Zaman muda dulu, selalu pakai heels, sekarang selalu sakit tapak kaki.
Sakit tapak kaki atau sakit
pada tumit dikenali sebagai plantar fasciitis.
Apakah Plantar Fascitis?
Antara keadaan yang paling biasa pada sakit tumit adalah keadaan yang dikenali sebagai plantar fascitis. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak dan lebam.
Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.
Apakah gejala sakit pada tapak kaki?
1.
Pada lazimnya sakit tapak kaki adalah sangat tajam dan terletak
di pangkal tumit . Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki.
2.
Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada
tidur dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang panjang
berehat.
3.
Anda juga mungkin mengalami bengkak, sakit bila sentuh tisu
tapak kaki dengan kuat (selalunya di tempat yang khusus bahagian dalam tumit).
4.
Senaman ringan boleh mengurangkan sakit untuk sementara. Tetapi
berjalan lama sering membuat sakit teruk.
5.
Merehatkan kaki anda biasanya mengurangkan kesakitan.
6.
Kadang-kala sakit dirasai apabila melakukan regangan pada tisu
tapak kaki.
7.
Anda mungkin berjalan dengan tempang atau tidak dapat menanggung
berat badan pada kaki yang terjejas.
Apakah punca sakit pada tapak kaki?
Anda lebih cenderung untuk mencederakan
fascia plantar anda dalam keadaan tertentu. Sebagai contoh:
·
Jika anda banyak berjalan, berlari, berdiri (aktiviti berterusan
yang melebihi 1 jam).
·
Jika anda mempunyai postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki
yang leper atau tinggi).
·
Jika anda mempunyai kaki atau sendi pergelangan yang keras.
·
Jika anda mempunyai kelemahan otot (terutama otot betis).
·
Jika terdapat penggunaan yang berlebihan pada kaki atau regangan
secara tiba-tiba pada tapak kaki. (Contoh: latihan yang tidak sesuai atau
berlebihan, atlet yang meningkatkan latihan intensiti berjalan atau jarak
dengan mendadak).
·
Jika anda mempunyai otot yang ketat (terutama otot betis).
·
Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (ini akan meletakkan
tekanan tambahan pada tumit anda).
·
Jika anda mempunyai perbezaan panjang kaki.
·
Jika anda telah memakai kasut dengan span yang berkurangan atau
sokongan yang lemah pada bentuk kaki. (Elakkan memakai kasut yang longgar
dengan tapak yang nipis).
Siapakah lebih cenderung
mendapat sakit tapak kaki?
Adalah dianggarkan sekitar 1 daripada 10 orang akan mendapat sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka. Ia adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki. Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki. Selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.
Apakah komplikasi jika sakit tapak kaki tidak dirawat?
Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang.
Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau
belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.
Apakah Rawatan Fisioterapi?
Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan, memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan kemungkinan sakit berulang.
Fisioterapi akan melakukan penilaian pada
kaki anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti
otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali
aktiviti harian bila gejala beransur pulih.
Rawatan
Fisioterapi boleh terdiri daripada:
·
Ais atau rawatan haba
·
Elektroterapi (seperti Ultra Sound)
·
Senaman untuk meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan
fleksibiliti (terutamanya otot-otot betis)
·
Urutan tisu lembut
·
Mobilisasi pada sendi otot
·
Taping (plaster)
·
Pendidikan (kasut yang bersesuaian dan pengubahsuaian aktiviti
harian)
Rawatan fisioterapi di Flex Physiotherapy
FLEX PHYSIOTHERAPY menyediakan rawatan-rawatan fisioterapi kepada mereka yang mengalami masalah Sakit Belakang, Kecederaan Sukan, Angin Ahmar/Stroke, Kanak-Kanak Istimewa, Sakit Leher, Bahu dan Lutut untuk semua peringkat umur.
Pusat rawatan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan alatan rawatan fisioterapi yang lengkap, sambil dirawat oleh fisioterapi berpengalaman berkelulusan ijazah dan pakar adjustment tulang.
No comments:
Post a Comment