GEJALA AWAL STROKE







Strok mempunyai pelbagai simptom seperti anggota badan menjadi lumpuh ataupun lemah, mata menjadi kabur sehinggalah pengsan. Akan tetapi kebanyakkan daripada pesakit akan mengadu lumpuh anggota badan(hemiparalysis) ataupun lemah anggota badan(hemiparesis).


Strok boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

Haemorrhagic stroke(Strok berdarah) : Disebabkan salur darah yang pecah dibahagian otak
Ischemic stroke(Strok iskemik) : Disebabkan salur darah tersumbat

Antara gejala awal stroke ini selalunya berlaku kepada pesakit secara tiba-tiba dan dikenali sebagai FAST iaitu:



F = Face (Muka)

Kedua-dua belah muka tidak sekata.Pesakit boleh merasa kebas pada sebahagian muka, atau herot sebelah.




A = Arm (Lengan)

Sebelah lengan menjadi lemah atau tidak boleh diangkat.Tangan pesakit menjadi lemah hingga tidak boleh diangkat atau tidak berdaya memegang sesuatu objek.



S = Speech (Percakapan)

Perkataan yang tidak jelasPesakit mungkin tidak boleh berkata-kata, tidak memahami percakapan, mengeluarkan ayat yang tidak tersusun atau ayat yang tidak mempunyai maksud.



T = Time (Masa)

Hubungi talian kecemasan atau datang ke hospital dengan segeraMaklumat mengenai FAST telah tersebar ke seluruh dunia bertujuan untuk memastikan semua golongan masyarakat sedar tentang simptom-simptom awal strok dan bertindak dengan segera.




Simptom-simptom yang terlibat

Secara umumnya, berikut merupakan tanda dan gejala stroke yang boleh dihadapi oleh seseorang yang diserang masalah ini iaitu:


Simptom bertumpu (focal symptom)


Motor (pergerakan)
·         Lemah atau cemerkap pada sebelah bahagian badan, atau badan tidak seimbang apabila berdiri

Percakapan dan bahasa

·         Dysphasia – tidak mampu berkata-kata atau masalah di dalam memahami percakapan orang lain

·         Dyslexia – sukar mengenali perkataan, huruf atau simbol

·         Dysgraphia – tidak boleh menulis dengan betul

·         Dyscalculia – tidak boleh mengira

·         Dystextia– tidak boleh menulis mesej melalui peranti elektronik dengan betul

·         Dysarthria – percakapan tidak jelas


Deria

·         Hilang deria rasa pada sebelah bahagian badan


Penglihatan

·         TMB (Transient Monocular Blindness) – pandangan kabur atau gelap tiba-tiba buat seketika pada sebelah mata sahaja

·         Hemianopia – hilang separuh bahagian penglihatan pada biji mata yang sama

·         Bilateral blindness – buta kedua-dua belah mata

·         Diplopia – pandangan berbalau


Vestibular

·         Vertigo – dunia terasa berpusing, sukar untuk berdiri tegak


Behavourial/Cognitif

·         Visuospatial dysfunction – merasa keliru, tidak dapat menafsirkan keadaan sekeliling


Simptom am (non-focal)

·         Lemah seluruh badan atau gangguan deria

·         Pitam

·         Tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan air besar

·         Kekeliruan

·         Telinga berdengung

·         Pengsan/Pitam

Rawatan  fisioterapi di Flex Physiotherapy


FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.

Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.


No comments:

Post a Comment

More Post