Perbezaan Antara Sakit Lutut Osteoarthritis Dengan Rheumatoid Arthritis
Arthritis
Sendi mengandungi tisu perlindungan yang menghalang tulang daripada bergesel antara satu sama lain.
Contohnya, tulang rawan berada di atas tulang untuk membolehkan pergerakan sendi menjadi lancar. Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang merosakkan tisu perlindungan ini.
Arthritis yang selalu dihadapai oleh dalam kalangan dewasa adalah:
- Osteoarthritis (OA)
- Rheumatoid Arthritis (RA)
- Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
- Gout
Penyebab OA dan RA
Osteoarthritis (OA)
PERINGKAT Osteoarthritis Pada Lutut |
OA terjadi akibat sendi telah haus akibat penggunaan yang berulang seperti aktiviti sukan yang memberikan tekanan pada sendi.
Rheumatoid Arthritis (RA)
RHEUMATOID Arthritis yang melibatkan banyak sendi |
RA adalah penyakit autoimun. Ia terjadi apabila sistem autoimun badan seseorang tersalah menyerang tisu yang sihat dalam sendi. Faktor autoimun ini melibatkan faktor genetik ataupun faktor persekitaran termasuklah merokok.
Simptom OA dan RA
Simptom bagi OA dan RA adalah sama seperti:
ANTARA Simptom OA dan RA |
1. Kesakitan pada sendi
2. Ketegangan pada sendi
3. Kemerahan (lebih teruk bagi pesakit RA)
4. Pergerakan sendi menjadi terbatas
Kecuali simptom RA akan bertambah teruk pada awal pagi.
Kedua-dua OA dan RA boleh menjejaskan mana-mana sendi di dalam badan. Kebiasaannya OA terjadi pada sendi lutut dan jari. RA pula sering berlaku di tangan, jari, siku, lutut, kaki dan pinggul.
X-RAY Osteoarthritis |
OA bersifat setempat kerana ia hanya memberi kesan kepada sendi dan tisu sekitarnya. Oleh yang demikian, OA hanya melibatkan satu sendi sahaja manakala RA melibatkan banyak sendi.
Perbezaan utama antara jenis arthritis ini ialah, RA melibatkan pelbagai simptom sistemik yang mempengaruhi seluruh tubuh.
Antara simptomnya adalah:
- Keletihan
- Demam
- Hilang selera makan
- Penurunan berat badan
- Keradangan di kawasan lain seperti mata dan paru-paru
- Nodul rheumatoid
OA tidak melibatkan simptom-simptom sistemik tetapi seseorang yang mengalami OA boleh menyebabkan terhasilnya lebihan tulang ataupun tulang menjadi tidak normal.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, OA dan RA adalah keadaan kronik yang menyebabkan rasa sakit dan kekakuan pada sendi. Kedua-dua keadaan ini boleh menjadi semakin teruk dari masa ke masa tanpa rawatan yang sesuai. Selain itu, kondisi sakit ini akan memberi kesan pada kehidupan seharian pesakit.
RAWATAN Yang Boleh Dilakukan Untuk OA dan RA Adalah Tuam Ais |
OA dan RA boleh menyebabkan simptom yang sama tetapi sebab dan cara rawatannya masing-masing berbeza. Dalam kebanyakan kes, OA lebih senang untuk dirawat berbanding RA kerana ia melibatkan satu sendi dan tidak melibatkan simptom sistemik.
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment