Amalan 'Letup' Jari Dan Tulang Belakang Bagus Ataupun Tidak?


Amalan 'Letup' Jari Dan Tulang Belakang Bagus Ataupun Tidak



Pasti ramai yang biasa amalkan aksi 'letup' jari atau belakang terutamanya bila jari atau belakang berasa lenguh. Rasa satu perasaan yang best sangat bila dapat 'letup' kan?






Malah admin sendiri pun ada tabiat 'letup' jari bila dapat siapkan satu-satu tugasan. Namun, tanpa kita sedar, 'letup' jari atau mana-mana sendi ini seakan-akan tindakan refleks yang memberikan satu rasa kelegaan buat kita.


Sebanyak 25 hingga 54 peratus orang yang suka 'letup' jari. Antara sebabnya ialah tabiat dan cara untuk mengurangkan tekanan. Lelaki lebih ramai yang melakukan ini daripada perempuan.


Tapi tahukah anda , 'letup' jari atau tulang belakang mempunyai kesan jangka masa panjang jika dilakukan secara bereterusan?






Satu kajian dari universiti luar negara menunjukkan apabila sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang diisi oleh gas. Maka, apabila ia ditekan, terhasil lah bunyi 'pop'.




Ingin lihat testimoni-testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DISINI



Kenapa anda rasa ketagih?





Sebenarnya ini semua adalah kawalan otak yang mempengaruhi anda menganggap bunyi letupan itu adalah satu cara yang boleh melegakan. Oleh itu, bila lama-kelamaan dibuat, ia akan bertukar menjadi tabiat. Jadi, otak anda dah set untuk buat perbuatan ni bagi melegakan rasa lenguh.



Apa yang bunyi meletup?







Saat anda melakukan perbuatan ini akan ada bunyi seolah-olah tulang meletup. Sebenarnya ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair sinovial dan gas yang ada pada bahagian sendi tulang itu bergabung.




Apa risiko amalan 'letup' jari atau tulang belakang atau sendi lain?






1. Risiko penyakit tulang arthritis



Dr Donald Unger telah melakukan eksperimen terhadap dirinya sendiri. Dia telah meletupkan jari pada tangan kirinya, sekurang-kurangnya 2 kali sehari selama 50 tahun manakal tangan sebelah lagi tidak diletupkan.


Ternyata kedua-dua tangannya tidak diserang arthritis termasuklah jari yang diletupkan itu. Ini membuktikan bahwa amalan meletupkan jari ini tidak ada kaitan dengan arthritis.



2. Mengalami inflamasi dan menjejaskan kekuatan tangan



Meletupkan jari mungkin tidak menyebabkan arthritis tapi ia mungkin berisiko.






Dalam satu kajian lain membuktikan bahawa tabiat meletupkan jari mempunyai kaitan dengan kekuatan tangan. Hal ini kerana, amalan ini dipercayai akan menyebabkan jari menagalami inflasi dan melemahkan kekuatan tangan sekali gus menjadikan tulang hasu dari semasa ke semasa.



3. Tulang jari akan melebar



Tulang pada setiap buku jari (bahagian penyambung tulang) mempunyai kelebaran yang ekstrem berbanding jari biasa sehingga ada ketikanya menyebabkan cincin mudah tersekat pada bahagian sendi jari.

Jadi jika anda tidak mahu tulang buku jari semakin melebar, elak daripada melakukan amalan 'letup' jari ini.



4. Hipermobiliti pada sendi



Risiko yang paling bahaya ialah apabila anda terlalu kerap meletupkan sendi tulang belakang ataupun leher dengan sendiri, ia boleh menyebabkan hipermobiliti pada sendi. Maka, sendi tersebut boleh menjadi lebih sakit dan menegang.








5. Terseliuh sendi



Hal ini boleh terjadi apabila perbuatan meletupkan tulang belakang dilakukan dengan cara salah dan keterlaluan yang bukan dilakukan oleh pakar.




Jadi, kesimpulannya, anda hendaklah mengelak risiko yang dinyatakan di atas dengan merujuk pakar jika anda kerap sakit tulang belakang atau sebagainya.

Namun, ini bukan bermaksud anda tidak boleh langsung meredakan kesakitan yang anda rasa. Tetapi tukar caranya iaitu dengan menggunakan pek sejuk atau panas untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai.

Selain itu, anda boleh melakukan senaman regangan dengan bantuan pakar terapi fizikal atau fisioterapi.

Sebenarnya, meletupkan tulang belakang ataupun mana-mana sendi hanyalah penyelesaian jangka pendek.

Penyelesaian jangka panjang yang efektif ialah anda melakukan senaman regangan selama 5 minit setiap hari untuk menjaga sendi tulang anda dan menjadikan ianya fleksibel.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI





 Rujukan: 1, 2, 3, 4


No comments:

Post a Comment

More Post