Petua Hilangkan Sakit Pinggang



7 Cara Menghindari Sakit Pinggang



Jika anda menghadapi sakit pinggang, jangan risau. Kami ada rahsia untuk menghilangkan sakit pinggang dengan berkesan tanpa makan satu ubat pun. Antaranya ialah:







Membuat senaman dan regangan yang betul.






Jikalau anda perlu mengangkat barang yang berat, gunakan cara yang betul dengan membengkokkan kaki dan pinggul bukan tulang belakang. Selain itu, perlu mengamalkan tabiat berdiri dan duduk dengan tegak supaya tulang belakang tidak akan mengalami tekanan.




Posisi semasa tidur adalah penting kerana ia boleh mengelak ketegangan otot semasa bangun dari tidur. Antara cara tidur yang betul ialah:

  • Tidur mengiring: meletakkan bantal di antara kedua-dua lutut
  • Tidur melentang: meletakkan bantal di bawah lutut
  • Elakkan tidur meniarap kerana ia memberi tekanan pada belakang badan


Ingin lihat testimoni- testimoni kejayaan kami merawat pesakit? KLIK DI SINI




Makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium boleh mengelak daripada mendapat sakit pinggang serta boleh mengekalkan berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambahkan tekanan pada tulang belakang.





Kesan nikotin pada rokok boleh menyebabkan dinding salur darah menjadi semakin lemah fungsinya. Ia kemudian akan mengganggu proses pengaliran darah ke sekitar saraf tunjang dan tulang belakang. Akibatnya, bekalan nutrien dan oksigen daripada sampai ke sel tisu tulang belakang dan saraf tunjang akan berkurang. Jadi, fungsi tulang belakang akan semakin menurun dan mencetuskan rasa sakit pinggang.




Tuam dengan ais atau haba pada tempat sakit. Biarkan pek ais atau haba selama 20 minit. Fungsinya untuk meredakan sakit, ketegangan pada otot dan meningkatkan pengaliran darah.



Rawatan Fisioterapi bertujuan untuk menghilangkan sakit. Hal ini kerana, ahli fisioterapi akan menggunakan teknik manual yang berfokus pada punca sakit, rawatan haba dan rawatan elektroterapi. Selain itu, ahli fisioterapi akan menunjukkan cara postur yang betul dalam aktiviti kehidupan.


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



No comments:

Post a Comment

More Post