Bahana Kerusi Office !!


Majoriti rakyat Malaysia bekerja duduk dan mengadap laptop atau komputer selama 8 jam sehari !!


     Duduk terlalu lama akan mengakibatkan pelbagai masalah seperti sakit belakang yang kronik.


Postur badan yang tidak bagus malahan boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan obesiti.


Posisi membongkok di atas kerusi bagi tujuan melihat skrin komputer akan mendatangkan tekanan yang hebat kepada leher anda terutamanya cervical vertebrae yang menyambungkan tulang belakang dengan kepala anda.


Ia juga kan merosakkan otot belakang dan bahu akibat terbeban dengan keperluan individu untuk membongkok ke skrin komputer dan papan kekunci pada tempoh masa yang lama.


Selain itu, duduk terlalu lama boleh mengundang sakit jantung, penyakit kardiovaskular dan kanser kolon.


Masalah ini adalah disebabkan oleh terlebih penghasilan insulin akibat tidak aktif lalu memperlahankan aliran darah kepada organ-organ dalam badan.


Manakala, duduk terlalu lama akan mengehadkan pengaliran darah di dalam kaki.


Ini akan menyebabkan darah untuk berkumpul pada buku lali lalu menyebabkan ia membengkak, pergumpalan darah serta vena varikos.




Maka ini adalah tips untuk memastikan postur duduk yang betul.


1.       Pastikan belakang anda lurus dan rapat ke kerusi. Bahu anda juga harus        dalam keadaan tegak dan lurus.
2.       Lutut sama paras dengan paha atau tinggi sedikit.
3.       Kaki bersentuhan dengan lantai. Jika tidak mampu jejakkan kaki ke lantai, anda boleh gunakan perehat kaki.


No comments:

Post a Comment

More Post