAPI 

Untuk rawatan fisioterapi, terdapat beberapa cara untuk merawat masalah ‘shoulder subluxation’ dalam kalangan pesakit strok. Fisioterapi akan membantu untuk:
- Mendapatkan balik julat pergerakan sendi bahu.
- Menguatkan oto-otot sendi bahu.
- Mendapatkan balik kawalan sendi bahu.

1)  Pemakaian anduh/ sling


- Anduh dipakai untuk menyokong berat lengan dengan  menghalang / meminimumkan tarikan pada humerus dan mengurangkan keregangan pada kapsul sendi.

2)  Penggunaan modality seperti TENS/NMES




- Stimulasi elektrik  dengan mesin TENS atau NMES dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan , melancarkan pengaliran darah seta menguatkan kembali otot bahu yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan.

 3) Senaman bahu


- Kestabilan sendi bahu bergantung pada otot-otot yang kuat pada sekelilingnya. Adalah sangat penting untuk memulihkan dan menguatkan otot-otot bahu bagi mengelak dislokasi berulang. Senaman Fisioterapi akan mengurangkan ketidakselesaan bahu serta memulihkan kefungsian bahu.


Nasihat untuk pesakit strok yang mengalami bahu jatuh

·         Elak tidur dengan meletak tangan di bawah kepala.
·         Elak mengangkat beban berat menggunakan tangan yang sakit.
·         Elak melakukan pergerakan kombinasi putara luar (external rotation) dan abduction yang melampau semasa senaman atau melakukan pergerakan harian.
·         Jangan tolak dengan tangan yang sakit semasa bangun dari kerusi.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan produk kesihatan kami?KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment

More Post